“Esok Mati Anak Tu Baru Kau Ada Akal,” – Kerap Kongsi Fasal Anak, Ada Yang Doa Agar Bayi Shakilla Khoriri Mati

Share

Muat naik segala aktiviti anak-anak di media sosial, ia barangkali mungkin jadi satu kebiasaan normal dilakukan oleh hampir semua ibu di dunia.

Misalnya bagi pelakon Shakilla Khoriri, ini antara cara untuk berkongsi fasa sebagai seorang ibu.

Namun, komen ada netizen yang cukup melampaui batas sehingga ada cakap-cakap yang mengatakan perkongsiaannya keterlaluan.

Malah, dia juga dikata tidak menjaga sensitiviti pasangan yang tiada anak hingga ada komen yang turut mendoakan agar anaknya mati supaya dia lebih mengerti.

“tak habis2 updte psal ank, mcm kau sorang je ada ank. esok2 mati ank tu bru kau ada akal. jaga hti skit org yg tk blh nk ada ank,

” tulis seorang pengguna media sosial.

Pelakon wanita ini bagaimanapun tidak melatah, sebaliknya hanya membalas dengan ikon senyuman.

Namun, netizen lain menyelar tindakan individu terbabit dan memohonnya agar ‘unfollow’ Instagram Shakilla agar hidupnya lebih aman.

Segalanya serba tidak kena. Memang susah nak puaskan hati orang. Jadi, lebih baik lakukan apa yang buat kita gembira.

Foto : Instagram Shakilla Khoriri

IKLAN