Penyanyi Bad, 46, meminta doa ramai agar proses pembedahan kakinya berjalan lancar selain mengharapkan agar luka yang dialami segera sembuh seperti sedia kala.
Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah berkongsi harapannya itu menerusi satu perkongsian yang dimuat naik dalam bentuk video di Instagram, pada Rabu.
“Assalamualaikum semua, minta doakan pembedahan kaki saya akan berjalan lancar dan luka akan sembuh dengan segera.
Minta doa ya, terima kasih semua,” katanya yang juga ahli kumpulan Indigo ini.
Ads
Menerusi kapsyen, bekas peserta Gegar Vaganza 7 ini turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan, termasuk ahli keluarga.
“Doa2 kalian amatlah saya hargai. Tq semua. Terima kasih kepada isteri tercinta @ashiraaziz , anak2 kami, mak n keluarga saya, mertua n ipar duai saya yg selalu mendoakan n terus memberi semangat,” tulisnya.
Ads
Sementara itu dalam ruangan komen, rakan artis dan para peminat menitipkan kata positif buat Bad selain berdoa agar masalah kesihatan yang dialami kembali pulih.
Malah, isterinya yang juga penyanyi, Ashira turut mendoakan kesejahteraan suami selain berkongsi keratan doa di Insta Story.
Difahamkan, penyanyi ini terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang jari kaki disebabkan luka dari penyakit diabetis dan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Terdahulu, Bad dan Ashira sah menjadi pasangan suami isteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 Mac lalu.
Foto: Instagram Bad, Ashira Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Ernie Zakri berkongsi sedutan versi pertama lagu sulung ciptaannya bersama Sharon Paul, Gundah menerusi IG TV di Instagram miliknya pada Sabtu.
Sambil mendengar alunan merdu nyanyiannya, kapsyen yang ditulis Ernie juga turut mencuri perhatian.
Jelasnya, dia pertama kali menulis lagu ini sekitar tahun 2016 lalu, namun awalnya tidak berjaya menghabiskan lagu berkenaan kerana segan dan malu.
“My 1st ballad song that I wrote back in 2016-2017. Wanted to write my own story, but somehow I couldn’t do it, segan.
“@sharonpaul_msia berjaya yakinkan saya untuk sit down with her and finish this song. She asked me, kenapa sedih sangat, lagu ni pasal apa? Yang saya mampu bagi jawapan adalah dengan gelak je.Sebab malu nak cakap.
“But, I know many of us can relate to my story. Sebab sebilangan daripada kita mesti pernah merasa kehilangan yang takkan terganti.
“Sebab tu saya rasa perlu untuk saya ceritakan tentang kisah cinta mereka berdua ini, my lovely grandparents.
“Lagu ni untuk semua orang yang merasai cinta sebenar-benar dengan manusia yang dipinjamkan olehNya,” tulisnya.
Ernie mempertaruhkan Gundah di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), bersaing bersama 11 buah lagu terpilih lain.
Dia pada masa sama turut mendoakan agar peminat terhibur dan percaya rezeki.
“Semoga esok semua terhibur. Saya nak nyanyi baik baik je. Selebihnya, rezeki daripada Allah SWT.
“Terima kasih untuk sambutan #GUNDAH . Lagu pertama saya, dan tidak akan jadi lagu terakhir. I’ll be back with more songs,” azamnya.
Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut meniupkan kata semangat buat Ernie dan mendoakan agar persembahannya di AJL35 dipermudahkan.
Entri berkenaan sehingga kini telah pun didengari hampir 40,000 kali.
Foto: Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Astro menampilkan sebuah lagi drama bersiri premium terbaru menerusi jenama Astro Originals, Projek: Anchor SPM yangmenggantikan Kampong Pisang Bersiri-Siri.
Ia memaparkan kisah fiksyen yang diinspirasikan daripada kisah yang pernah berlaku dalam pengalaman kehidupan pelajar dan gelagat mereka menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Projek: Anchor SPM ini telah mendapat sentuhan kreatif daripada pengarah filem Pusaka, Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf yang sebelum ini merupakan penulis skrip untuk filem Polis Evo dan PASKAL: The Movie.
Kali ini, keduanya diberi peluang sekali lagi untuk bekerjasama dan menguji kreativiti dalam mengarahkan drama siri premium pula.
Dengan berlatar belakangkan tahun 2003, Projek: Anchor SPM membawa penonton mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan menerusi barang-barang nostalgia, prop dan set; di samping elemen persahabatan, percintaan alam remaja, kekeluargaan, serta ragam dan aktiviti para pelajar sekolah.
