Penyanyi dan pelakon, Ezra Kairo tidak menyangka sesi siaran langsung di Tik Tok bersama pempengaruh, Ananda Natasha bakal menarik perhatian ramai seterusnya mencetuskan spekulasi bahawa mereka kini sedang bercinta.
Pada masa sama, Ezra atau nama sebenarnya, Daniel Ezra Mohd. Shafiq Nickleson, akui teruja apabila dapat menghiburkan ramai orang menerusi sesi live tersebut.
“Sejujurnya, sesi siaran langsung kami di Tik Tok telah buat ramai orang gembira. Ia sudah seperti drama malam-malam. Kalau anda perasan, setiap kali kami live, yang menonton lebih dari 20,000 hingga 30,000.
“Pada mulanya saya agak pelik juga. Namun, bila tengok komen, ramai yang mengatakan sesi live kami ini beri semangat dan buat mereka teringat zaman bercinta. Yang menonton juga ramai golongan ibu-ibu.
“Kami juga gembira bila dapat buat orang lain tersenyum dan sebar aura positif,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Oh My Khadale ini berkata sedemikian ketika ditemui di Tik Tok Awards 2024, baru-baru ini.
Ditanya sama ada dia dan Natasha mempunyai hubungan istimewa, ini jawab penyanyi berusia 22 tahun itu;
“Apa-apapun, doakanlah yang baik-baik. Natasha merupakan seorang wanita yang independent dan sibuk menguruskan kerjayanya serta anak.
“Saya tak mahu menjadi penghalang untuk dia mengejar cita-cita. Jadi, kami beri ruang buat diri masing-masing. Jodoh, persahabatan, ajal dan maut, semuanya di tangan Tuhan.
“Saya tidak akan menolak jodoh. Namun, fokus kami ketika ini adalah kerjaya masing-masing. Saya pun baru sahaja bertapak dalam industri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ezra turut menafikan dakwaan dirinya cuba menangguk di air keruh dan mengambil kesempatan memandangkan Natasha kini sedang terpalit dengan kontroversi bersama bekas suami.
“Segalanya terjadi begitu sahaja dan terlalu pantas. Kami tak pernah merancang. Pertama kali buat sesi siaran langsung, kami hanya berborak dan tiba-tiba viral. Jika ini yang orang nak tengok, kita terusnya sahaja.
“Perkenalan kami bermula dia Tik Tok. Dia pernah buat trend lagu Oh My Kadhale. Pekenalan kami ini real. Kalau hanya konten, saya akan terus terang.
“Kami sentiasa beri nasihat antara satu sama lain. Hubungan baik kami bukan setakat di sesi siaran langsung dan hanya konten semata,” akhirinya.
Terdahulu, nama Natasha menjadi perhatian ramai disebabkan kisah rumah tangganya bersama bekas suami, Andika Putera.
Natasha bercerai dengan Andika pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember tahun lalu.
Andika sebelum ini turut menegaskan, tuduhan berlaku curang adalah fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dikaitkan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.
Sementara itu, Andika turut menafikan mempunyai video bogel termasuk menepis dakwaan mahu menyebarkan video intim dirinya bersama Ananda selepas berlaku perselisihan faham sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nur Heliza Helmi ada memuat naik sepotong video yang melihatkan suasana orang ramai mengelilingi Kaabah.
Menerusi perkongsian anak kelahiran Terengganu ini di Instagramnya itu, Heliza ada membuat perbandingan perihal sambutan suasana Ramadan di Mekah dan Malaysia, skhususnya sebelum waktu berbuka puasa.
“DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA
“Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur
“Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
“Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras
“Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
“Nabi SAW : “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)
Selain itu, Heliza turut menitip pesanan agar umat Islam berdoa kepada Allah beberapa minit sebelum masuk waktu berbuka.
“Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.
“Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa
“Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja….. boleh diubah mengikut hajat masing
1. Bertambah iman 2. Sihat tubuh badan 3. Mati yang baik. 4. Murah rezeki. 5. Anak soleh. 6. Keluarga bahagia. 7. Rahmat Allah. 8. Jauh azab kubur. 9. Lapang dada. 10. Kekalkan iman. 11. Ampunkan dosa. 12. Anak2 berjaya. 13. Perniagaan yg diberkati. 14. Jauhi segala penyakit. 15. Ibadat diterima. 16. Mudah segala urusan. 17. Diterima taubat. 18. Lapangkan kubur. 19. Mudah bayar hutang. 20. Lailatulqadar. 21. Syafaat Nabi SAW. 22. Syurga Firdaus. 23. Jauhi neraka. 24. Terima kitab tgn kanan. 25. Selamat meniti Sirat. 26. Selamat fitnah Dajal. 27. Ketenangan hati. 28. Doa ibubapa. 29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan
“Semoga memberi manfaat buat semua. SILA SHARE DAN SEBARKAN,” pesan Heliza.
Semoga pekongsian Heliza memberi 1001 kebaikan kepada umat Islam yang menyambut bulan suci Ramadan Al-Mubarak.
Video : IG Heliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan Nur Fazura berkongsikan momen-momen menarik dia sekeluarga yang kini sedang menikmati percutian di Pulau Langkawi bagi menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39 pada Selasa.
Dalam muat naik di laman Instagram miliknya, Fazura berkata dia teruja kerana akhirnya perancangan untuk membawa puteri sulung, Nur Fatima Aisya bercuti dan bermain di pantai terlaksana selepas berbulan merancang.
Menariknya, kedatangan Fazura ke sana turut disambut dengan sebiji kek dan dekorasi bilik yang dihias dengan ungkapan ‘Happy Birthday’ bagi meraikan hari lahir pelakon filem Pisau Cukur itu.
Sementara itu, menerusi laman Instagram Fattah, pelakon Mat Kilau itu menitipkan ucapan romantis sempena hari istimewa isterinya itu.
“Happy birthday to my beautiful wife @missfazura, semoga Allah panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan, dilimpahkan rahmatNya, diberi kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat.
“Me and Fatima love you so much. By the way I included her favourite song,” tulis Fattah.
Video yang memaparkan kompilasi momen-momen bahagia pasangan itu turut disertakan dengan iringan audio lagu kegemaran Fazura iaitu Glimpse of Us nyanyian asal Joji.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fazura, Fattah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Balu kepada pelawak Allahyarham Abam iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 32, mendakwa dirinya terkena sihir atau gangguan mistik sejak suaminya meninggal dunia tiga tahun lalu.
Situasi berkenaan turut dialami anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Hidayah mendedahkan perkara berkenaan menerusi sebuah perkongsian video di laman Instagram miliknya.
“Saya terkena sihir sejak suami meninggal sehingga sekarang.
“Tolong bantu rawat penyakit saya dan Hamzah yang terkena sihir,” katanya menerusi video tersebut.
Menerusi entri sama, Hidayah memohon bantuan orang ramai membantunya untuk mencari pakar perubatan Islam bagi menangani permasalahan yang sedang dilaluinya itu.
“Saya minta tolong kepada sesiapa yang kenal pakar perubatan Islam, ustaz atau sesiapa yang ada kepandaian merawat penyakit mistik disihir,” ujarnya lagi.
Video berkenaan menerima hampir 400,000 tontonan setakat ini disusuli dengan pelbagai komen yang ditinggalkan warganet.
Untuk rekod, Hidayah dan Allahyarham Abam berkahwin pada 8 Disember 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia empat tahun.
Abam atau nama sebenar, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di kediamannya di Gombak, Selangor akibat demam panas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Atikah Suhaime, 33, meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya dan suami sebagai mengulas dakwaan dirinya kini hamil seperti diperkatakan netizen di media...