Posting yang dimuat naik enyanyi, Lah Ahmad menerusi Instagram sehari lalu menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan netizen dan peminat kumpulan nasyid, Raihan apabila penyanyi berkenaan menulis komen yang membayangkan dirinya sudah pun menjadi sebagai salah seorang ahli kumpulan nasyid unggul itu.

Lah yang popular menerusi lagu Ceritera Cinta di samping Jaclyn Victor memaklumkan, dirinya dipelawa Raihan untuk menyertai kumpulan itu sambil disusuli dengan emoji tanda suka. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kapsyen yang ditulis penyanyi berkenaan sahih atau sebaliknya.

“Okay @raihaninternational dah ajak join group!! ??? waktu pertama kali jumpa mereka sewaktu AIM annual dinner di PWTC 20 tahun dulu. Raihan baru keluar dengan lagu puji-pujian. Blessed to be around them. Much respect for them,” katanya.

Malah Lah turut memaklumkan suatu ketika dahulu, mereka sering merakam lagi di lokasi sama dan berselisih di Platinum Studios.

IKLAN

“Sambil tu recording studio kami selalu Di tempat sama. Selalu selisih di Platinum Studios ( @arrowheadrecords ) mungkin berkat recording mereka jugak lah yang melenturkan hati kami yg lain untuk berubah. Apapun memang @raihanevergreen till jannah,” tulis Lah lagi.

Sinonim menerusi lagu-lagu balada berentak RnB, Lah sebelum ini cukup dikenali sebagai penyanyi solo berbakat besar selain turut menjadi salah seorang anggota kumpulan V.E.

IKLAN

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI