Wah, nampaknya nama Farah Nabilah atau lebih dikenali sebagai Fawaa semakin mendapat tempat dihati peminat.

Gara-gara Titian Cinta, lakonannya bersama Zul Arifin yang telah mencecah rating 11 juga penonton, kemunculan semula Fawaa disambut baik oleh pengikut industri hiburan tanah air.

Farah Nabilah Kini Bersama Fawaarriors!

Memulakan karier sebagai seorang pelakon sekitar tahun 2011 dalam beberapa drama dan telemovie, Fawaa pernah membuat keputusan untuk berehat sebentar dari dunia lakonan untuk menyambung pelajaran selama 4 tahun dalam bidang psikologi.

Namun percaturannya sangat cantik dan bijak kerana kemunculannya dalam beberapa drama seperti Inikah Cinta (TV3 Slot Dahlia), Papa Ricky (Astro Prima), Tersuka Tanpa Sengaja Raya (Astro Ria), Mati Tunggu Sekejap (Astro Prima), Tumbangkan Masjid Al Ansar (Astro Oasis) dan Imam Mudaku Romantis (Astro Oasis) terus membuatkan dia semakin dikenali.

Adat berada dalam industri, Fawaa turut tidak ketinggalan mempunyai kelab peminatnya tersendiri.

IKLAN

MH difahamkan kini Fawaa disokong kuat oleh Fawaarriors yang merupakan gabunggan nama Fawaa dan Warriors.

Farah Nabilah Kini Bersama Fawaarriors!

Baru-baru ini, satu sesi pelancaran kelab peminat Fawaarriors telah diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan memperkenalkan logo kelab ini.

Selain membentangkan perancangan yang bakal dilakukan pada 2018 dan seterusnya, peminat-peminat mereka turut sempat beramah mesra dengan selebriti tersebut.

IKLAN

Kini anda semua boleh berhubung atau melihat segala update-update terkini serta aktiviti Fawaa di masa akan datang melalui akaun media sosial Fawaarriors.

Farah Nabilah Kini Bersama Fawaarriors!

Farah Nabilah Kini Bersama Fawaarriors!

Farah Nabilah Kini Bersama Fawaarriors!

IKLAN

Farah Nabilah Kini Bersama Fawaarriors!

Farah Nabilah Kini Bersama Fawaarriors!

Farah Nabilah Kini Bersama Fawaarriors!

Farah Nabilah Kini Bersama Fawaarriors!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI