Di Malaysia heboh dengan masalah rumah tangga Hafiz Hamidun, di Indonesia pula hangat diperkatakan tentang penyanyi yang popular dengan lagu-lagu ketuhanan iaitu Opick yang dikhabarkan sudah berkahwin kali kedua secara senyap.

Hal ini mula diperkatakan setelah foto mesra Opick bersama seorang wanita yang dikatakan isteri keduanya Wulan.

Di dalam salah satu foto yang tersebar itu, Opick nampak mesra merangkul Wulan, sambil memeluk dan menciumnya.

Foto Mesra Tersebar, Opick Kantoi Poligami?

IKLAN

Kekecewaan tersebut diluahkan isteri pertama Opick, Dian Rositaningrum yang memohon cerai disebabkan suaminya telah berpoligami tanpa pengetahuan.

Saat ditanya salah sebuah media di Indonesia mengenai kontroversi tersebut, Opick lebih memilih menjawab secara umum. Tidak mengiakan mahupun menidakkan hal itu.

“Aku tidak mengiyakan dan tidak bilang enggak, mohon doanya yang terbaik saja,” ujar Opick saat dihubungi wartawan di Indonesia pada Jumaat yang lalu.

Disamping itu, isteri Opick juga telah meluahkan curahan hatinya di media sosial bertanyakan mengapa poligami harus dilakukan secara senyap-senyap.

IKLAN

“Bagaimana semua isteri harus menerima dengan iman yang sanggup berpoligami yang dilakukan sembunyi-bunyi? Bicara iman adalah bicara keyakinan. Apakah dengan melakukan terbuka anda takut banyak yang menghalangi atau menasihati kerana poligami mutlak harus dengan tujuan kebaikan.

 

“Apakah anda tidak yakin adanya kebaikan dalam pernikahan anda sehingga dilakukan sembunyi-sembunyi,” tulis Dian.

Dalam pada itu, isteri pelantun lagu Rapuh itu memfailkan penceraian selepas kecewa dengan tindakan suaminya.

Sumber : Bintang.com

IKLAN

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI