“Doakan Segala Berjalan Lancar Ya,” – Akan Shooting Selepas Raya, Faye Kusairi Maklum Bakal Ada Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Share

Pelakon, Faye Kusairi memaklumkan bakal menjalani pengambaran drama bersiri 7 Hari Mencintaiku musim ketiga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.

Khabar gembira ini telah dikongsi oleh Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Dalam pada itu, bintang kelahiran dari Miri, Sarawak ini berharap semuanya bakal berjalan dengan lancar serta dipermudahkan.

“Ramai yg masih tak tahu yg kami berdua ni sebenarnya orang Sarawak. @bilazali berasal dari Kuching manakala saya berasal dari Miri.

“Kami bakal melangsungkan penggambaran 7 Hari Mencintaiku season ke 3 selepas sambutan Hari Raya tahun ini. InshaAllah. Doakan segala berjalan dengan lancar ya.

“Ada peminat 7 Hari Mencintaiku tak sini? Kalau ada, comment kat bawah
#7harimencintaiku #7harimencintaiku2 #7harimencintaiku3,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja untuk menantikan drama tersebut bersiaran di kaca televisyen.

Selain Faye, drama yang pernah mencipta ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Foto: Instagram Faye Kusairi

IKLAN