Penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi Shahir Zawawi yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Shahir sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan primadona filem Melayu itu.

Erra, 48, berkata dia turut gembira apabila mendapat tentang perkhabaran itu dan mendoakan agar ikatan perkahwinan yang bakal dibina Shahir berkekalan hingga ke jannah.

Erra Fazira Ucap Tahniah Pada Shahir – “Saya Harap Perkahwinan Tersebut Bakal Jadi Perkahwinan Pertama, Terakhir Buatnya.” Erra Fazira Ucap Tahniah Pada Shahir – “Saya Harap Perkahwinan Tersebut Bakal Jadi Perkahwinan Pertama, Terakhir Buatnya.”

“Alhamdulillah, gembira mendengar perkhabaran tersebut. Apabila mendapat tahu yang dia mahu berkahwin, saya terus hantar mesej dan mengucapkan tahniah. Dia pun tak sorok daripada saya.

IKLAN

“Tambahan pula, saya rasa dia dah sangat bersedia untuk bergelar suami. Jadi, saya berharap agar perkahwinan tersebut bakal menjadi perkahwinan pertama dan terakhir buatnya, dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya kepada MH.

Sementara itu ketika ditanya mengenai status terkininya, Erra berkata dia masih solo dan tenang menjalani kehidupan bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya.

Erra Fazira Ucap Tahniah Pada Shahir – “Saya Harap Perkahwinan Tersebut Bakal Jadi Perkahwinan Pertama, Terakhir Buatnya.” Erra Fazira Ucap Tahniah Pada Shahir – “Saya Harap Perkahwinan Tersebut Bakal Jadi Perkahwinan Pertama, Terakhir Buatnya.”

IKLAN

“Nak mencari jodoh bukannya mudah, tanya diri sendiri perlu ke jodoh… kalau jodoh membuat hidup kita tak tenang, so what’s the point?

“Setakat ini, saya okay dengan keadaan begini, lebih tenang… saya boleh lebih beri fokus terhadap kerja dan bisnes,” katanya lagi.

Erra sebelum ini pernah mendirikan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Oktober 2007 namun disahkan bercerai pada 2014.

IKLAN

Hasil perkahwinan, Erra dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Erra Fazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI