Selepas genap seminggu melahirkan cahaya mata kedua, pelakon, Ummi Nazeera akhirnya memutuskan untuk mendedahkan nama puterinya itu.

Menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram, Ummi turut berkongsi sebuah video yang memaparkan wajah penuh bayi comel tersebut.

Figura Comel ‘Babygirl’ Dikongsi Ummi Nazeera, Sedap Namanya! – “Bermaksud Kehidupan Yang Tenteram, Bahagia & Sempurna.” Figura Comel ‘Babygirl’ Dikongsi Ummi Nazeera, Sedap Namanya! – “Bermaksud Kehidupan Yang Tenteram, Bahagia & Sempurna.”

Jelas Ummi, dia dan suami, Dr. Izzar Anwari telah pun bersepakat untuk menapakan anaknya itu, Aysha Arsyla yang membawa maksud kehidupan yang tenteram dan sempurna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

“Alhamdulillah. Dah hari ke-7. Ummi nak share nama anak kami iaitu Aysha Arsylia. Sempena nama isteri baginda Rasulallah SAW. Arsylia pula yg bermaksud kehidupan yg tenteram, bahagia dan sempurna.

IKLAN

“Semoga Aysha akan membesar menjadi anak yang solehah, dengar cakap ibu bapa dan keluarga, serta berbakti kepada agama dan negara,” tulisnya.

Dikesempatan itu juga, pelakon filem, Gol Dan Gincu 2 turut meluahkan rasa syukur kerana segala urusan melahirkan anak keduanya itu telah pun dipermudahkan.

“Risau mummy masa empat minggu mengandungkan Aysha dulu dah bleeding. Tapi alhamdulillah, mummy diberi peluang untuk melahirkan Aysha secara normal. Syukur syukur.Allah Maha Besar.
@ayshaarsylia,” katanya lagi.

IKLAN

Figura Comel ‘Babygirl’ Dikongsi Ummi Nazeera, Sedap Namanya! – “Bermaksud Kehidupan Yang Tenteram, Bahagia & Sempurna.” Figura Comel ‘Babygirl’ Dikongsi Ummi Nazeera, Sedap Namanya! – “Bermaksud Kehidupan Yang Tenteram, Bahagia & Sempurna.”

Terdahulu, Ummi dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada tanggal 2 Jun yang lalu di salah sebuah hospital swasta di Selangor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

IKLAN

Bayi seberat 3.32 kilogram itu telah dilahirkan secara normal meskipun Ummi dilaporkan mengalami demam panas sewaktu di dalam bilik bersalin.

Sekadar informasi, Ummi dan Dr. Izzar telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup tersebut pasangk ini telah pun dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Ayra Aneesah.

Sumber: Instagram Ummi Nazeera

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI