Mohamad Aizad Rosli iaitu bekas suami pelakon, Balkisyh Semundur Khan meminta agar bekas isterinya itu tidak memisahkan hubungan dengan anak-anak mereka.

Mohamad Aizad difahamkan telah berkata demikian selepas dia mendakwa hampir setahun tidak dapat bersama dengan dua anak mereka.

Pada masa sama, Aizad seperti yang dipetik BH Oline turut mempersoal mengapa dirinya tidak dibenarkan berjumpa dua anaknya, Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4, sedangkan pihak mahkamah sudah memberi kebenaran kepadanya untuk berbuat demikian.

“Saya tak faham kenapa Balkisyh tidak benarkan saya tengok anak-anak sedangkan mahkamah sudah benarkan. Saya rindukan momen bermain dengan mereka, pergi menonton filem dan makan aiskrim bersama.

 

“Jika tak mahu saya bawa pulang ke rumah, dapat berjumpa sekejap dan peluk mereka pun saya bersyukur,” katanya.

Sementara itu sejak beberapa hari lalu, rakaman video dimuat naik, yang memaparkan dirinya bertengkar dengan Balkisyh telah menjadi viral. Melalui rakaman tersebut, Aizad yang dilihat memegang dokumen dipercayai surat perintah mahkamah, meminta Balkisyh membenarkan dia mengambil dua anak mereka.

IKLAN

Permintaan Aizad bagaimanapun ditolak bekas iterinya itu hingga selepas beberapa ketika, pelakon Mak Cun itu dilihat cuba menendang Aizad.

Bagaimanapun, Aizad tidak menafikan dia tidak sepatutnya bertindak mengikut perasaan kerana secara tidak langsung, ia memalukan dirinya, Balkisyh dan keluarga menerusi rakaman video yang telah dikongsi.

IKLAN

“Memang benar, salah saya memuatnaik video itu di Facebook (FB) hingga tular.

 

“Tetapi, saya seorang manusia, ketika itu saya terlampau marah dan rindu pada anak-anak. Saya yang meminta rakan merakam video ketika kami berbalah pada pertemuan, Jumaat lalu,” katanya.

Aizad tidak berputus asa dan tetap berharap agar bekas isterinya itu memberi ruang dan terbuka hati untuk menemukan dirinya dengan anak-anak.

IKLAN

“Saya datang dengan surat mahkamah dan menyangka boleh bawa anak-anak pulang ke kampung berjumpa ibu yang merindui mereka… Dapatlah kami makan durian bersama-sama.

 

“Namun, lain pula jadinya apabila Balkisyh bertindak kasar dengan saya. Kalau bencikan saya, tolonglah jangan libatkan anak-anak.

 

“Buat masa ini, saya menanti agar Balkisyh terbuka hati menemukan saya dengan anak-anak,” terangnya lagi.

Aizad mendakwa, sebelum ini, dia hanya mampu melihat anak-anak dari jauh.

“Bayangkan, sampaikan saya perlu ‘curi-curi’ tengok anak-anak saya ketika Balkisyh tidak bersama mereka. Ada masanya juga, saya hanya mampu tengok mereka dari jauh,” katanya,

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 dan mengambil keputusan untuk berpisah pada September tahun lalu.

Sumber: BH Online, YouTube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI