“Dulu Nak 7 Orang Anak, Tapi Sekarang Macam Fikir 10 Kali Sebab…,” -Mawar Rashid Jawab Pertanyaan Peminat

Share

Selepas mengumumkan dirinya bakal melahirkan bayi perempuan tidak lama lagi, pelakon dan ahli perniagaan, Mawar Rashid membuka ruang buat pengikutnya di Instagram untuk bertanya mengenai apa sahaja.

Salah satu yang mencuri tumpuan kami ialah apabila peserta Dewi Remaja 2015 ini ditanya berapakah bilangan anak yang dimpikan Mawar.

Jawab isteri kepada Raf Yaakob ini, dia pernah merancang untuk memiliki tujuh orang cahaya mata.

“Dulu nak 7 orang anak, tapi sekarang macam fikir 10 kali. Banyak sebabnya, zaman sekarang bukan macam zaman dulu.

“Tapi Mawar memang suka anak ramai. Adik-beradik Mawar pun 7 orang, InsyaAllah. Sekarang ni Mawar nak fokus jaga uang kecil-kecil ni dulu,” tulisnya menerusi Ask Me Question.

Terdahulu, Mawar berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah video video yang dimuat naik ke saluran YouTubenya, pada Isnin.

Mawar dan suami telah pun dikurniakan anak sulung, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun sembilan bulan.

Kini sedang sarat hamil 8 bulan, Mawar dijangka bakal bersalin pada pertengahan Januari 2021.

Foto: Instagram Mawar Rashid

IKLAN