Program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang bakal dilangsungkan di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru hujung minggu ini bakal mengangkat pemenang baru.

Kami pasti masing-masing sudah ada pilihan sendiri sama ada Aisyah, Liza Hanim, Hazami, Firman atau Lan Solo. Apa yang pasti, kebanyakan bekas peserta program ini menyambut baik agar ia kekal diteruskan pada masa depan.

Elly Mazlien Akui Gegar Vaganza Beri Impak Tersendiri Dalam Kerjaya

IKLAN

Antara nama yang paling sinonim menerusi GV ialah Elly Mazlien. Meski perjalanannya untuk mara ke final terhenti di pertengahan jalan, namun nyata tuah dan rezeki bekas peserta GV3 ini tidak pernah putus.

IKLAN

Katanya kepada MH, dia turut mengharapkan yang terbaik buat para peserta GV4. Kata Elly, peluang yang diberikan seharusnya digunakan sebaik mungkin, demi meraih kembali kepercayaan dan perhatian khasnya pada pencinta seni tanah air.

IKLAN

“Rasanya saya sering berkongsi mengenai hal ini. GV3 lalu benar-benar kembali membuka pintu rezeki saya dalam kerjaya. Alhamdulillah, impak daripada program tersebut, nama Elly Mazlein kembali menjadi sebutan. Sehingga ke hari ini, tuah begitu baik dan syukurlah, jadual padat pelbagai aktiviti seni. Usah pandang daripada sudut negatif. Sebaliknya, cuba lihat dari sisi positif.

 

 “Pada masa sama, tahun ini juga merupakan tahun terbaik untuk kami sekeluarga juga. Inilah yang dinamakan rezeki anak dan sebagai ibu, saya hanya tumpang tuahnya saja,” akhiri duta kepada produk Lentik Dara ini lagi.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI