Saat ramai yang kunjung-mengunjung ke rumah rakan mahupun sanak-saudara bagi meraikan Aidilfitri meski bersyarat, namun lain pula ceritanya dengan penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Niena Azman.

Hal ini kerana ibu kepada seorang anak itu kini hamil 33 minggu.

Justeru, Niena atau nama lengkapnya Nur Izwani Azman perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan diri dan kandungannya dalam keadaan sihat.

“Mask on! Tak boleh nk beraya, bestnye tgk gambar-gambar org pg beraya.

“Harap dpt la beraya tahun depan.. fuh! next year dh berempat #gulagolie #33weeks.

IKLAN

“En.Mi pulak busy, xpe la rezeki die.. almost one week die xde masa utk kte kn Adith, ok bye!,” tulisnya.

Dalam pada itu,Niena dan Rody turut mengenakan tema warna hitam pada pagi Syawal dan merakam foto tersebut sebagai kenangan.

IKLAN

View this post on Instagram

Salam Ramadhan terakhir 2020.. Aidilfitri kali ni berbeza, esok En.Mi g keje jap .. dgn skrg musim PKP, so kte semua redha je la 😢😢puasa ni x dpt rasa masakan mama tp alhamdullilah dpt berbuka dgn mak.. kdg2 kte x sedar yg kte bnyk membazir masa, bila musim covid ni bru la kte kenal erti menghargai.. dalam gambar ni bru niena sedar betapa tgginye niena.. eh! Sory la En.Mi, i tak boleh nk sorok kerendahan u tp belah kanan tu bukti betapa tingginye cinta u kt i 🙊🙊🙊 imagine Adith 10 tahun lg.. mybe En.Mi jd org plg rendah 😂😂😂 ok gurau! Esok i minta maaf ok 😬 Selamat Menyambut Aidilfitri buat semua yg menang dlm perjuangan ramadhan kali ini.. semoga aidilfitri kali ni menjadi yg bermakna.. yg jauh kte cuba dekatkan(video call pliss), yg dekat jgn kte sebarkan covid.. stay in safe environment, dan jgn lupa penjarakkan anda.. stay strong semua 💪🏻💪🏻💪🏻 #imgolie

A post shared by Niena 💋 (Nur Izwani + Dekno) (@niena_azmann) on

Terdahulu, kerajaan mengarahkan bahawa aktiviti kunjung-mengunjung adalah tidak melebihi 20 orang dalam satu rumah bagi mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.

IKLAN

Malah, aktiviti tersebut tidak digalakkan kepada wanita hamil, bayi, kanak-kanak dan individu yang mempunyai penyakit kronik.

Terdahulu, suaminya, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan putera sulung dan bersalin secara normal pada 14 Januari 2019.

Foto: Instagram Niena Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI