Pelawak dan pelakon komedi, Man Raja Lawak mendedahkan dia terpaksa menghentikan bantuan kewangan kepada individu yang menghantar mesej meminta bantuan daripadanya di Instagram berikutan wang tabungannya kini yang semakin susut.

Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim,44, berkata demikian menerusi laporan Harian Metro.

Jelasnya lagi, dia ketika ini lebih memberi fokus kepada keperluan keluarga termasuk membantu orang-orang memerlukan di sekeliling yang dikenalinya.

“Ramai Juga Minta RM50. Kalau Tak Dapat, RM10…,” – Ramai Terjejas, Tapi Man Raja Lawak ‘Stop’ Dulu Bantuan Sebab Wang Simpanan Makin Susut

“Sebenarnya, sejak penularan Covid-19 tahun lalu hingga sekarang, setiap hari saya menerima lebih 30 mesej daripada individu tak dikenali di Instagram yang meminta bantuan.

“Jumlah wang diminta pula berbeza-beza dengan pelbagai masalah dihadapi mereka. Ada yang minta saya bayarkan sewa rumah sebanyak RM1,600. Jika saya tak boleh beri jumlah itu, RM600 pun tak mengapa dan dia minta wang dimasukkan dengan segera.

IKLAN

“Ramai juga yang minta RM50. Kalau tak dapat, RM10 pun tak mengapa. Dari pagi hingga malam, saya tak henti-henti menerima mesej Instagram daripada individu yang meminta bantuan kewangan,” katanya.

“Ramai Juga Minta RM50. Kalau Tak Dapat, RM10…,” – Ramai Terjejas, Tapi Man Raja Lawak ‘Stop’ Dulu Bantuan Sebab Wang Simpanan Makin Susut

Man berkata, ada juga yang dia memohon maaf kerana tidak dapat membantu. Namun, tetap masih ramai yang terdesak dan terus mengirimkan mesej kepadanya.

IKLAN

“Perancangan saya sekarang dengan wang yang ada ialah untuk meneruskan kehidupan sendiri bersama keluarga dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

“Saya pun tak pasti bila boleh aktif memulakan semula kerja-kerja dalam industri seni. Malah, saya pun dah lama tak ada ‘job’, namun tetap akan terus berusaha mencari rezeki selagi boleh,” katanya lagi.

Man berkata, selepas ini jika ada rezeki lebih dan untuk memberi bantuan, dia akan memilih orang yang betul-betul memerlukan termasuk ahli keluarga yang kesempitan wang serta jiran.

IKLAN

Terdahulu, Man berkongsi status di Insta Stroy menjelaskan mengenai hal berkaitan. 

“Ramai Juga Minta RM50. Kalau Tak Dapat, RM10…,” – Ramai Terjejas, Tapi Man Raja Lawak ‘Stop’ Dulu Bantuan Sebab Wang Simpanan Makin Susut“Ramai Juga Minta RM50. Kalau Tak Dapat, RM10…,” – Ramai Terjejas, Tapi Man Raja Lawak ‘Stop’ Dulu Bantuan Sebab Wang Simpanan Makin Susut

Ketika pelaksanaan PKP yang pertama 18 Mac tahun lalu, Man tampil menghulurkan bantuan kepada orang ramai yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 menerusi wang RM50,000 dimenanginya ketika menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 bersama kumpulan Puteh.

Sumbar: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI