Giat mempromosi produk terbaru keluaran anaknya, Cik B, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dikritik gara-gara minuman tular, apabila ada mendakwa, teh boba dijual pada harga yang agak tinggi.
Sekadar makluman, harga teh boba yang popular di kalangan netizen Malaysia sekitar RM6.00 sehingga RM12.00 dan apabila produk terbaru ini dijual melebihi harga pasaran, ia mendatangkan kecaman netizen.
Lebih-lebih lagi, ada segelintir netizen yang berpeluang merasai sendiri produk terbaru Cik B meluahkan kekecewaan apabila hasilnya dikatakan tidak setimpal.
Ads
“Sy dh try di jelapang 2 haritu. Dpt milktea boba WITHOUT roasted creme brule. Hanya susu, boba dan ais semata2 at the price of 15 rggit. Bila tnya staf kata api xde..semudah abc.
“Pastu cmne ni??xde jwpn..krik3 je. Kot la nak kurang skit harga setimpal dgn apa yg dpt ke.idak jugak..maap pun xde. Seriusly tkejut..1st time pegi sana n mmg for the last jgk jejak.
“Indah khabar dr rupa. Sy redha n sy halalkan rm15 sy tu. Jgn buat lg cmtu, berdosa buat org menyumpah,” luah netizen.
Ads
Ads
Deretan ketidakpuasan hati dipaparkan di laman komen Instagram penyanyi I Am Me ini bagaimanapun tidak mendapat sebarang reaksi.
Semoga segala permasalahan dapat diselesaikan dengan aman.
Foto : Instagram Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan ‘perang mulut’ yang berlaku di antara dua rakan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida gara-gara isu penjagaan ikan Kelah dan kedalaman sesebuah kolam, akhirnya isteri kepada Aliff memberikan reaksi.
Meninggalkan komen menerusi IG TV suaminya dua hari lalu, Datin Seri Shahida yang baru sahaja pulang ke tanah air dari fardhu haji memaklumkan, tindakan yang dilakukan adalah sesuatu yang kurang bijak.
“Yang pergi selam pun x bijak,yg dok compare2 kolam rumah orang pun x bijak, yg sibuk duduk sibuk hal orang pasal kolam pun x bijak, yg komen lebih2 pun x berapa nak bijak.
“Orang lain punya kolam yg orang lain sibuk gaduh…bukan masalah besar pun,” tulisnya bersama ribuan tanda suka dari pengguna media sosial lainnya.
Menerusi IG TV yang dikongsikan Aliff, suaminya itu ada menyediakan kayu panjang sebagai bukti untuk mengukur kedalaman kolam ikannya.
Malah, Aliff turut mendakwa kolam cetek yang sebelum ini diperkatakan bukanlah kolam yang memuatkan ikan kelah yang mati baru-baru ini.
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafriel mengisi masa bersama anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dengan cara yang tersendiri.
‘Bertukar’ menjadi kuda Unicorn lengkap dengan tanduk palsu, gelagat dua beranak ini nyata mencuri tumpuan peminat.
“Bukan senang nak jinakan kuda unicorn liar ni,” tulisnya beserta dengan pautan video yang merakamkan kanak-kanak perempuan itu sedang menunggang ‘kuda jadian’.
Difahamkan, video tersebut dirakamkan oleh isterinya, pelakon Wawa Zainal.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat terhibur dengan posting santai dari Aeril ini. Malah ada yang turut mempersoalkan bunyi ‘Kuda Unicorn’ itu yang dirasakan pelik dan unik!
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, sementara Wawa juga kini sedang sarat hamil anak ketiga mereka.
Foto: Intagram Aeril Zafriel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Iflix mengesahkan filem spin-off terbaru dari KL Gangster Underworld iaitu Rise to Power, akan ditayangkan secara eksklusif dan percuma hanya di iflix, pada 19 September 2019 depan.
Menerusi filem berkenaan, bintang utamanya, Dynas Mokhtar mengukuhkan lagi wataknya sebagai Madam Wong, yang menceritakan tentang bagaimana satu-satunya wanita yang mengetuai geng KL bangkit berkuasa dengan kelicikan, keberanian, dan kekerasan.
Dalam penceritaan masa silam tentang perjuangannya juga, May Wong menentang tradisi patriarki dalam keluarganya sambil merancang jalannya untuk menaiki takhta, tanpa sebarang belas kasihan.
Mark Francis, selaku Pengarah Original Programming iflix Global, menerusi kenyataan media menjelaskan, pihaknya ada meneliti respon yang diberikan penonton yang rata-ratanya tertarik dengan watak Madam Wong.
“Kami meneliti semula maklum balas peminat KL Gangster Underworld Musim pertama dan kami sedar yang mereka begitu tertarik dengan watak Madam Wong lakonan Dynas Mokhtar dan hubungannya bersama Ayah Zan (Hasnul Rahmat).
“Semasa Dynas hamil, kami sebenarnya dalam perancangan untuk Musim kedua dan kami menyedari bahawa kami boleh memulakan musim terbaru, dengan sebuah cerita yang bermula 10 tahun sebelum musim pertama dengan “menghidupkan” Zan.”
“Filem ini sememangnya unik dengan adanya watak utama wanita yang kuat dan kejam, di samping memaparkan aksi dan pergelutan yang membuatkan francais KL Gangster Underworld menjadi kegemaran peminat,” katanya.
Rise to Power menggabungkan nama-nama terunggul dalam industri dari Skop Productions (Munafik 2, Abang Long Fadil 2, Evolusi KL Drift 2, and KL Gangster), bersama pengarah terkemuka Faisal Ishak dan Syafiq Yusof, yang memimpin produksi KL Gangster Underworld Musim 1.
Peminat-peminat KL Gangster Underworld pasti akan teruja dengan kembalinya watak seperti Zan (Hasnul Rahmat), Tauke (Azhan Rani), Shah (Beto Kusyairy), Adi (Zahiril Adzim), dan Belut (Amerul Affendi), di samping “King” dari filem KL Gangster (2001) yang dilakonkan oleh pelakon veteran Ridzuan Hashim. Filem ini juga memperkenalkan watak-watak baru yang dilakonkan oleh Elvis Chin, Tony Eusoff (Saloma), dan Sharifah Sakinah (Girlfriend Aku Dari Neraka The Series).
Selaras dengan misi iflix dalam menghiburkan para penonton, dengan striming kandungan tempatan premium, Rise to Power dikatakan bakal menutup jurang antara pelancaran KL Gangster Underworld Musim 1 dan Musim 2 (yang bakal bermula penggambaran pada bulan November) yang dijangka bakal dilancarkan pada tahun 2020.
Pada masa sama, jangan lupa untuk menantikan tayangan miniseries Ombak Rindu, yang mempunyai empat bahagian dan bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Ombak Rindu merupakan drama romantik hasil adaptasi dari novel trilogi Fauziah Ansari. Sementara itu, para penonton di Indonesia pula bakal disajikan dengan dua judul hasil iflix Originals Kisah Tanah Jawa dan Conversation with Ghosts (working title) pada awal tahun depan.
iflix merupakan peneraju penyedia khidmat hiburan bagi pasaran membangun dengan pelbagai pilihan rancangan TV, filem-filem, siri terbitan tempatan Originals, siaran premium sukan secara langsung serta sumber berita mutakhir dan lengkap dari serata dunia, untuk distrim atau dimuat turun di peranti dengan sambungan internet; pada bila-bila masa, dimana sahaja.
Foto: Terima kasih iflix
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya