Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi nama pelakon, Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah kerana dia sememangnya seorang pelakon yang sering membuat kita tertawa ketika melihat lakonannya.

Rasanya sudah lama tidak melihat Enot dikaca TV, pastinya ramai peminat yang merindukan pelakon ini untuk beraksi semula dalam bidang lakonan.

Enot Rindu Berlakon, Teringin Bergandingan Dengan Zul Ariffin

Memetik daripada sebuah portal hiburan, Enot juga mengakui rindu untuk berlakon dan mengidamkan watak yang berbeza daripada watak komedi yang sering dilakonkannya sebelum ini.

“Saya bukan mahu meminta simpati tapi saya memang rindu hendak berlakon. Mana tahu dapat jadi heroin berganding dengan Zul Ariffin selepas ini?” katanya berseloroh.

 

“Selama 16 tahun saya berkecimpung dalam arena seni, saya asyik ditawarkan watak komedi.

 

“Dalam hati, saya nak cuba watak lebih serius atau psiko. Saya mahu cabar diri ke tahap yang berbeza,” ujarnya kepada Berita Harian.

Enot Rindu Berlakon, Teringin Bergandingan Dengan Zul Ariffin

IKLAN

Namun begitu, jika masih ada kepercayaan untuk memegang watak komedi, Enot tidak akan menolak rezeki tersebut.

Tambahan kali terakhir Enot berlakon adalah menerusi drama Bibik Bibikku yang bersiaran di saluran TV3 pada Jun tahun lalu.

IKLAN

Dalam masa yang sama, Enot juga telah mengejutkan orang ramai dengan penampilannya terkini yang semakin kurus berbanding dahulu. Memang hebat, bayangkan Enot berjaya menurunkan berat badan sebanyak 34 kilogram.

Enot Rindu Berlakon, Teringin Bergandingan Dengan Zul Ariffin

IKLAN

Kini Enot merupakan duta kepada satu produk pelansingan badan jenama Lemonex dan produk ini juga yang membantu dirinya untuk kurus.

“Sepanjang tiada tawaran berlakon, alhamdulillah rezeki saya murah dengan menjual produk itu. Berat badan saya susur daripada 129 kilogram kepada 95 kilogram,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pelakon ini pernah disahkan menghidap penyakit barah usus tahap kedua namun kini dia sudah sembuh sepenuhnya dan bebas daripada penyakit barah tersebut.

Semoga kesihatan Enot sentiasa dalam keadaan baik dan dapat muncul semula di kaca TV bagi mengubati kerinduan para peminatnya.

Sumber: Berita Harian, Gambar: Instagram Enot

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI