Pelakon terkenal Hong Kong, Jackie Chan, 70, yang sinonim menerusi kehebatannya dalam melakonkan sendiri babak aksi lagak ngeri mengakui dia pernah pengsan ketika menjalani penggambaran filem Panda Plan ketika sedang melakukan aksi lagak ngeri.
Ketika insiden berlaku, di fahamkan wajah Jackie kelihatan ‘kosong’ dan seperti tidak menyedari apa yang sedang berlaku.
“Tiba-tiba saya berasa lemah dan nak rebah. Kemudian kru terus berlari ke arah saya untuk memastikan saya selamat.
“Saya seperti tidak sedar dan bertanya pada mereka ‘Apa dah jadi?’ Apabila diberitahu saya pengsan, rasa macam tak percaya pula dan menganggap mungkin ia berlaku kerana saya menahan nafas ketika melakukan aksi itu,” katanya.
Kemudian selepas berehat seketika, penggambaran adegan sama diteruskan selepas semuanya berada dalam keadaan baik.
“Ia bukan masalah besar, saya perlu meyakinkan semua orang bahawa saya baik-baik saja. Jika tidak, mereka akan menggunakan pelagak ngeri menggantikan saya.
“Jika saya hanya duduk di tepi sambil melihat pihak produksi menggunakan pelakon ‘stunt’, saya akan berasa sangat bersalah!” tambahnya.
Ads
Meski kini meniti usia emas, Jackie sebenarnya masih lagi aktif melakukan aksi berbahaya sendiri tanpa bantuan pelakon pengganti.
Menerusi filem Panda Plan, terdapat juga adegan aksidia perlu menunggang motosikal berkuasa besar lalu menembusi tingkap.
Semasa penggambaran berjalan, motosikal tersebut hilang kawalan dan Jackie tercampak sejauh beberapa meter, namun dia tenangkan pihak produksi dengan menyatakan semua tak perlu risau.
Dia hanya alami kecederaan kecil dan dia benar-benar okey. Situasi tersebut nyata membuatkan kru memberi tepukan hormat buat aktor legenda itu.
Kemudian menerusi salah satu adegan lain pula, Jackie perlu melompat dari lantai ke atas kotak kayu besar sebelum melompat ke tingkat dua.
Ads
Walaupun kelihatan mudah, ia masih mencabar untuk Jackie yang sudah berusia 70 tahun.
Keberaniannya membuatkan warga produksi dan kru terharu dengan dedikasi juga tahap profesionalismenya.
Ads
Selain Jackie Chan, Panda Plan turut menampilkan panda Hu Hu sebagai bintang utama.
Filem ini mengisahkan bintang kung fu, Jackie Chan (dilakonkan oleh Jackie) diundang untuk menjaga anak panda popular, Hu Hu.
Namun, Hu Hu menjadi sasaran organisasi jenayah antarabangsa.
Lalu Jackie bekerjasama dengan pengurusnya, David (lakonan Wei Xiang), dan penjaga panda, Su Xiaozhu (lakinan Shi Ce) untuk membentuk satu pasukan demi menyelamatkan apa yang sepatutnya.
Filem Panda Plan bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula hari ini, 10 Oktober 2024.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurul Ain Edruce ada mendedahkan sikap sebenar dirinya buat si tunang menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi Ain, dia merupakan seorang perempuan yang sangat ringkas namun ada beberapa perkara yang tidak digemarinya.
“Dear Fiance ,Lg berapa bulan lg nk kahwin , so aku nk kau knl aku betul2. Aku jenis perempuan yg simple, just ade sikit2 benda je aku x suka .
“Macam ,TAK SUKA SAYUR TAK SUKA DATING KLUA LMBT TAK SUKA WARNA KELABU , HIJAU , PINK TAK SUKA ICE LEMON TEA TAK SUKA SWIMMING TAK SUKA LIPAS TAK SUKA CICAK
“TAK SUKA BIAWAK TAK SUKA KAU ( oopps )TAK SUKA ORANG PUSH
TAK SUKA MANDI TAK SUKA TENGOK CITE HANTU TP NAK TENGOK TAK SUKA PARK REVERSE. TAK SUKA BANTAL JENIS BULU OSMOLOSPHOSIS
“Haaa simple kn? Harap awak dh knl saya. @amirul_hafizz,” tulisnya.
A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on Sep 11, 2019 at 7:26pm PDT
Di samping itu, peminat juga mendoakan agar semua urusan Ain dan tunang dipermudahkan.
Untuk rekod, Ain telah mengikat tali pertunangan bersama seorang usahawan, Amirul Hafiz pada 22 Jun yang lalu dan bakal merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada 13 Disember depan.
Foto : Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun memaklumkan dirinya telah mendapat kelulusan hak penjagaan terhadap anak angkat lelakinya, Hamdee Abdul Hafiz.
Hafiz atau nama sebenarnya, Mohammad Hafiz Hamidun berkongsi khabar gembira itu menerusi satu hantaran terkini yang dimuat naik di akaun Instagram.
Selain berkongsi khabar gembira itu bersama peminat, penyanyi berusia 38 tahun ini turut meluahkan rasa syukur kerana proses berkenaan berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah, setelah lebih 2 tahun Hamdee dalam jagaan saya, hari ini rasmi Hamdee sebagai anak angkat saya. Urusan di Jabatan Pendaftaran Negara pun dipermudahkan. Syukur.
“Terima kasih kepada semua yang terus doakan Hamdee, semoga Hamdee akan terus dapat kasih sayang yang sempurna sampailah dewasa nanti,” tulisnya.
Imbas kembali, Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 namun mereka bercerai pada 25 Oktober 2017.
Selepas dua tahun bergelar duda, Hafiz mendedahkan dirinya telah mengambil seorong anak angkat lelaki yang diberi nama Hamdee Abdul Hafiz, pada 10 Mac 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hafiz Hamidun
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Bollywood, Preity Zinta telah mengumumkan menerusi akaun Instagramnya yang dia dan suami, Gene Goodenough telah bergelar ibu dan ayah.
Mereka menimang sepasang cahaya mata kembar lelaki dan perempuan menerusi proses ibu tumpang.
“Hai semua,saya ingin berkongsi satu berita hebat dengan anda semua hari ini. Saya dan Gene sangat gembira dan hati kami dipenuhi dengan rasa syukur dengan penuh cinta kerana hari ini kami menimang dua cahaya mata kembar sebagai sebahagian dari keluarga kami.
“Kami sangat teruja dengan fasa baru dalam hidup kami. Terima kasih yang tulus kepada doktor, jururawat dan pengganti kami kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini,” kongsi pelakon cantik berusia 46 tahun ini.
Pasangan bayi kembar lelaki perempuan itu diberi nama Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.
Dalam pada itu, dapat dilihat selebriti-selebriti terkenal Bollywood menghujani ruang komen di hantaran tersebut dengan ucapan tahniah. Priyanka Chopra meninggalkan ucapan, “Tahniah, sangat gembira untuk anda berdua. Mengirim rasa sayang yang banyak kepada anda!”
Manakala Madhuri Dixit pula menulis, “Hey PZ, Tahniah! Cinta yang banyak untuk anda dan Gene, peluk dan cium untuk Jai dan Gia.”
Peity Zinta dan suaminya telah melangsungkan perkahwinan pada 29 Februari 2016 dalam satu majlis privasi di Los Angeles. Memilih untuk menetap di Los Angeles sejurus berkahwin, Preity masih lagi pulang ke India dari masa ke semasa.
Sumber & Foto: Instagram Preity Zinta
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di...