Ia bakal menemui penonton mulai 15 Mac, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD) sebanyak 8 episod.
Barisan pelakon Projek: Anchor SPM antaranya ialah Aedy Ashraf yang membawa watak Aizat, Daiyan Trisha (Aaidaa), Shasha Abedul(Jaja) ketua kelab peminat Aizat lakonan Hero Remaja 2020,Nadhir Nasar sebagai Hilmi.
Penyanyi muda, Chubb-E pula mendukung watak sebagai sebagai Botol di samping pelakon senior lain iaitu Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat, Tony Eusoff dan Susan Lankester.
Menurut Razaisyam Rashid, dia berbangga dan berterima kasih kerana dapat bekerjasama sekali lagi dengan Astro dalam menghasilkan sebuah drama siri premium.
“Di atas kepercayaan yang diberikan ini, saya cuba menampilkan sesuatu yang berbeza daripada aspek teknikal dan gaya seni untuk mencapai tahap kualiti yang tinggi.
“Selain itu, saya turut berbangga dapat bekerjsama dengan saudara Anwari Ashraf sekali lagi, dan buat pertama kalinya kami sama-sama mengarahkan drama siri premium ini.
”Tentunya, ada cabaran dalam menghasilkan karya ini, lebih-lebih lagi sesi penggambaran adalah ketika berlangsungnya fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan banyak limitasi.
“Namun, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya tidak sabar untuk persembahkan karya ini kepada penonton. Saya harap Projek: Anchor SPM dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.
Sementara itu, Anwari Ashraf, Pengarah & Show Runner Projek: Anchor SPM pula menzahirkan rasa teruja kerana konsep sedemikian dapat dipertontonkan kepada peminat drama tempatan.
“Saya memang meminati genre filem bergenre ‘Young Adult’ dan selalu impikan untuk meperkenalkan genre ini kepada penonton Malaysia kerana genre ini jarang didedahkan.
“Jadi, saya cuba untuk cari satu topik yang dekat dengan penonton Malaysia untuk mengetengahkan genre ini. Saya yakin ramai yang mempunyai pengalaman mengambil SPM atau apa-apa jenis peperiksaan, jadi kami bawa topik pelajar dan peperiksaan untuk menjadi nadi kepada jalan cerita Projek: Anchor SPM.
“Saya harap penonton dapat berhibur dengan drama siri premium ini serta mengambil nilai-nilai positif yang boleh dijadikan sebagai pengajaran.”
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad turut menjelaskan, Astro optimis untuk sentiasa menawarkan kelainan dalam setiap konten.
“Kali ini, Projek: Anchor SPM bakal menghiasi slot Astro Originals dan ia mengetengahkan subjek yang dekat dengan penonton Malaysia, iaitu pengalaman dan isu di sekolah yang mungkin tidak dibincangkan selama ini.
“Antaranya isu psikologi, tekanan daripada keluarga dan pengaruh rakan sebaya, lebih-lebih lagi di kalangan anak muda. Kami menyedari banyak isu sosial dan stigma yang jarang disentuh dan ia adalah subjek sangat menarik untuk kita kupas, di samping membawa penonton untuk mengimbas kembali memori di sekolah.
“Selain itu, drama siri premium ini mempertaruhkan kreativiti dua pengarah berbakat hebat iaitu Razaisyam Rashid dan Anwati Ashraf yang mampu memberikan sesuatu yang baru buat drama tempatan.
“Mungkin ada yang mempertikaikan tentang sub-elemen iaitu ‘meniru’ yang dipaparkan dalam drama ini. Tetapi kehadiran drama ini adalah untuk memberi tauladan kepada semua.
“Setiap kelakuan yang salah pasti ada hukuman dan pengajaran. Sementara itu, buat golongan ibu bapa pula, diharap boleh membuka mata untuk lebih memahami beban serta tekanan yang dialami anak-anak dalam menghadapi peperiksaan.
“Kepada para guru, ini mendedahkan taktik-taktik yang mungkin akan dilakukan oleh pelajar. Kami harap, penonton dapat menilai daripada sudut positif dan jadikan ia sebagai tauladan,” katanya.
Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, adalah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang.
Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersedia hadapi peperiksaan terbesar, SPM.
Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.
Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir.
Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
Foto: Astro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sembilan minggu bersaing, teka-teki mengenai siapakah pasangan artis dan pengurus yang berjaya melangkah ke konsert Grand Finale Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) akhirnya terjawab.