Selebriti popular, Noor Neelofa baru-baru ini berkongsi persalinan anak sulungnya, Muhammad Bilal buat tatapan para peminat.
Memuat naik beberapa video pendek menerusi Insta Stories, isteri Haris Ismail atau PU Riz ini menunjukkan beberapa kelengkapan penting Bilal antaranya pakaian, selimut dan topi.
Malah menurut Neelofa, dia obses untuk melihat permata hati permatanya itu mengenakan topi.
“Ini rahsia Muhammad Bilal. Topi dia punyalah banyak dan macam-macam warna mak dia beli. Sebab mak dia obses bila dia (Bilal) pakai topi ya,” selorohnya.
Ads
Menerusi perkongsian seterusnya, bekas hos MeleTOP ini sudah mengasingkan pakaian yang sudah tidak muat dipakai Bilal.
“Baju yang tak muat… nak simpan elok-elok dalam kotak. Supaya boleh pakai balik nanti for the next baby, insyaAllah,” katanya lagi.
Ads
Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Anak kepada pasangan popular David Beckham dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham telah mengikat tali pernikahan dengan tunangnya, Nicola Anne Peltz. Brooklyn, 23, berkahwin dengan Nicola, 27, dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan rakan rapat keluarga sahaja.
Sehingga kini tiada satu pun penerbitan yang memperoleh gambar perkahwinan mereka berdua secara dekat melainkan hanya gambar jarak jauh hasil bidikan paparazzi.
Menurut laporan Mirror, pasangan merpati dua sejoli ini telah menandatangani perjanjian eksklusif bersama majalah fesyen terkemuka dunia, Vogue dengan memberi majalah tersebut hak sepenuhnya untuk merakam momen perkahwinan mereka.
Perkahwinan mereka bukan sahaja bakal dipaparkan di dalam majalah fesyen terkenal itu, bahkan pasangan ini dikatakan akan turut akan menghiasi muka hadapan majalah tersebut bagi penerbitan versi Amerika Syarikat di bawah kelolaan Anna Wintour dan juga versi United Kingdom di bawah kelolaan Edward Eninful.
Seperti yang semua sedia maklum, kedua-dua editor berpengaruh dalam dunia fesyen tersebut merupakan rakan karib kepada Victoria dan David Beckham.
Dalam perkahwinan itu, Nicola dilaporkan menggayakan busana rekaan jenama terkemuka Itali, Valentino. Gaun berona putih berlengan panjang itu dilengkapi layah dramatic yang menjadikan penampilannya lebih menawan.
Antara selebriti yang hadir ke majlis perkahwinan mereka adalah Eva Longoria, Gordon Ramsey, Mel C, Serena dan Venus William.
Sebelum berkahwin, Brooklyn dan Nicola telah menandatangangi perjanjian praperkahwinan bernilai lebih 3 juta pound. Perjanjian ini dilakukan bagi melindungi harta kekayaan keluarga Beckham yang dianggarkan bernilai 380 juta pound.
Namun begitu, perjanjian ini lebih kepada nomaliti sebuah perkahwinan kerana Nicola sendiri bukanlah calang-calang orangnya. Ayahnya, Nelson Peltz merupakan usahawan berjaya dengan kekayaan bernilai 1.3 bilion pound.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lalu, Ziana mengharapkan yang terbaik selepas melakukan pertemuan kali kedua dengan pakar perunding pembedahan dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammad Taher berhubung gastik yang dialami.
“Alhamdulillah dipertemukan dengan @dr.mustafamt. Actually ini kali kedua berjumpa dengan beliau untuk consultation tentang gastrik. Since 2018 dah mula rase ade sesuatu yg tak kena dengan diri ini.
“Perut cepat rase tak selesa, angin dalam badan yg menyebabkan kesukaran bernafas, kesukaran untuk tidur malam sehingga pergi ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan jantung. Semua ini banyak menganggu urusan harian dan kerja.
“Setelah membuat beberapa pemeriksaan rupanya ada masalah gastrik. Hopefully dengan awatan yang diberikan oleh @dr.mustafamt kesihatan akan kembali normal dan dapat meneruskan kerja tanpa sebarang masalah. InsyaAllah.
Doakan moga dipermudahkan segala urusan. Aamiin,” tulisnya pada satu hantaran di Instgaram.
Pelakon, Mia Ahmad menyifatkan antara momen terindah didalam perkahwinannya apabila dia berkesempatan untuk bersama-sama mempelajari ilmu bacaan Al-Quran bersama suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, dia dan suami telah memutuskan untuk kembali belajar bermula daripada Iqra’ sebelum beralih kepada Al-Quran.
Katanya lagi, proses pembelajaran tersebut sememangnya amat menyeronokkan buat dirinya dan juga suami.
“Dua tahun yang lalu, selepas saya dan suami sama-sama mempelajari kelas Al-Quran.
“Post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan ya tapi just sharing journey kami bersama sempena bulan Al- Quran ini dan juga sebagai menghargai @kopiah_afik_ni dalam kesabaran dia mengajar kami berdua. Terima Kasih ustaz.
“And also saya just nak share tak pernah saya bayangkan kami akan ada moment berdua belajar Al-Quran bersama-sama. Walaupun dah boleh baca, kami mula dari iqra tau sebab tahu masih merangkak-rangkak nak membaca.
“Saya ni mudah terhibur jadi selalu la rasa nak tergelak bila turn suami baca,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut berharap agar kisahnya itu dapat menjadi inspirasi buat pasangan suami isteri di luar untuk sama-sama berusaha ke arah mencintai Al-Quran.
“Yang pasti ni lah memori paling terindah dalam perkahwinan kami, ya saya tau hangpa takmau tau pun. Just sharing hopefully dapat beri inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk sama-sama kita menuju Jannatul Firdausi. Amin.
“Saya doakan kita semua dapat menjadi orang yang baru dan orang yang lebih baik selepas bulan Ramadhan ni InshaAllah,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif selain turut mendoakan semoga perkahwinan Mia dan Izham akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Keep sharing Mia. Sama-sama kita usaha mencari hidayah Allah.
“Orang yang sedang merangkak-ramgkak belajar lagi banyak pahala atas usahanya. Tahniah you guys!
“Alhamdulillah. Suka sharing Kak Mia sekarang. Semoga Kak Mia sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. In sha Allah Aamiin.
“Saya suka sharing akak banyak yang saya belajar dari akak. Nak orang lain berubah kita kena berubah dahulu.
“Tahniah Mia dan suami. Semoga kita semua sama-sama istiqomah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Mia dan Izham telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut , pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Sayf Issa, 4 tahun dan Iris yang kini baru berusia 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Ihsan foto: Instagram Mia Ahmad & Izham Termizi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.