Tahniah diucapkan buat penyanyi, Fara Hezel yang kini telah pun selamat bergelar ibu selepas melahirkan bayi sulungnya, 18 Oktober lalu.

Fara atau nama sebenarnya, Nurfaraazira Yusri yang juga kakak kepada penyanyi Aiman Tino menerusi Instagram menjelaskan, bayi lelaki seberat 3.57 kilogram itu selamat dilahirkan kira-kira jam 6.05 pagi.

Fara Hazel Kongsi Wajah & Nama Anak Sulung, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin

“Alhamdulillah, 18 oktober 2020 (6:05 pagi) selamat melahirkan putera sulung kami 3.57kg.

IKLAN

“Doakan semoga kami dapat menjadi ibu & ayah yg terbaik buat putera kami. Terima kasih juga pada yang mendoakan, hanya Allah yg dapat membalas kebaikan korang semua,” tulisnya ringkas.

Sementara itu menerusi satu hantaran baru di platform sama, ibu muda berusia 24 tahun ini turut mendedahkan wajah serta nama putera comelnya itu.

Fara Hazel Kongsi Wajah & Nama Anak Sulung, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin

IKLAN

“Bismillahirrahmanirrahim… Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan rezeki kepada kami seorang cahaya mata yang selamat dilahirkan pada 18/10/2020 jam 6.05am.

“Terima kasih kepada semua yg mendoakan putera sulung kami, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra bin Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin,” titipnya.

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan anak lelakinya itu.

Fara yang popular menerusi lagu Setiaku Pasti itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember 2019.

Foto: Instagram Fara Hazel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI