Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, 31, mengakui dirinya seorang peminat tegar permainan video sejak dari kecil.
Menurut Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Lizzy, minat tersebut tercetus daripada pengaruh abangnya yang juga merupakan seorang kaki permainan video.
“Saya memang gemar bermain permainan video sejak kecil lagi. Mungkin kerana terpengaruh dengan abang saya yang merupakan kaki game, saya pun secara tidak langsung terikut sekali,” katanya.
Antara permainan yang digemarinya termasuk Lineage2M, dan Lizzy mengakui sanggup berjaga malam tanpa pengetahuan ibu bapanya demi menyertai sesi permainan bersama pemain luar negara.
“Antara yang saya suka main ialah Lineage2M. Boleh dikatakan agak ‘hardcore’ juga.
“Saya sanggup berjaga malam tanpa pengetahuan ibu bapa semata-mata untuk menyertai permainan ini dengan pemain dari luar negara,” katanya lagi.
Lizzy menambah, permainan tersebut bukan sahaja menyeronokkan, malah pernah menjadi platform kepada rakannya untuk menemui jodoh.
“Ada satu lagi trivia, kalau nak tahu, saya ada seorang kawan yang bertemu jodoh ketika bermain Lineage2M.
Ads
“Gara-gara ‘game’ ini, dia berkenalan dan akhirnya berkahwin dengan suaminya sekarang,” katanya.
Permainan Video Bantu Latih Minda & Fokus
Mengulas mengenai persepsi negatif sesetengah pihak terhadap permainan video, Lizzy menjelaskan, hobi tersebut boleh mendatangkan manfaat jika dilakukan secara seimbang.
“Saya percaya jika dilakukan secara sederhana, bermain permainan video mampu melatih minda, meningkatkan daya fokus dan kemahiran berfikir secara pantas,” katanya.
Menurut Lizzy, banyak permainan memerlukan strategi dan kecekapan reaksi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian.
Dalam perkembangan berkaitan, Lizzy turut berkongsi keterujaannya apabila menerima kotak misteri Lineage2Mmenerusi penghantaran menggunakan dron, sesuatu yang dianggapnya unik dan moden.
Ads
“Ini pengalaman pertama saya. Saya rasa benar-benar teruja. Saya pernah melihat video penghantaran menggunakan dron di luar negara.
“Tak sangka saya sendiri menerima penghantaran seperti ini di Malaysia. Memang sangat ‘advance’!,” katanya lagi.
Lizzy antara selebriti yang terlibat dalam kempen khas menjelang pelancaran Lineage2M di Asia Tenggara pada 20 Mei ini. Turut menerima kotak eksklusif sama ialah Khairy Jamaluddin, Cathryn Li, dan Han Xiiao Aii.
Kempen yang menggunakan penghantaran dron itu telah menjadi tular dengan meraih lebih 350,000 tontonan dalam masa lima hari.
Lineage2M, sekuel kepada francais permainan terkenal Lineage, pertama kali dilancarkan pada tahun 1998.
Kini ia kembali dengan penambahbaikan grafik menggunakan Unreal Engine, menawarkan pengalaman sinematik 4K, pertempuran masa nyata berskala besar serta permainan rentas platform antara telefon pintar dan PC.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani kini secara rasmi bergelar gandingan nombor satu dunia mengikut kemas kini terkini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang baru sahaja diumumkan hari ini.
Pasangan yang mengumpul 91,090 mata tersebut berjaya memintas beregu Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen yang mengumpul 90,411 mata selepas kegagalan mempertahankan kejuaraan di Masters Malaysia baru-baru ini.
Kejayaan ini menandakan Sze Fei dan Izzuddin sebagai beregu lelaki Malaysia pertama yang mencapai ranking nombor satu dunia sejak kali terakhir gelaran itu diraih Goh V Shem dan Tan Wee Kiong pada tahun 2016.
Kejayaan mereka ini sekaligus mengikut nama-nama besar besar sukan badminton Malaysia yang lain seperti Razif-Jalani, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock.
Pada Januari lalu, Sze Fei dan Nur Izzuddin menjuarai Terbuka India namun menghadapi cabaran apabila gagal mara ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan-kejohanan selepas itu.
Walaupun begitu, prestasi mereka kembali meningkat sehingga membolehkan mereka mencapai kedudukan tertinggi dunia kini. Pasangan ini dijadualkan untuk meneruskan kempen di Terbuka Singapura dan akan memulakan aksi menentang beregu Taiwan, Lee Fang Chih dan Lee Fang Jen.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber, tidak termasuk dalam senarai individu yang menjadi mangsa kepada produser muzik Sean “Diddy” Combs yang kini berdepan pertuduhan jenayah seksual.
Perkara itu disahkan oleh wakil penyanyi kelahiran Kanada itu dalam satu kenyataan kepada portal hiburan antarabangsa, Page Six semalam.
“Walaupun Justin bukan mangsa dalam kes melibatkan Sean Combs, terdapat individu lain yang benar-benar telah menjadi mangsa dan mengalami penderitaan.
“Menumpukan perhatian kepada spekulasi yang tidak berasas hanya akan mengalihkan tumpuan daripada keadilan yang sewajarnya diberikan kepada mangsa sebenar,” kata wakil pelaun lagu One Time itu.
Terdahulu, portal hiburan TMZ melaporkan terdapat spekulasi dalam kalangan peminat bahawa Justin mungkin pernah terlibat dengan Diddy ketika beliau masih remaja, ekoran penularan semula beberapa rakaman video lama.
Antara video yang menjadi perhatian termasuk rakaman sewaktu Bieber berusia 15 tahun yang menunjukkan Diddy berbual dengannya mengenai masa yang bakal diluangkan bersama selama 48 jam. Dalam video berasingan, Combs dilihat meminta Bieber merahsiakan aktiviti mereka.
Diddy, 55, yang juga pengasas syarikat rakaman Bad Boy Records, turut menyatakan bahawa Bieber ketika itu berada di bawah naungan penyanyi R&B terkenal, Usher, walaupun tiada sebarang hak penjagaan sah.
“Walaupun saya tidak mempunyai hak penjagaan sah ke atas Justin, tetapi untuk 48 jam ini, dia bersama saya. Kami akan berseronok sepenuhnya,” katanya dalam rakaman itu.
Diddy kini berdepan perbicaraan bermula 5 Mei lalu atas dakwaan serius termasuk pemerdagangan seks, serangan seksual dan rogol melibatkan beberapa individu termasuk bekas teman wanitanya, Cassandra “Cassie” Ventura.
Bagaimanapun, pasukan peguam bela Diddy menafikan semua tuduhan tersebut dan menegaskan bahawa anak guam mereka tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk penderaan seksual, terhadap mana-mana individu sama ada lelaki mahupun wanita, dewasa atau bawah umur.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Afifah Nasir yang mengumumkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama hasil perkahwinan bersama suami tercinta, Syed Hariz.
Afifah berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu hantaran di Instagram, yang turut memaparkan foto imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya.
Malah klip video momen dirinya yang erat memeluk suami sambil memegang gambar imbasan tersebut, sekaligus menyentuh hati.
Dalam ruang kapsyen, Afifah turut meluahkan rasa syukur dan gembira akhirnya dapat berkongsi detik istimewa ini bersama semua.
“Setahun yang lalu, hanya kita berdua menulis kisah cinta ini, satu halaman demi satu halaman. Kini, sebuah bab baharu bermula, dengan satu degupan jantung kecil yang sedang membesar dalam diri saya.
“Keajaiban kecil kita, yang terhasil daripada cinta. Selepas berbulan-bulan menyimpannya antara kami berdua, saya gembira akhirnya dapat berkongsi berita ini dengan anda semua!,” tulisnya pada ruang kapsyen.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah ditonton lebih 200,000 kali sekaligus disusuli dengan pelbagai ucapan tahniah serta doa daripada para peminat dan rakan selebriti.
Rata-ratahya mendoakan kesihatan Afifah dan bayi dalam kandungan hingga tiba saat kelahiran.
Sebagai informasi, pasangan inu bertemu jodoh pada pada 5 Mei 2024 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...