Pelakon dan usahawan, Zara Zya tidak menolak andaian yang restoran kendaliannya, ZaraZyaCook pernah mengalami beberapa siri gangguan misteri sebelum ini.

Namun, Zara menjelaskan dia sebolehnya tidak mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap perkara tersebut kerana dia merasakan terdapat juga beberapa faktor lain yang harus diambil kira.

“Saya rasa macam gangguan itu memang ada. Malah, team saya pun pernah bagi tahu, macam bila raider delivery makanan datang, mereka tak nampak kedai kami. Padahal belakang dia je tapi tak nampak.

“Ada juga yang dm tanya kedai selama ini dah tutup ke tapi sebenarnya kita buka. Perkara seperti itulah yang selalunya terjadi.

“Tapi saya tak salahkan perkara tersebut seratus peratus. Banya juga faktor-faktor lain.

“Buat masa sekarang, kami tidaklah sampai tahap ada jumpa ‘benda’ di restoran saya. Saya sebenarnya tak nak berfikir sangat soal itu,” katanya kepada MH.

IKLAN

“Food Panda Datang, Mereka Tak Nampak Kedai,” – Misterinya! Zara Zya Umum Akan Pindah Lokasi Restoran “Food Panda Datang, Mereka Tak Nampak Kedai,” – Misterinya! Zara Zya Umum Akan Pindah Lokasi Restoran “Food Panda Datang, Mereka Tak Nampak Kedai,” – Misterinya! Zara Zya Umum Akan Pindah Lokasi Restoran

Dalam pada itu, Zara turut memaklumkan dia juga ada menjemput beberapa pakar perubatan Islam untuk mengadakan bacaan doa selamat dan juga solat hajat.

“Saya memang ada panggil orang untuk datang berubat dan saya rasa perkara itu normal. Saya tidaklah panggil selalu dan kalau mereka datang pun untuk solat hajat dan doa selamat.

“Saya juga pastikan yang staf juga akan solat pada waktu yang ditetapkan. Surau pun dah ada. Sebelum ini memang kucar-kacir. Saya tak boleh letak semuanya di bahu manager sahaja.

IKLAN

“Bila saya dah titik beratkan soal solat staf-staf saya, memang bisnes saya naik semula,” katanya lagi.

Pelakon drama Seadanya Aku itu berkongsi perkara tersebut dalam satu temu ramahnya bersama MH baru-baru ini.

“Food Panda Datang, Mereka Tak Nampak Kedai,” – Misterinya! Zara Zya Umum Akan Pindah Lokasi Restoran “Food Panda Datang, Mereka Tak Nampak Kedai,” – Misterinya! Zara Zya Umum Akan Pindah Lokasi Restoran

Dalam temu ramah tersebut, Zara turut mengumumkan restorannya kini akan ditutup buat sementara waktu dan akan berpindah ke satu lokasi yang lain.

IKLAN

Jelas Zara, keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan kadar sewa memandangkan restoran lamanya itu terlalu besar dan banyak ruang yang tidak digunakan terutamanya ruang untuk mengadakan program.

“Buat masa sekarang saya terpaksa tutup dulu restoran saya sebab saya dalam perancangan untuk cari kedai yang lebih murah sewanya.

“Walaupun dekat situ memang ramai orang tapi saya rasakan dua tingkat setengah itu terlampau besar. Sebelum ini, tempat tersebut dibuka juga untuk event tapi sejak PKP ni, event pun tak banyak yang boleh dijalankan.

“Jadi, saya rasa di situ terdapat pembaziran. Walaupun ramai yang cari dan tanya fasal restoren, saya harap mereka dapat bersabar dan biar saya uruskan apa yang patut terlebih dahulu.

“Nanti saya akan cari kedai lain yang berhampiran juga dengan kedai lama tetapi sewanya lebih murah,” akhirinya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI