Baru-baru ini pelawak dan penyampai radio, Shuib mendapat kejutan dari isterinya, Siti Sarah apabila motosikal yang baru dibeli, Y15ZR V2 telah diubah suai dengan dihiasi bunga-bungaan.
Sekali pandang, ia saling tak ubah seperti sebuah motorsikal berhias!
Lantas, hal tersebut turut mendapat reaksi rakan selebriti.Zizan Razak misalnya mulai mencipta beberapa kata-kata pujangga (quotes) buat sahabat baiknya itu.
Beberapa jam lalu, usahawan sensasi Sajat ada berkongsi beberapa keping foto yang merakamkan dirinya kini terlantar di hospital.
Meski tidak memaklumkan mengenai masalah kesihatan yang dialami, Sajat menerusi Instagram memberitahu malam raya ini, dia berada di hospital dan turut meminta maaf kepada semua andai ada salah dan silap.
“Malam raya saya kat hospital..maafkan saya,klu selama ini saya banyak buat salah pada mereka di luar sana.. harap saya cepat sembuh…saya nak beraya dengan anak anak,tetapi ummi kat hospital..maafkan ummi,” tulisnya.
Meski masih bersedih atas kematian ibu tercinta beberapa minggu lalu, penyanyi yang juga penyampai radio Zayan, Mawi sekali lagi berduka cita apabila anak saudaranya, turut pergi dijemput Illahi beberapa hari lalu.
Berita tersebut disampaikan menerusi Instagram rasmi Zayan, yang turut meminta ramai supaya sedekahlah al-Fatihah buat yang telah pergi selama-lamanya.
“Sama-sama kita doakan Al-Fatihah kepada anak saudara (bayi) @cahayaasmawi yang meninggal dunia di rumah beliau.
“Sama-sama kita doakan, ujian berat untuk @cahayaasmawi & keluarga selepas kehilangan ibunya kini anak saudaranya. Al-fatihah,” tulis akaun berkenaan yang turut disertakan dengan beberapa keping foto.
“Dari dia kita datang dan dari dia jugak kita dikembalikan.. Tolong semua sahabat saya tuk sedekahkan Al-Fatihah buat puteri comel kesygan @asmidah_ani
AZRA SYAKIRIN BT AZRI, Al-Fatihah
@cahayaasmawi,” tulisnya sambil disambut dengan ucapan takziah dan al Fatihah dari para peminat.
Terdahulu, bekas juara Akademi Fantasia musin ketiga itu telah mengadakan majlis bacaan yasin & tahlil untuk arwah ibunya.
Kebelakangan ini, golongan selebriti pasti tidak terlepas daripada menerima pesanan ‘mengarut’ dari pengguna media sosial hingga ada kalanya ia boleh memudaratkan.
Ditanya mengenai hal tersebut, pelakon Geng Mak-Mak, Fatin Afeefa misalnya, dia turut tidak terlepas daripada menerima direct messages (DM) menerusi Instagram terutamanya dari golongan lelaki.
Malah kongsinya kepada MH, di dalam pelbagai mesej yang diterimanya, dia tidak menafikan ada yang berbentuk ‘merepek’ dan berunsur lucah.
Bagaimanapun, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini lebih senang untuk tidak ambil pusing.
“Saya akui banyak terima DM (Direct Message) dari peminat terutama kaum lelaki.
“Ada juga yang komen merepek, komen lucah dan saya rasa baik saya abaikan dan tekan button decline. Bila saya refresh, pasti akan masuk DM baru balik.
“Kadang-kadang mereka ini saja nak main-main. Malah, ada juga yang hantar pesanan memberitahu ada yang sedia jadi papa kepada anak-anak”, jelas Fatin lucu.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.