Berita

“Eidrees Kalau Bagi Duit Sekolah RM50, Sehari Boleh Habis Sebab…,” – Anzalna Kagum Sifat Pemurah Anak

Share

Pelakon, Anzalna Nasir menzahirkan rasa kagum terhadap sikap anak sulungnya, Eidrees yang sudah menunjukkan sifat pemurah sejak daripada kecil.

Menurut Anzalna, Eidrees tidak kisah untuk membelanjakan wang sekolahnya semata-mata untuk menggembirakan ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Comel sangat Eidrees belikan jus untuk adik dia. Biasanya lepas sekolah, dia memang suka beli sesuatu semata-mata nak gembirakan kami.

“Eidrees ni kalau bagi duit sekolah RM50, memang boleh habis dalam sehari sebab dia siap belanja kawan-kawan lagi,” kongsinya.

Momen itu dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories.

Anak Kedua Juga Terikut

Lebih menggembira, Anzalna memaklumkan sikap murni tersebut kini telah menjadi ikutan kepada anak keduanya, Emirhan.

“Sekarang Emirhan pun dah ikut perangai sama yang sama.

“Kalau dia keluar pergi kedai tanpa abang dia, mesti dia akan beli sesuatu untuk buat kejutan,” kongsinya lagi

Sekadar informasi, Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Anzalna Nasir

Published by
Aizam Manaf