Kehilangan penyanyi Siti Sarah masih lagi diratapi suaminya, Shuib Sepahtu biarpun sudah hampir setahun Allahyarham Sarah menghembuskan nafas terakhir.

Baru-baru ini juga, menerusi satu program hiburan, Shuib mendedikasikan koleksi lagu-lagu hits isterinya yang ditayangkan sempena meraikan sambutan Syawal.

Selain Shuib, program itu turut mengundang beberapa rakan artis seperti Siti Nordiana yang mengadakan persembahan dengan menyanyikan lagu Sarah berjudul Bersamamu serta berduet dengan Shuib menerusi lagu popular Indonesia, Jangan Ada Dusta Di Antara Kita.

Video persembahan Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana itu menjadi tular di TikTok yang mana rata-rata netizen cuba ‘menjodohkan’ penyanyi itu dengan Shuib malah ada yang mengatakan kedua-dua selebriti tersebut mempunyai wajah yang seiras.

“Dua-Dua Kehilangan Pasangan Hidup” – Peminat Komen Shuib & Siti Nordiana

“Dua-Dua Kehilangan Pasangan Hidup” – Peminat Komen Shuib & Siti Nordiana

“Ya Allah semoga ada jodoh antara Nana dengan Shuib, amin 99 kali.

“Muka Shuib dan Nana ni nak sama.

IKLAN

“Sedap suara Siti Nordiana bawakan lagu arwah Siti Sarah. Saya dengar lagu ini penuh penghayatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

“Dua-Dua Kehilangan Pasangan Hidup” – Peminat Komen Shuib & Siti Nordiana

“Dua-Dua Kehilangan Pasangan Hidup” – Peminat Komen Shuib & Siti Nordiana

IKLAN

“Suara Siti Sarah lagi lunak merdu. Nana pun suara sedap juga… ada kelebihan masing-masing terlihat Shuib wajah kerinduan yang mendalam.

“Dua-dua kehilangan pasangan hidup,” komen beberapa netizen.

Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu akibat jangkitan Covid-19.

“Dua-Dua Kehilangan Pasangan Hidup” – Peminat Komen Shuib & Siti Nordiana

IKLAN

“Dua-Dua Kehilangan Pasangan Hidup” – Peminat Komen Shuib & Siti Nordiana

Manakala Nana sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyarham pelakon Faizal Yusof pada 29 April 2006 namun bercerai tiga tahun selepas itu.

Faizal meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.

Hasil perkahwinan, Nana mempunyai seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia 14 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Shuib, Siti Nordiana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI