Selesa dikenali sebagai penyanyi lagu kerohanian, Fattah Amin akui dia kini lebih suka mendengar lagu-lagu bergenre sedemikian bagi memberikan ketenangan dalam menjalani kehidupan.
Menurut Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 32, dia dan isteri, aktres Nur Fazura juga turut sama berkongsi minat sama.
Malah, setiap kali dalam perjalanan ke pejabat, pasangan sejoli ini akan memasang playlist lagu-lagu kerohanian misalnya daripada Opick dan Lah Ahmad.
“Buat masa ini saya mahu dikenali sebagai penyanyi lagu kerohanian di samping masih lagi aktif berlakon.
“Bila kita dengar lagu-lagu kerohanian, ia akan membuatkan kita berasa lebih tenang dan ia satu terapi untuk halwa telinga kita.
“Kita kan sibuk dengan kerja, pergi ke sana ke sini, bila kita dengar lagu-lagu macam ini, kita (sentiasa) beringatlah orang cakap.
Ads
“Macam saya dan Faz kalau kami dalam perjalanan pergi ke pejabat, memang kami akan dengar lagu-lagu sebegitu.
“Antara yang ada dalam playlist kami, lagu-lagu daripada Opick, Lah Ahmad dan kumpulan Dewa,” katanya kepada MH.
Bintang filem Mat Kilau ini ditemui pada majlis pelancaran muzik video (MV) lagu terbaharunya, di Padamu yang di pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada Rabu.
Padamu lagu ciptaan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh.
Ads
Fattah juga mendedahkan dia turut mengambil inisiatif dengan mengikuti kelas vokal bagi mengasah lagi skil nyanyiannya.
“Syukur vokal untuk lagu ini semakin bagus.Seperti juga dalam lakonan, kalau selalu buat latihan pasti akan jadi lebih baik.
“Selain itu, saya juga mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Syafi dan Mark Adam sebelum ini,” ujarnya.
Ads
Lagu Padamu mula dilancarkan sejak April lalu dan MV boleh ditonton di saluran Youtube Fattah Amin bermula 9 Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Universal Music Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berita pemergian bintang versatil, Allahyarhamah Adibah Noor lewat petang Sabtu akibat kanser ovari tahap empat nyata menyentap emosi peminat, termasuk rakan-rakan industri seni dan teman media.
Rata-rata memberikan penghormatan terakhir dan membacakan al-Fatihah buat penyanyi, pelakon dan hos kesayangan ramai itu.
Malah, ada di antara rakan selebriti yang berkongsi momen indah bersama arwah, termasuk penyanyi Aina Abdul.
Pelantun lagu Sepi ini mendedahkan, Adibah atau mesra disapa Kak Dib merupakan antara artis terawal yang percaya akan bakat seninya.
“Arwah Adibah Noor, antara figura awal yang memberi semangat terhadap Aina untuk terus kuatkan usaha di awal-awal pembabitan sebagai anak seni, sekitar tahun 2015.
“I am sad. I am devastated. Tenanglah di sana Kak Adibah Noor. Al-Fatihah,” titip Aina menerusi Insta Stories, sebaik mengetahui berita pemergiaan Allahyarham.
Terdahulu, Seniman dalam kenyataan media memaklumkan, Adibah Nor atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohamed Omar telah kembali kerahmatullah pada jam 6.30 petang Sabtu di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur di usia 51 tahun.
Beliau dilahirkan pada 3 September 1970 di Kuala Lumpur.
Selain aktif seni, Allahyarham pernah bergelar guru subjek Bahasa Inggeris selama dua tahun.
Antara filem lakonan Adibah yang cukup popular menerusi lagu Terlalu Istimewa ini termasuklah Sepet, Buli Balik, Gubra, Mukhsin, Talentime dan banyak lagi.
Pelakon terkenal Hollywood, Colin Farrell, membuat keputusan berat untuk menempatkan anak lelakinya, James, 21, yang menghidap sindrom Angelman, di sebuah pusat jagaan jangka panjang.
Menurut laporan The Independent, pelakon filem The Banshees of Inisherin itu berkongsi kisahnya menerusi temu bual bersama majalah Candis, dengan menyatakan kebimbangannya tentang masa depan anaknya sekiranya beliau dan bekas pasangannya, Kim Bordenave, ditimpa musibah.
“Bagaimana jika saya terkena serangan jantung esok, dan ibu James pula terlibat dalam kemalangan? Siapa akan jaga James?” ujarnya.
Farrell, 48, berkata jika perkara tersebut berlaku tanpa sebarang perancangan rapi, anaknya berisiko menjadi tanggungan negara dan akan ditempatkan di lokasi yang mereka sendiri tidak boleh tentukan.
Atas sebab itu, beliau dan Kim kini sedang mencari sebuah pusat penjagaan kekal yang sesuai agar anak mereka dapat tinggal di tempat yang selesa serta boleh dikunjungi mereka dari semasa ke semasa.
“Kami mahukan dia hidup dengan penuh, berbahagia, dan rasa dirinya terhubung,” katanya lagi.
Pada Ogos tahun lalu, Colin Farrell turut mengumumkan penubuhan sebuah yayasan khas sempena nama anaknya yang digelar sebagai seorang yang “ajaib” dalam hidupnya.
Sekadar info, sindrom Angelman merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku.
Sindrom ini menyebabkan kelewatan perkembangan, masalah pertuturan, isu keseimbangan, ketidakupayaan intelek dan sawan.
Setakat ini, tidak mempunyai penawar untuk sindrom Angelman dan penghidapnya memerlukan penjagaan berterusan sepanjang hayat.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas isteri kepada pelakon Keith Foo, Kim Raymond difahamkan kini sudah memeluk agama Islam pada 24 Oktober lalu di Markaz Al Khadeem, Petaling Jaya.
Dalam hantaran tersebut, Kim Raymond atau nama Islamnya, Kim Amal Raymond dilihat sopan mengenakan jubah dan tudung serba hitam.
“Dengan hidayah Allah, Kim Amal Raymond dari Malaysia memeluk agama Islam di Markas Al Khadeem pada 24 Oktober 2024.
“Ramai ahli keluarga dan sahabat handai yang hadir ke majlis bagi menyaksikan majlis yang penuh barakah itu,” tulis hantaran terbabit menerusi ruangan kapsyen.
Berita gembira itu akaun Instagram rasmi Newmuslimcommunity, baru baru ini.
Perkongsian itu juga pantas mendapat perhatian ramai, sekaligus menerima pelbagai reaksi positif warganet. Antaranya;
“Masya-Allah Alhamdulillah, Selamat datang Dear Sister Kim.”
“Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa menunjukkan jalan yang lurus kepada kita semua.”
“Semoga ada insan yang sentiasa membimbingnya. Sentiasa berpegang kepada kalimah syahadah yang dilafazkan.”
“Alhamdulillah. Allahu Akbar. Semoga istiqamah serta dalam Rahmat Allah SWT sentiasa. Aamiin ya rabbal’aalamiin.”
“MasyaAllah Allahumma barik laha! So happy for her!.”
Imbas kembali, Kim pernah mendirikan rumah tangga dengan Keith pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Skylar Raymond pada
30 Mei 2017.
Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila pasangan itu sah bercerai pada Disember 2019.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan insiden disapa oleh seorang wanita warga emas yang tidak mengenali dirinya sebelum ini, aktres Fasha Sandha memaklumkan dia langsung tidak tersinggung dan menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang normal.