Pelakon dan hos, Haryati Hamzah mengakui dia pernah berasa bangga mempamerkan aurat kepada umum suatu ketika dahulu di saat awal pembabitan dalam dunia lakonan.
Cuba menjadi insan yang lebih baik, bintang berusia 41 tahun ini pada masa sama menasihati ramai untuk cuba rebut dan mengejar ganjaran pahala di bulan Ramadan ini.
Perkongsian tersebut dikongsikan Yatt menerusi satu entri di Instagram.
“Ramadhan Day 10. Dulu Aku pernah merasa bangga menayang auratku di khayalak. Kini Aku malu jika walau sehelai rambutku kelihatan.
“Jika kau sedang atau pernah merasakan yang sama, inilah namanya HIDAYAH,” tulisnya.
Dia pada masa menambah bulan kemuliaan ini merupakan detik keinsafan dan baginya, hidayah itu perlu dikejar bukan ditunggu.
“Ramadhan bulan keinsafan. Fokus utk jadi lebih baik, in shaa Allah HIDAYAH akan hadir. HIDAYAH perlu dicari bukan dinanti.
“Taglah sahabat2 yg sdg atau telah berhijrah. Keep supporting them. Besar pahala kebaikannya. In shaa Allah. SALAM 15 Ramadhan,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Yatt pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Suci Hanania Malaika.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2015.
Selepas itu, Yatt mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zulfadli dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Kini, Yatt sedang hamil anak kelima yang sudah mencecah usia lebih 6 bulan kehamilan.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Kawan Perempuan Paling Rapat…,” – Pelakon Idan Aedan Ulas Hubungan Dengan Mia Sara
Nama pelakon Anak Rimau, Idan Aedan menjadi perhatian ramai apabila dia dikatakan sedang menjalin hubungan rapat dengan Mia Sara Nasuha.
Malah, keduanya dikatakan beberapa kali keluar bersama dan Idan dikatakan kini sedang bahagia bintang remaja itu.
Mengaku rapat dengan Mia, Idan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, 18, menyifatkan pelakon filem Papa I Love You itu mempunyai ciri-ciri gadis idamannya.
“Tidak dinafikan, Mia adalah kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Selama tiga tahun berkawan, saya akui dia seorang yang baik hati, pandai bergurau dan sentiasa mendengar luahan hati saya.
“Saya akui, kalau tanya saya tentang keistimewaan Mia, dia memenuhi ciri-ciri gadis yang saya cari selama ini. Apa-apa pun, kami belum sampai tahap bercinta namun tidak menolak andai hubungan kami masuk ke fasa tersebut (bercinta),” katanya.
Dalam masa yang sama, Idan memilih untuk tidak mengulas lanjut dakwaan dia kononnya menjadi orang ketiga dalam hubungan Mia Sara dan kekasihnya sebelum ini.
“Tentang itu, saya mengambil pendekatan untuk tidak komen kerana ia melibatkan individu lain. Soal peribadi Mia, apa pun status dia, rasanye elok ditanya kepada dia sendiri.
“Dalam masa yang sama, saya tak boleh halang orang bercakap pasal saya. Yang penting, saya dan Mia tahu hal sebenar,” katanya.
Idam juga kini fokus terhadap filem Anak Rimau yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Antara drama lakonan Idan Aedan sebelum ini adalah Wizards Of Warna Walk, Pulang, Jibril, Anak Merdeka, Jalan Belakang Rumah dan The Bridge.
Namanya juga popular menerusi penglibatan di dalam filem Pulang, Surf This Love, Kerana Corona dan lain-lain lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Tak Tunaikan, Mana Nak Letak Muka?,” – Hadiah Nissan GTR Bukan Gimik, Meri Janji Serah Sebelum Aidilfitri
Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Ahmad menegaskan hadiah utama bagi kempen Hari Raya mereka iaitu sebuah kereta Nissan GTR adalah benar dan bukan gimik semata-mata.
Menurut Azzim atau lebih mesra disapa Meri, kegagalannya untuk memberikan hadiah kereta tersebut hanya akan mencalarka reputasi sebagai pemilik jenama berkenaan.
“Untuk menang dua ‘golden ticket’ itu tidak mustahil. Bila saya sudah berjanji untuk memberikan hadiah sebuah kereta Nissan GTR, saya kena tunaikan. Kalau tidak, segan la saya nanti. Mana nak letak muka?
“Sudah pasti kami kena mencari juga pemenang untuk peraduan Nissan GTR itu. Memang wajib. Kalau tidak, dengan duta-duta saya sekali akan malu. Saya tidak akan benarkan perkara itu berlaku.
“Jadi, siapa yang nak menang hadiah utama itu, mereka kena mencari dua ‘golden ticket’ iaitu menerusi produk Bulan Bintang dan minuman Houseboom.
“Daripada 10 ‘Golden Ticket’ Bulan Bintang, kita sudah ada enam pemenang. Mungkin mereka ini juga sedang berusaha mencari satu lagi ‘Golden Ticket’,” katanya kepada MH.
Meri berkata sedemikian ketika ditemui di program Sinar Ramadan Bulan Bintang di Masjid Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor pada Sabtu.
Dalam pada itu, Meri turut mendedahkan jumlah keseluruhan hadiah kini berbaki 30 peratus sahaja lagi untuk dimenangi para pembeli bertuah.
“Kita ada lagi 10 hari nak cari pemenang. Hadiah itu kena habiskan semua sebelum hari raya.
“Hadiah terbesar yang telah dimenangi oleh para pembeli adalah dua buah kereta Perodua Myvi dan empat buat kereta Perodua Bezza.
“Jadi, kini tinggal lima buah kereta untuk diberikan termasuklah Nissan GTR,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Meri turut memaklumkan pihaknya juga telah menambah lima pasang lagi pakej umrah selepas mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.
“Satu pakej umrah berharga 12,080 dan kita akan berikan kepada 10 pasangan. Jadi, kita ada 20 pakej.
“Pada mulanya, kita hanya mahu memberikan kepada lima pasangan sahaja tapi kita mendapat sambutan yang menggalakkan.
“Semua tahu yang kami memberikan pelbagai jenis hadiah termasuk kereta tapi perasaan hadiahkan pekej umrah ini lagi seronok,” katanya lagi.
Terdahlu, kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang di Bandar Saujana Putra merupakan sebuah program tanggungjawab sosial korporat dengan kerjasama NGO Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Surau Al-Mukmin.
Pada majlis itu juga, duta-duta Bulan Bintang telah bergotong royang dengan kariah surau untuk menyediakan bubur lambuk dan juadah berbuka.
Pada masa sama, pihaknya turut berbesar hati menyerahkan sebanyak 100 bungkusan barangan keperluan asas buat golongan kurang berkemampuan.
Jenama itu telah membelanjalan hampir RM200,000 untuk menjayakan kempen Sinar Ramadan yang mempunyai tujuh program berasingan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Ada 400 Menu Yang…,” – 5 Tahun Jadi Hos Program Masak, Akhirnya Karl Shafek Umum Projek Istimewa
Selain sibuk menguruskan bisnes jenama fesyen sendiri, usahawan dan pengacara, Karl Shafek tidak pernah sesekali meninggalkan bidang masakan yang diminatinya sejak kecil.
Menurut Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, dia sering menyediakan menu istimewa buat para para pekerjanya hampir setiap malam.
“Walaupun saya bukan pembikin konten masakan, tapi hari-hari saya masak di rumah. Saya jarang makan di luar sebab saya suka makan masakan sendiri.
“Saya ini orang kampung jadi masakan saya ini memang selalunya menu kampung,” katanya kepada MH.
Sinomin mengacarakan program masakan hampir lima tahun telah membuka puluang buat Karl untuk dipilih sebagai duta bagi pesta makanan, MAHA BUFFET 2024 anjuran Restoran Mak Kimbong dan Experiment Kitchen.
Lebih menarik, Karl yang juga merupakan bekas peserta program Masterchef Selebriti Malaysia itu akan memasak sendiri hampir 10 menu khas selain 200 menu gabungan yang akan disajikan buat para pengunjung.
“Saya akan bersama program MAHA BUFFET sepanjang bulan Ramadan. Saya akan berada di MAEPS hampir setiap hari.
“Sebagai duta, saya juga akan memasak sendiri hampir sepuluh menu. Para pengunjung berpeluang meresa air tangan saya.
“Sebelum ini, saya mempunyai sebuah rancangan tv yang berjudul Aroma Tradisi di TV3. Saya punyai hampir 400 resipi tradisi yang boleh dibukukan bila-bila masa sahaja.
“Sepanjang lima tahun, saya kerap masuk ke kawasan kampung seluruh Malaysia termasuk Thailand dan Indonesia. Mereka juga ada mengajar saya memasak menu yang tidak ditunjukkan di TV,” ujarnya lagi.
Karl berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengumuman duta MAHA BUFFET 2024 yang berlangsung di Restoran Mak Kimbung, Bandar Baru Bangi pada Khamis.
Ditanya mengenai kemampuannya untuk memasak dalam kuantiti yang banyak, ini jawab Karl;
Ibu saya dahulu punyai bisnes catering. Kami sudah biasa mengambil tempahan pelbagai kenduri terutamanya majlis perkahwinan.
“Saya sudah biasa masak dalam kondisi yang banyak. Kalau saya tak sempat, staf yang akan memasak tetapi menggunakan menu saya,” ujarnya lagi.
Sementara itu, pemilik Restoran Mak Kimbong, Khairul Amilin Abdul Rahman berkata, pelbagai hiburan bersesuaian turut diatur antaranya persembahan di pentas utama.
“Maha Buffet 2024 bakal menjadi lokasi himpunan makanan terbesar di Malaysia selain komited untuk memberi kepuasan kepada pelanggan menikmati pelbagai juadah istimewa.
“Istimewa lagi, Maha Buffet 2024 turut memberi peluang kepada pelanggan untuk menerima pelbagai hadiah cabutan bertuah setiap hari antaranya barangan elektrik, voucher beli belah, tiket penerbangan dan hadiah utama merupakan kereta misteri yang akan diberikan pada minggu pertama Maha Buffet berlangsung,” katanya.
Tambah Khairul lagi, pihaknya juga amat mengalu-alukan tajaan tunai dan infaq daripada individu mahupun pihak korporat yang akan digunakan untuk membawa anak-anak yatim, orang kurang bernasib baik serta badan kebajikan menikmati hidangan kami”.
Tempahan untuk slot menikmati juadah di Maha Buffet kini dibuka dengan harga serendah RM 49.90 (kanak-kanak) dan RM89.90 (dewasa).
Bagi harga tempat duduk VIP (pelbagai keistimewaan) adalah RM 149.90 (dewasa) dan RM 89.90 (kanak-kanak).
Namun anda boleh berjimat sehingga RM 10 lebih rendah dari harga asal jika membuat tempahan awal sebelum 29 Februari 2024.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI