Sebentar tadi, Gerakan Tanah Air (GTA) telah pun mengumumkan parti mereka akan bertanding di lebih 121 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Antara nama yang menjadi tumpuan termasuklah pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham.

Dalam pengumuman di Pusat Konvensyen Bangi, Ahmad Idham bakal merebut kerusi Parlimen Port Dickson manakala Eizlan dicalonkan di Parlimen Sabak Bernam.

Eizlan ketika ditemui, berkata beliau pada awal tidak meletak sebarang harapan untuk dicalonkan walau pun dilantik sebagai Ketua Penerangan Pejuang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebelum ini.

Eizlan Yusof, Ahmad Idham & Lando Zawawi Calon PRU15 Wakili GTA, Kata Tun M: “Beri Peluang, Banyak Nikmat Boleh Diperoleh.”

“Ini adalah satu tanggung jawab besar yang harus saya pikul demi bangsa dan negara.

IKLAN

“Saya harap pembabitan saya di dalam politik memberi manfaat kepada semua, terutama Parlimen Sabak Bernam yang saya wakili,” katanya.

Selain dua selebriti itu, pelakon, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando turut dicalonkan bagi Parlimen Tanjung Karang.

Dalam pada itu, Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemilihan ini kerana mereka mempunyai berintegriti, berpengalaman dan layak mewakili rakyat.

IKLAN

Eizlan Yusof, Ahmad Idham & Lando Zawawi Calon PRU15 Wakili GTA, Kata Tun M: “Beri Peluang, Banyak Nikmat Boleh Diperoleh.”

“GTA adalah gerakan Melayu yang sayangkan negara dan mahu melihat dibangun pesat, maju dan rakyat mendapat nikmat sama rata. Kalau rakyat beri peluang kepada GTA, banyak nikmat yang boleh diperolehi,” kata beliau.

Dalam majlis sama, seramai 121 calon mewakili Pejuang, Gagasan Bangsa, Putra dan Berjasa serta calon individu diumumkan.

IKLAN

Malah beberapa lagi nama sedang dipertimbangkan dan akan diumumkan kelak.

Proses penamaan calon diadakan pada 5 November ini dan PRU15 pada 19 November depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI