Selebriti popular, Noor Neelofa mengulas lanjut mengenai pemergian sepupu lelakinya, Noor Mohamed Faisal Noor Amran, semalam, berpunca daripada masalah kesihatan melibatkan jantung dan buah pinggang.
Menurut Neelofa, 33, dia mengetahui berita tersebut menerusi komen yang ditinggalkan pengguna Instagram sebelum dihubungi ahli keluarga.
“Arwah sepupu baru berusia 37 tahun. Saya difahamkan dia ada masalah dari segi jantung dan buah pinggang. Kita sedia maklum arwah sebelum ini masuk hospital dan ditidurkan dua hari.
“Ketika saya buat ‘IG Live’ bersama Ustazah Datuk Dr Norhafizah Muda, saya terima banyak mesej dan panggilan video daripada ahli keluarga.
“Kemudian banyak yang komen ucapan takziah. Saya hentikan sesi tersebut dan mengetahui sepupu meninggal dunia selepas itu.
“Arwah meninggal dunia kira-kira jam 10 malam lebih, jadi ibu saudara hasrat mahu terus uruskan soal pengebumian jenazah,” katanya.
Ads
Neelofa ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Neelofa & Haris di Cili Kampung, Hartamas pada Khamis.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini bagaimanapun reda atas pemergiaan ahli keluarga di bulan penuh keberkatan ini.
Ads
“Bagi saya, pengakhirannya sangat indah dan tidak disangka. Arwah mempunyai empat orang anak dan seorang balu.
“Sejak dua tahun kebelakangan, dia banyak mendekatkan diri dengan al-Quran. 19 kali arwah khatam al-Quran dan boleh menjadi inspirasi dan semangat buat kita juga, insyaAllah.
“Allah ambil dia di bulan yang baik. Semoga syurga buat Allahyarham. Kami maklum dia ada mengadu sakit dua tiga hari pada bulan puasa di tidurkan selepas itu,” katanya.
Ads
Jenazah selamat dikebumikan di Pasir Mas, Kelantan, bersebelahan dengan pusara Allahyarham datuk mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita Fazura yang sering menjadi perhatian peminat.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Shariffudin meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif ke dunia lakonan
Akur bintang Pisau Cukur ini lagi, Fazura juga akui kini pergerakan dunia lakonan semakin perlahan kerana dia mahu mencari naskah yang terbaik dan sebuah lakonan yang berkualiti.
“I know it’s been awhile since you’ve seen me on screen, but you also know me too well to understand that I’d never pick visibility over exclusivity and quality.
“It has also been my principle to work quietly and not loudly,” kongsinya.
Kongsi pelakon berusia 35 tahun itu, dia bakal muncul dalam sebuah filem terbaru yang bakal ditayangkan September ini.
“Rest assured darlings, I am brewing some amazing things InsyaAllah and a new feature film will be coming to you this September 2019! I miss you too and I love you! Stay tuned,” tulis Fazura lagi.
Dalam pada itu, peminat juga meluahkan rasa rindu kepada lakonan Fazura yang cukup sinonim dengan barisan filem seperti Gol Gincu dan Manisnya Cinta Di Cappadocia itu.
Untuk rekod, bintang filem Pisau Cukur ini pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian Yang Ke-31 untuk kategori Pelakon Wanita TV Popular.
Video : Instagram Nur Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah yang kembali menjadi perhatian warganet susulan beberapa hantaran video kontroversi di Instagram kebelakangan ini belum bersedia untuk memenuhi permintaan pihak media untuk ditemu bual.
Menerusi perkongsian di Insta Stories pada Rabu, Nonny yang tidak managih publisiti murahan menolak permintaan tersebut secara baik dan terbuka untuk bertemu media apabila sudah bersedia.
Malah, Nonny turut meminta ramai supaya tidak sibuk mengambil tahu mengenai hal orang lain.
“Aku tak kaya, aku tak miskin. Aku tak hadap batang buruk, batang kaki main. Aku tak hadap publisiti murahan.
“Ini media sosial, suka hati nak buat apa. Jangan nak sibuk jaga tepi kain orang sampai diri sendiri tak terjaga.
“Saya jaga tepi kain sendiri sebab kain sy sendiri pun tak cukup,” luahnya.
Sementara itu menerusi hantaran terkininya di Instagram, Nonny telah memuat naik video pendek dirinya yang sedang berkemban sambil terkangkang ketika menjual produk.
Menerusi video tersebut dapat dilihat Nonny hanya membalut tubuhnya dengan sehelai tuala berwarna sambil mempromosikan produk berkenaan.
Sebelum ini, Nonny turut mengejutkan ramai apabila tampil dengan imej rambut hampir botak dan berkongsi video dia bercukur kepala di platform sama.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Mimi Lana ada memuat naik sekeping foto bersama dengan bekas kekasihnya, pelakon Syafiq Kyle.
Menerusi entri berkenaan, bintang drama bersiri Hati Yang Tersakiti itu dirakam foto secara berdua sambil memberi kredit teradap persalinan yang dikenakan.
“My forever best partner #msgm,” tulis Mimi ringkas.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat membuat spekulasi pasangan selebriti ini kembali menjalinkan hubungan percintaan.
Pada masa sama, hero drama bersiri Nur itu juga turut berkongsi foto sama di akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, Mimi sebelum ini pernah memaklumkan hubungan percintaan bersama Syafiq berakhir pada Jun lalu kerana tiada sefahaman.
Bagaimanapun, kedua-duanya masih menjalin hubungan baik sebaik rakan sesama artis.
Foto: Instagram Mimi Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dilihat ada meluangkan masa bersama dan cukup akrab, vokalis kumpulan Insomniacks, Iqie, tampil menjelaskan status sebenar hubungannya dengan anggota kumpulan Dolla, Angel.