Gara-gara pernah mendedahkan dia pernah mengalami depresi tidak lama dulu, penyanyi yang kini popular menerusi lagu Police Entry, Elizabeth Tan mengakui sudah lama bangkit dari kemurungan lalu.

Baginya, apa yang berlaku sepanjang beberapa tempoh kebelakangan ini adalah sesuatu yang mendewasakan dari pelbagai sisi termasuk di dalam kehidupan peribadinya.

Baginya, adalah lebih baik untuk dia terus komited dalam lapangan nyanyian dan lakonan yang diceburinya kini daripada memikirkan soal remeh-temeh.

IKLAN

Elizabeth Tan Dalami Pelbagai Agama Di Dunia, Termasuk Islam Menerusi YouTube Dan…

“Saya kini sedang sibuk di lokasi mega drama berjudul Senafas Rindu di samping Syafiq Kyle. Pada awalnya risau juga sebab watak yang saya bawa ni agak berat, perlu menangis dan selain kena banyak bermain dengan emosi.

 

“Apa pun, setakat ini semuanya baik-baik saja,” katanya kepada MH. Terdahulu, bintang yang mesra disapa Lizzy ini hadir bagi program rakaman The Stage Media Hiburan di Shah Alam, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai pengalaman lalu terhadap detik hitam yang pernah dilaluinya sebelum ini, anak didik Faizal Tahir ini menambah pengalaman lalu banyak mengajar/

IKLAN

Sekarang, dia lebih selesa untuk menikmati kehidupan dengan lebih positif dengan cuba untuk belajar menerusi pembacaan mengenai kehidupan dan pada masa sama turut cuba mendalami pelbagai agama termasuk Islam.

“Saya pasti, kita semua mempunyai pandangan dan pendirian sendiri terhadap sesuatu perkara. Tapi ini adalah kehidupan saya dan biarlah saya pilih kehidupan sendiri.

 

Meski saya dibesarkan keluarga, tetapi saya ni jenis yang tanya banyak soalan mengenai kehidupan pada mereka,” kongsi Lizzy jujur.

Hakikatnya, jelas Lizzy dia bukan hanya cuba belajar mengenai agama Islam semata-mata, tetapi anutan serta kepercayaan lain juga.

IKLAN

“Saya banyak baca buku dan tonton video menerusi YouTube. Ada satu saluran yang mana saya tonton dan kandungannya tidak hanya terhad kepada suatu agama sahaja.

 

“Jadi dari situlah saya cuba fahami sedikit demi sedikit. Rasai ingin tahu begitu tebal,” katanya lagi.

Lizzy bagaimanapun menjelaskan, dia tidak mahu menjanjikan apa-apa kerana baginya, kehidupannya adalah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana indvidu. Baginya tidak salah untuk belajar apa yang difikirkan baik.

Foto: Instagram Elizabeth Tan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI