Selebriti versatil, Elly Mazlein memilih untuk bersikap terbuka sekiranya program masakan pertama yang dikendalikannya, Senduk Kuali Bersama Kak Lina Pom Pom dibandingkan dengan program masakan sedia ada.

Bakal ditayangkan di RTM sebanyak 29 episod menjelang Ramadan tahun hadapan, Elly yang mesra disapa Kak Lina bagaimanapun menyifatkan program berkenaan mempunyai kelainan dari segi isi kandungan.

Elly Mazlein Tunggu 20 Tahun Baru Ada Program Masakan Sendiri

“Saya sedar apabila program ini disiarkan kelak, ia pasti akan dibanding-bandingkan dengan program masakan sebelum ini.

“Senduk Kuali Bersama Kak Lina Pom Pom ini pula baru setahun jagung dan sudah pastilah akan ada perbandingannya di situ.

“Apa pun, saya mengharapkan penonton beri kami peluang. Tontonnya hingga episod terakhir dan bolehlah buat perbandingan selepas itu.

IKLAN

“Sejujurnya saya tidak kisah sebab sekurang-kurangnya, kita boleh perbaiki apa yang terkurang. Tak boleh ada sikap sombong sebab saya sendiri masih lagi dalam proses belajar.

Kena juga dengar kritikan daripada orang luar demi memastikan program ini berjalan dengan cantik,” jelasnya.

Senduk Kuali Bersama Kak Lina Pom Pom yang berdurasi selama 30 minit setiap episod dan mempunyai tiga segmen, termasuk Cabaran Musang Berjanggut.

“Segmen tersebut cukup menarik dan berbeza kerana selebriti undangan wajib masak menggunakan ramuan yang diberikan.

IKLAN

“Malah ikutkan perancangan kita juga akan mempunyai satu episod istimewa untuk tayangan pada Syawal pertama,” katanya.

Elly Mazlein Tunggu 20 Tahun Baru Ada Program Masakan Sendiri

Menyifatkan rancangan tersebut sebagai satu program yang diimpikan, penyanyi Bungaku Bawakali ini juga tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan teruja.

IKLAN

“Ini kali pertama saya kendalikan rancangan masakan dan rasa teruja memandangkan saya sendiri seorang yang gemar masuk dapur.

“Sejujurnya, tak pernah sangka akhirnya saya ada program sendiri selepas 20 tahun dalam industri.

“Terima kasih atas kepercayaan produksi. Insya-Allah saya akan buat sebaik mungkin sebab saya sendiri perlu bawa rancangan ini dengan jayanya,” katanya.

Elly Mazlein Tunggu 20 Tahun Baru Ada Program Masakan Sendiri

Elly terdahulu ditemui pada majlis Sidang Media dan Tandatangan Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom di antara Mache All Star United Sdn Bhd dan Minyak Masak Kijang Gold di Bandar Baru Bangi, pada Jumaat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI