Guru vokal dan pensyarah muzik terkenal, Datuk Syafinaz Selamat, sanggup melabur duit sendiri bagi menghasilkan lagu raya buat dua protegenya pada program Mentor musim ke-7 iaitu Lazarul, 28, dan Ranisha, 19.
Inesiatif tersebut dilakukan bintang senior ini bagi memastikan keduanya tidak terus terkapar-kapar seterusnya ‘hilang’ dari radar seni tempatan.
Sebagai permulaan, Syafinaz, Lazarul dan Ranisha memilih untuk muncul menerusi lagu raya berjudul RahmatNya ciptaan Ku Sham dan lirik oleh Zaira yang dilancarkan, baru-baru ini.
Menariknya, RahmatNya menjadi lagu raya pertama Datuk Syafinaz yang dirakamkan sejak bergelar penyanyi kira-kira 30 tahun lalu.
“Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir merakamkan lagu raya selama bergelar penyanyi, tetapi keinginan mula timbul sejak dua tiga tahun lepas.
“Saya masih ingat, hati tergerak merakamkan lagu raya selepas terjaga daripada tidur seminggu sebelum Ramadan. Saya terus menghubungi Lazarul dan Ranisha untuk memberitahu berita baik ini.
Ads
“Sebagai mentor, saya bertanggungjawab terhadap mereka. Saya membawa mereka ke dunia nyanyian menerusi pentas program Mentor 7, tidakkah kejam jika saya hanya membiarkan mereka,” kongsinya yang tidak menafikan perjalanan seni keduanya agak perlahan sejurus selesai program.
“Lazarul dan Ranisha adalah penyanyi yang bagus, tetapi tiada platform untuk untuk terus mengembangkan bakat. Saya pikul tanggungjawab ini.
“Saya percaya belum ada mentor yang mengeluarkan duit untuk merakamkan lagu buat anak didiknya, tetapi saya pula berfikiran sebaliknya. Ini adalah sumbangan saya untuk generasi baharu,” katanya.
Pada masa sama, pensyarah vokal Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan di UiTM Shah Alam dan Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu menambah, lagu RahmatNya adalah langkah awalnya juga untuk kembali aktif sebagai penyanyi semula.
Ads
“Lebih 10 tahun tidak merakamkan lagu baru. Sudah lama saya berjanji dengan peminat yang tidak putus-putus bertanya. Saya tidak pernah hilang dalam industri muzik, sentiasa ada, tetapi ramai yang melihat saya sebagai juri program dan guru vokal.
“Ada yang ingat saya tidak menyanyi lagi, sedangkan saya masih ligat menerima undangan persembahan korporat dan acara-acara tertentu.
“Jadi, saya pilih lagu raya sebagai langkah permulaan sebelum muncul dengan satu lagu terbaharu selepas Aidilfitri nanti,” jelas Syafinaz jujur.
Sementara itu, penyanyi asal Pontian, Johor itu memberitahu, dia memilih lagu ciptaan pasangan suami isteri, Ku Sham dan Zaira yang juga teman lamanya sebagai taruhan sempena Syawal.
Ads
“Ku Sham dan Zaira adalah junior saya ketika menuntut di UiTM. Ku Sham berkhidmat sebagai pemain gitar untuk Orkestra RTM. Mereka tahu apa yang saya ingini dalam muzik. Lagu RahmatNya bermaksud rahmat Allah.
“Saya percaya kita seringkali alpa apabila terlalu sibuk dengan tugasan dan duniawi. Kita lupa pada Allah SWT, pegangan agama dan keluarga. Menjelang bulan Ramadan, kita kembali sedar menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Rahmat pada bulan puasa inilah memberi keinsafan dan kesedaran buat kita.
“Dan akhirnya, kita menyambut Aidilfitri dengan kemenangan mengatasi kealpaan selama ini. Lagu bergenre latin yang diselitkan elemen R&B ini sangat menyentuh hati saya,” katanya panjang lebar.
Terdahulu, single RahmatNYa turut disambut baik dua bintang muda itu yang menyifatkan mentornya seorang yang bertanggungjawab dan tidak mempersia-siakan bakat mereka.
Foto: Instagram Datuk Syafinaz/YouTube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Tangan berurat? Jangan risau. Ni tangan orang kuat bekerja..ching,” tulisnya.
Bagaimanpun posting tersebut telah dicemari dengan komen-komen melampau daripada sesetengah netizen.
Bagaimanapun ada juga peminatnya yang menyifatkan situasi tangan berurat merupakan sesuatu yang normal, baik lelaki dan wanita.
Dalam pada itu, Zizi dalam perkembangan lain baru saja melancarkan lagu rayanya bersama usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi, Bella Astillah berjudul Jom Raya.
Lagu berkenaan yang kini menjadi trending turut mendapat reaksi bercampur-campur di kalangan peminat seni.
Foto: Instagram Zizi Kirana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Nadya Syahera ada berkongsi cerita apabila hubungan rumah tangganya dengan Fizul Nawi mulai goyah.
Kongsi pelakon drama bersiri Dia Semanis Honey ini juga, dia mendapati bukti kecurangan apabila suaminya itu bergambar bersama seorang gadis dari Kelantan.
Menurut laporan MHE TV, Nadya mendedahkan bahawa perkara itu terjadi seminggu sebelum sambutan Aidilfitri.
“Sebenarnya, hal ini baru saja dapat dibongkar kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfitri yang lalu walaupun kecurigaan saya terhadapnya sudah dirasakan lebih awal.
“Naluri isteri, jujurnya saya mencurigainya sejak dia bekerja di luar kawasan iaitu di Kelantan yang juga merupakan kampung halamannya.
“Hampir sebulan dia di sana kononnya atas urusan kerja semata-mata dan langsung tidak balik ke rumah kami di Shah Alam untuk menjenguk saya serta anak-anak.
“Akhirnya, teka-teki yang selama ini bermain di benak fikiran terjawab selepas melihat beberapa keping gambar yang membuktikannya bermain kayu tiga,”katanya.
Difahamkan gadis terbabit adalah adik kepada pengasas produk kosmetik terkenal yang beroperasi di negeri Pantai Timur itu.
“Bahkan, hubungan kedua-duanya bermula setelah gadis berkenaan datang ke premis restorannya sebagai seorang pelanggan.
“Apapun yang berlaku, saya akan berusaha untuk pertahankan perkahwinan ini dan belum terdetik untuk meminta cerai waima tak dapat dinafikan betapa kecewanya saya atas perbuatan dilakukannya,” ujarnya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 September 2015 dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Fizul setelah gagal mempertahankan rumah tangga pertama.
Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun.
Sumber : MHETV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Joy Revfa telah meraikan ulang tahun hari jadinya yang ke-32 tahun.
Bertemakan kek animasi popular Disney, Aladdin, pemilik penuh nama Siti Arifah Mohd Amin ini bagaikan tidak ‘ditelan’ usia dek raut wajahnya persis gadis remaja.
Dalam pada itu, Joy turut bergambar bersama ibu tercinta, Safiah Abbas yang juga seorang usahawan kosmetik dan turut menerbitkan buku-buku perihal kecantikan.
“Doa Ibu yg sentiasa menyelimuti langkahku.. Kemana pun aku pergi.. Dimana pun aku ditempatkan.. Aku tetap bersama-sama dgn doanya..
“Kerana.. yang membuat segalanya mudah bukan kerana keberuntungan.
“Tetapi..Doa & Restu dari seorang Ibu..
“Terima kasih ibu kerana melahirkan anakmu ini ke dunia & memberi sepenuh kasih sayang tanpa syarat.. 😭 sayang ibu @sofiaabbas61 💋
“Kawan2 yg masih ada ibu tu, rajin2 lah minta restu atau doa dari ibu, pasti segala yg kita lakukan segalanya akan menjadi mudah.. Insyallah,” tulis Joy dengan penuh perasaan.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.