Beberapa jam lalu, keadaan penyanyi senior, Saleem yang terlibat dengan kemalangan motosikal minggu lalu dilaporkan masih berada di dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.

Perkhabaran tersebut telah dikongsikan sahabat, Ustaz Hj Taufiq menerusi entri di laman Facebook miliknya.

Ustaz Hj Taufiq menziarahi Saleem di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pagi tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, turut kelihatan ialah penyanyi, Nassier Wahab.

IKLAN

“Menziarahi Saleem IKLIM yang sedang koma di ICU HUKM bersama Dato’ Hj Nassier Wahab.

 

“Doktor beritahu keadaan Saleem sangat kritikal dan tak stabil.Mohon semua rakyat Malaysia dapat mendoakan agar beliau akan sedar dari Koma dan segera sembuh seperti sediakala,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut, Ustaz Taufiq menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar dapat mendoakan Saleem supaya lekas sedar dan pulih seperti sedia kala.

Dalam pada itu, Ustaz Taufiq turut berkongsi beberapa foto berkaitan.

[GAMBAR] “Doktor Sahkan Keadaan Saleem Masih Lagi Kritikal Dan Tak Stabil,”- Ustaz Hj Taufiq

IKLAN

[GAMBAR] “Doktor Sahkan Keadaan Saleem Masih Lagi Kritikal Dan Tak Stabil,”- Ustaz Hj Taufiq

[GAMBAR] “Doktor Sahkan Keadaan Saleem Masih Lagi Kritikal Dan Tak Stabil,”- Ustaz Hj Taufiq

IKLAN

Terdahulu, Saleem telah terlibat di da kemalangan ketika dalam perjalan pulang ke rumahnya di Sungai Long, Kajang.

Motosikal yang dinaiki Saleem disyaki telah dilanggar sebuah kereta dari arah belakang hingga menyebabkan patah tulang rusuk.

Semoga Saleem diberikan kekuatan untuk terus sembuh dan ceria seperti sedia kala.

Foto: Facebook Ustaz Hj Taufiq

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI