Pastinya ramai yang meminati pelakon cantik, Ayu Raudhah yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak negara, Zaquan Adha.

Terbaru MH Online telah mendapat perkhabaran sedih di mana dua orang anak pasangan ini telah dimasukkan ke hospital daripada Ayu sendiri.

Dua Orang Anak Ayu Raudhah Masuk Hospital

Dua Orang Anak Ayu Raudhah Masuk Hospital

Ayu memberitahu bahawa anak pertamanya dimasukkankan ke hospital akibat deman dan terkena jangkitan pada paru-parunya.

IKLAN

Manakala anak keduanya pula dimasukkan ke hospital selepas terjatuh daripada basikal dan terpaksa menerima jahitan di dahi.

Disebabkan oleh kedua-dua anaknya itu kini sedang berada di hospital jadi dia dan suami serta anak bongsunya juga turut berada di hospital untuk sentiasa berada di sisi anak-anak mereka.

“Kami satu keluarga check in kat hospital dan yang baby pun ikut sekali, tak boleh tinggal sebab masih menyusu,” ujar Ayu.

Katanya lagi, sudah lima hari mereka berada di hospital dan jika demam anaknya sudah tiada mungkin dalam beberapa hari lagi doktor akan membenarkan anaknya untuk pulang ke rumah.

IKLAN

“Dah lima hari di hospital, kalau dah tak ada demam Insya-ALLAH lusa keluar doktor cakap,” ujarnya kepada MH Online.

Pastinya berat mata melihat anak-anak sedang menanggung kesakitan. Buat Ayu dan suami diharapkan agar kuat dan banyak berdoa untuk anak segera pulih.

Kami di MH Online juga turut mendoakan agar kesihatan kedua-dua anak Ayu dan juga Zaquan sembuh seperti sedia kala.

IKLAN

Terdahulu, Ayu dan Zaquan telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2011 dan hanya dengan sekali lafaz, Ayu telah sah bergelar isteri.

Dua Orang Anak Ayu Raudhah Masuk Hospital

Dua Orang Anak Ayu Raudhah Masuk Hospital

Hasil daripada perkahwinan ini, mereka telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI