Mengambil tema kehidupan masyarakat Orang Asli, drama Anak Sena yang bersiaran di TV3 ketika ini diperkatakan ramai susulan sarat dengan pengajaran dan kisah hidup masyarakat minoriti itu.
Malah, ia secara tidak langsung turut memberikan cerita yang segar kepada penonton.
Kisah seorang guru yang terpaksa berpindah ke kawasan pedalaman lalu berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mendidik anak bangsa menambahkan lagi kekuatan drama yang menjalani penggambaran di Taman Negara, Pahang ini.
Menurut Penerbit dari syarikat penerbitan Kembara Sufi Production Sdn Bhd, Jaja Ishak, gembira atas sambutan yang diterima sekaligus menyifatkan ia ‘tuah’ buat mereka yang berani mempertaruhkan tema yang lain daripada yang lain.
“Memang saya berterima kasih kepada TV3 yang percaya kepada karya Anak Sena memandangkan ia sedikit berbeza daripada tema yang biasa menjadi perhatian ramai. Apatah lagi sekarang dalam musim bulan Kemerdekaan sudah pasti temanya bersesuaian dengan mood ketika ini.
“Paling saya berterima kasih apabila terbaca mengenai komen-komen positif yang ditinggalkan oleh penonton yang suka dengan drama ini.
“Selain itu, ada yang suka dengan tema guru yang terpaksa berpindah ke pedalaman dan ada juga yang rindukan Taman Negara. Apa sahaja yang positif kami hargai,” katanya.
Ads
Anak Sena memaparkan kisah Sena yang juga merupakan tok batin daripada suku Bateq yang mahukan perubahan berlaku kepada anak-anak Orang Asli melalui pendidikan.
Namun, pelbagai dugaan terpaksa dihadapinya termasuklah tentangan daripada sekeliling yang masih menganggap pendidikan tidak penting berbanding ilmu hidup di dalam hutan.
Drama yang diterajui Ben Amir sebagai Cikgu Amir, yang turut berhadapan dengan pelbagai konflik dalam mendidik anak bangsa sehinggakan terpaksa melalui pelbagai dugaan demi menyelamatkan anak muridnya untuk terus menghabiskan pelajaran di sekolah.
“Banyak kisah menarik yang digarap melalui drama ini. Pelbagai suka-duka yang tidak pernah diketahui umum divisualkan untuk tontonan semua. Konflik demi konflik yang berlaku memberikan nilai tambah kepada kisah Anak Sena.
Ads
“Setidaknya kisah mereka memberikan kita pengajaran berguna. Apa yang kita lihat berbeza dengan apa yang dilalui oleh sebahagian daripada kita,” kata Jaja lagi.
Dalam pada itu, Jaja mendedahkan, pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui kru produksi sepanjang penggambaran. Disebabkan lokasi yang sedikit jauh dari Kuantan, sudah pasti mereka perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan sejak awal lagi.
Mengakui produksi kali ini memberikan cabaran berbeza, dia bagaimanapun bersyukur kerana pelakon dan kru yang terlibat tidak berhadapan dengan masalah besar sehingga menyebabkan penggambaran ditanggungkan.
Ads
“Ini merupakan sumbangan kecil kami untuk masyarakat dengan memaparkan kisah yang jarang mendapat perhatian. Setidaknya kita boleh memperbanyakkan lagi naskhah sebegini untuk menyemai semangat cintakan negara dan meraikan kepelbagaian.
“Paling menggembirakan apabila ada yang mula belajar banyak perkara tentang suku kaum masyarakat Orang Asli yang jarang didedahkan kepada umum. Itu cukup memberikan kepuasan kepada pengkarya seperti kami,” katanya.
Jaja sebelum ini turut berpengalaman luas dalam bidang penerbitan drama dan travelog.
Anak Sena ditayangkan setiap Rabu hingga Sabtu menerusi slot Lestary TV3.
Selain Ben Amir, antara pelakon lain yang turut terlibat ialah Ruzaidi Abdul Rahman, Sasha Abedul, Hadi Putera, Nadia Aqilah, Farah Ahmad dan ramai.
Anak Seni turut membawa Azwan Ali sebagai penampilan istimewa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Masih kekal ‘simple’ dan merendah diri, itu yang dapat disimpulkan tentang penampilan pelakon dan usahawan, Che Puan Juliana Evans walaupun bergelar isteri kepada kerabat diraja.
Hadir ke majlis tanpa ditemani pengawal peribadi, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 33, dipuji ramai yang senang melihat dirinya yang dilihat senang memilih gaya hidup sederhana.
Menurut pelakon kacukan Melayu-Inggeris ini, tiada apa yang berubah meski selepas bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj.
“Saya rasa tiada banyak perkara berubah tentang diri saya, maksudnya mungkin adalah beberapa perkara melibatkan protokol yang perlu saya turuti.
“Cuma kalau berbicara mengenai diri, sudah tentu lebih matang, lagi pun usia juga dah mencecah 30-an. Akan tetapi saya masih lagi suka berdikari.
“Kalau bahagian protokol, itu adalah apabila saya bersama suami dan keluarganya. Selebihnya, saya hanya macam biasa,” katanya kepada Media Hiburan.
Juliana ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Awesome TV yang di adakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Dilihat lebih memberi fokus pada keluarga, Juliana berkata sebenarnya dia masih lagi aktif berlakon malah minatnya itu turut mendapat sokongan daripada suami.
“Saya masih lagi suka bekerja dan mahu mempunyai pendapatan sendiri, lagipun berlakon adalah minat saya.Tidak dinafikan memang ada banyak struggle untuk menjadi seorang pelakon… saya tahu dan sudah pun melalui kesusahan itu dahulu.
“Jadi saya lebih bersedia sekarang berbanding dahulu. Kadang-kadang saya tetapkan peraturan untuk diri sendiri. Sebagai contoh 12 jam sahaja untuk bekerja, saya tahu saya punya ‘limit’ sebab dah melaluinya menerusi pengalaman,” katanya lagi.
Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Sharifuddin pada 30 April 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, model dan pengacara, Jasmine Suraya Chin sinonim dengan penampilannya yang seksi dan jelita.
Berikutan itu, tidak hairan andai bintang ini turut dihujani komen berbaur lucah dari netizen.
Jasmine ditemui selepas majlis Malaysia Makeup Artist Awards (MMAA) 2019 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur semalam tidak menafikan bahawa dia menerima banyak DM (Direct Message) negatif dari netizen.
“Kadang-kadang saya tak faham dan rasa sedih, kecewa sebab banyak komen daripada adik-adik lelaki yang dibawah usia 18 tahun,”katanya kepada MH.
“Bukan niat nak buat apa-apa. Bukan saya nak tunjuk benda ke apa. Kadang-kadang mereka (netizen) komen sehinggakan saya sendiri pun tak faham,” jelas anak kelahiran Kuching, Sarawak itu.
Ditanya bagaimana Jasmine mengatasi masalah tersebut, dia hanya ‘membutakan mata’ dan ‘memekakkan telinga’ sahaja.
“Bagi saya, abaikan sahaja. Kadang-kadang rasa nak hentam dan nak update di IG stories, dan semua ini adalah kurniaan dari Tuhan..
“Hargailah.. tapi saya rasa itu mcm mungkin terlalu pedas. Tapi saya abaikan jelah,” ulasnya jujur.
Dalam perkembangan lain, Jasmine kini sedang menjalani sesi latihan bagi filem KL Gangster Under World.
Awal semalam, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ada memuat naik sekeping fotonya yang sedang membuat persembahan.
Turut sama kelihatan menerusi foto yang dikongsikan menerusi Instagram itu ialah salah seorang anggotanya, AG Coco bersama kapsyen seakan-akan memberi bayangan terhadap sesuatu.
“Ni last aku post photo satu frame dengan AG. Selamat menjalani kehidupan baru bersama isteri dan tercinta brother. Hujan adalah satu journey yang sangat bermakna bagi aku,” tulisnya.
Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di...