Selepas menerima sambutan diluar jangkaan, drama rantaian popular, Kampung People bakal kembali menerusi musim terbaru.
Difahamkan drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin itu kini sedang giat menjalani proses pengambaran.
Terbaru, drama Kampung People kembali menjadi sebutan ramai selepas pelakon utama, Elly Mazlin dilihat memuat naik foto ikonik keluarga Pak Abu lakonan Rashidi Ishak yang dilihat sama seperti salah satu babak di dalam musim yang pertama.
Foto tersebut nyata mengungdang rasa teruja di hati ramai pihak.
“Rindu tak dengan keloge Pak Abu? A K A N D A T A N G,” tulisnya.
Entri berkenaan turut dimuat naik oleh Rashidi juga menerusi platform yang sama.
Dalam pada itu, posting yang dimuat naik oleh Elly yang membawa watak sebagai Mona itu telah pun meraih lebih 70,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan keterujaan selain turut tidak sabar menantikan sambungan drama tersebut.
Ads
Selain mengekalkan gandingan lama seperti Rashidi Ishak, Elly, Riena Diana dan Hun Haqee, Kampung People musim ke-2 turut bakal menampilkan beberapa muka antaranya penyanyi dan pelakon komedi, Adibah Noor.
Pelakon dan hos, Norman Hakim meminta doa ramai agar rakan selebritinya, Erra Fazira segera sembuh akibat Demam Denggi yang dialaminya, beberapa hari lalu.
Menerusi sekeping foto yang dikongsikan pelakon Pasrah itu, turut sama melawat Erra Fazira di wad ialah isterinya, Memey Suhaiza dan Abby Abadi.
Menurut Norman, Erra dibenarkan keluar hospital minggu hadapan sekiranya status kesihatan bertambah baik.
“Mohon doakan sahabat dunia akhirat saya @errafazira dikurniakan kesembuhan dari denggi ye semua. Insya-Allah, kalau takde aral Isnin ni dah boleh discharge,” tulisnya optimis.
Perkongsian Norman turut disambut baik Erra yang turut meninggalkan respon di ruangan komen.
Pelakon filem Wangi itu mengucapkan terima kasih atas kunjungan melawat selain menyifatkan mereka sebagai sahabat yang baik.
Terdahulu memetik Harian Metro, Erra terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya akibat demam denggi.
Perkara tersebut dimaklumkan pembantu peribadi Erra, Sharendra Abd Razak.
Bintang itu pada awalnya hanya mengalami demam biasa sebelum mempunyai simptom demam denggi selepas disahkan doktor.
Norman dan Erra sebelum ini merupakan rakan hos bagi program bual bicara, Mingguan Wanita.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat menjelaskan dia bukan melacur atau pun menjual diri di dalam sosial.
Sebaliknya, dia hanya berkongsi persalinan yang suka dipakai dan pada masa sama menghargai kecantikan yang dimiliki.
Perkara itu didedahkan penyanyi Makhluk Penggoda itu menerusi Harian Metro pada Rabu berhubung kecaman yang diterima susulan isunya yang memuat naik gambar dan video berbikini di Instagram mencetuskan kontroversi.
Tambahnya lagi, dia mempunyai hak untuk berpakaian sebegitu dan selesa untuk menjadi diri sendiri.
“Instagram saya gunakan untuk berkongsi kehidupan saya yang bukan hanya khusus untuk perniagaan semata-mata, malah saya suka berkongsi mengenai kecantikan, imej, bantuan, informasi serta banyak lagi.
“Saya sedar ramai yang marah dengan penampilan saya, namun apa yang ingin saya tegaskan masing-masing mempunyai pilihan sendiri. Saya masih berpegang teguh kepada agama saya.
“Saya hanya menjadi diri sendiri dan janganlah hanya kerana imej seksi anda lupa kebaikan saya selama ini,” katanya seperti yang dipetik.
Sajat turut berharap individu yang menggesa dirinya diboikot tidak menghakiminya hanya kerana satu perkara yang dilakukan ketika ini.
“Saya tak faham apabila berpakaian macam ini semua nak boikot seolah-olah saya melakukan kesalahan yang sangat besar.
“Namun, apabila saya menghulurkan bantuan kepada orang miskin tiada siapa menyokong atau menghebahkan, malah ada yang anggap saya riak pula.
“Kecantikan adalah sesuatu yang ‘universal’. Semua orang ingin berkongsi dan berpenampilan cantik, begitu juga dengan saya.
“Saya agak terkilan kerana saya menjadi mangsa mereka sedangkan ramai lagi wanita yang lebih seksi di media sosial. Di Malaysia video lucah juga boleh diakses dengan mudah dan di mana sahaja.
“Kenapa saya dihentam begini?” Jelasnya yang turut memohon maaf sekiranya ada mengguris hati mana-mana pihak kerana dia tiada niat untuk membangkitkan kemarahan ramai.
Jelasnya lagi, perkongsian foto itu juga tidak lebih untuk berkongsi keberkesanan produk yang dijual.
“Jika saya ada mengguris hati mana-mana pihak saya ingin memohon maaf. Saya tiada niat nak bangkitkan kemarahan.
“Saya berkongsi gambar itu antara lain adalah berkongsi hasil yang saya peroleh daripada menggunakan produk yang saya jual,” akhirinya.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan ahli perniagaan, Sharnaaz Ahmad,34, mengakui akan menerima apa sahaja keputusan mahkamah berkaitan dengan soal rumah tangga bersama isterinya, Noor Nabila,35.
Jelasnya, proses tersebut sepatutnya sudah diketahui lebih awal, akan tetapi ia tertangguh atas situasi semasa yang berlaku akibat penularan pandemik Covid-19.
“Saya tak cerai lagi. Tapi keputusan dari pihak mahkamah akan keluar tidak lama lagi.
“Apa yang boleh saya beritahu, antara hubungan saya bersama Nabila, kami berkawan yang membesarkan Jebat sebagai ibu bapa yang baik buat masa sekarang.
“Apa sahaja keputusan saya serahkan kepada pihak mahkamah,” katanya.
Dia bagaimanapun menzahirkan rasa syukur kerana masih berpeluang bertemu dengan anaknya, Jebat Jayden secara baik.
“Akan tetapi apa yang boleh saya jelaskan mengenai Nabila sebagai ibu, buat masa sekarang saya bersyukurlah.
“Orang kata saya sudah dapat apa yang saya sepatutnya dapat. Misalnya dapat bawa Jebat keluar, bawanya jalan-jalan tanpa halangan dan sebagainya.
“Jadi bagi saya ia sudah cukup besar rahmat. Saya boleh jumpa Jebat tiga kali sehari, macam dulu ada masalah sikit untuk jumpanya.
“Sekarang semuanya okay, tak ada masalah dan saya sangat gembira,” katanya.
Bercakap mengenai perhubungannya bersama kakak kepada Neelofa itu, pelakon Lelakimu Yang Dulu akui menyerahkan perkara tersebut kepada Yang Maha Kuasa memandangkan keutamaannya kini hanyalah terhadap anak.
“Nak dikatakan mengenai perhubungan, Allah saja yang tahu. Saya sendiri tak boleh jawab sebab sekarang saya punya keutamaan bukan perkahwinan dah.
“Keutamaan saya adalah untuk besarkan Jebat dan nak dia rasa bahawa dia tak pernah hilang bapa.
“Sebagai bapa, saya berikan 100 peratus, apa sahaja yang termampu.
“Saya terima apa sahaja keputusan mahkamah, lebih setahun lalu saja dah terima.
“Sebab kalaulah saya tidak terima atau move on terhadap apa yang berlaku, saya mungkin sudah jadi tak betul.
“Akan tetapi sejak kecil, saya sorang yang akan ‘fight’ untuk apa yang saya nak.
“Walau orang akan kata saya buat dengan cara saya, misalnya kasar dan sebagainya, saya tidak peduli. Itu cara saya, bergantung kepada pandangan masing-masing,” akui Sharnaaz.
Pada masa sama, dia turut menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai rakan yang banyak memberikan semangat dan sokongan.
“Masa saya down, teruk dulu tu… Saya banyak habiskan masa di rumah di samping mendekatkan diri dengan Tuhan demi rohani saya.
“Pada masa sama, saya ni seorang yang suka bersendirian tetapi saya bersyukur kerana ada sahabat yang ada bersama dalam susah senang. Mereka ada di belakang saya.
“Alhamdulillah dengan apa yang saya perolehi sekarang adalah semangat dari mereka juga,” akuinya.
Menghormati Nabila sebagai ibu kepada anaknya, Sharnaaz turut berterima kasih kepada wanita berkenaan yang diakui sebagai ibu yang baik.
“Pada masa sama, saya juga kena hormati Nabila. Saya belum tentu akan dapat ibu yang bagus macam Nabila, itu sahaja yang boleh saya cakap.
“Apa yang saya nampak hari ini, Jebat dibesarkan dengan 100 peratus kasih sayang seorang ibu yang bagus. Itu saya tidak nafikan, terima kasih kepada Nabila.
“Sekarang apa yang diberikan pada saya pula sebagai seorang bapa, dia masih memandang saya sebagai bapa kepada Jebat.
“Perkara itu bagi saya sudah syurga dah. Mengenai hubungan kami, kita letak ke tepi.
“Jebat tiada kena mengena, saya hanya mahu yang terbaik untuk anak. Itu sahaja,” katanya.
Terdahulu, Sharnaaz ditemui pada Pelancaran Bumblee Bee di Danau Kota, Kuala Lumpur pada Khamis.
“Rasa seronok pun ada dengan tanggungjawab baru. Jenama ini pun kian kuat dan sebolehnya saya mahu kekalkan ia begitu. Saya percaya kepada jenama ini.
“Saya tidak ambil masa lama untuk buat keputusan buka cawangan.
“Malah ketika Shuib dan rakan kongsi baru sahaja buka cawangan pertama kira-kira seminggu, saya antara yang terawal hubunginya.
“Kalau dia mahu buka untuk buat ‘francais’ saya berminat untuk ambil.
“Jadi itulah prosesnya dalam tempoh beberapa bulan kemudian, ia akhirnya direalisasi.
“Meski sudah pun ‘bergaduh bertumbuk’, dengan Shuib sebelum ini, saya kira ia dah selesai,” katanya yang turut mengintai beberapa bisnes lain yang dirasakan berpotensi untuk diterokai selepas ini.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.