Pendakwah bebas, Ebit Lew berangkat ke Mesir bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel di Gaza.

Difahamkan, pendakwah berkenaan berada di sana bagi meneruskan misi berkenaan bermula 25 hingga 30 Mei.

Menerusi entri video yang dimuatnaik di Instagram pada Selasa, Ebit dirakam memeluk dan mengucup isteri tersayang kemudian diiringi beberapa individu lain sebelum menaiki pesawat.

Mendoakan agar usaha murninya itu dipermudahkan, Ebit di dalam kapsyennya turut berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong misi kemanusiaan yang dijalankan.

IKLAN

“Pohon doakan yer Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Semoga Allah bantu dan mudahkan semuanya. Ya Allah bantulah misi kami ini ya Allah. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah.

“Terima kasih Dato’ Seri @hishammuddinhussein dan Wisma Putra kerana sokong dan bantu permudahkan misi kemanusiaan ini. Semoga setiap usaha kita demi rakyat Palestin dirahmati Allah SWT.

IKLAN

“Terima kasih DYAM Tengku Mahkota Johor @hrhcrownprinceofjohor yang memberi semangat dan doa. Terima kasih dan penghargaan juga kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang turut memberi sokongan misi kemanusiaan ini demi rakyat Palestin.

“Terima kasih @turkishairlines sponsor tiket. #turkishairlinemalaysia Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya lagi.

IKLAN

Video yang kini tular dengan menerima tontonan lebih sejuta kali itu meraih reaksi positif warganet, yang rata-ratanya meninggalkan harapan serta ucapan yang baik-baik terhadap usaha murni pasukannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Foto: Instagram Ebit Lew

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI