Kebelakangan ini, isu cerai dalam kalangan selebriti menjadi isu yang cukup hangat diperkatakan.
Satu demi satu pasangan mengambil keputusan untuk berpisah seterusnya mencari haluan masing-masing.
Bercakap mengenai perkara itu, pelakon dan usahawan Nora Danish turut meluahkan rasa sedih atas apa yang terjadi.
“Jujurnya, saya amat sedih apabila dengar isu-isu perceraian ini, tak kiralah rakan selebriti atau mereka yang di luar sana.
“Mereka yang berkahwin sebenarnya mahukan perkahwinan kekal sampai akhir hayat, tak ada seorang pun yang mahukan perpisahan.
“Tapi mungkin ada sebab tertentu, mereka terpaksa cari jalan terakhir iaitu bercerai,” kata Nora kepada MH.
Ads
Tambah pelakon filem Suamiku Jatuh Dari Langit ini lagi, dia akui setiap rumah tangga pasti akan berlaku salah faham antara suami dan si isteri.
“Tipulah kalau dalam perkahwinan tak ada pergaduhan. Itu sangat mustahil. Mungkin ada yang berbeza pendapat dan sebagainya.
“Setiap rumah tangga ada turun naiknya dan itu merupakan lumrah di alam perkahwinan.
“Kita manusia biasa, mesti ada gaduh-gaduh sikit tapi janganlah sampai berpanjangan.
Ads
“Asalkan, kita boleh buang ego dan fikir kesannya apa jadi kalau perkara ini (gaduh) berpanjangan,” kongsi Nora lagi.
Nora ketika ditemui bersempena pelancaran program realiti, Muzikal Lawak Superstar turut berkongsi caranya mengekalkan hubungan dengan suami, Nedim Nazri.
“Saya dan Nedim cuba kekalkan hubungan agar sentiasa menjadi yang terbaik dengan cara berkomunikasi sebab ia adalah perkara paling penting dalam hubungan rumah tangga.
“Kalau ada buat salah, bincang elok-elok tanya apa sebabnya, bukan saling menyalahkan antara satu sama lain,” jelas Nora.
Ads
Ulasnya lagi, menerusi perkahwinan kedua kali ini, Nora mendoakan yang terbaik buat diri dan pasangannya.
“Kami (Nora dan Nedim) masing-masing pernah lalui proses penceraian. Jadi, kami berdoa agar perkahwinan kali ini lebih serius dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan masing-masing.
“Kami juga mahu berikan yang terbaik buat keluarga kami dan untuk Neyney juga,” jelas Nora yang mendirikan rumah tangga bersama Nedim pada 30 Mac dua tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Nora menggalas tugas sebagai juri tetap bersama-sama Datuk Awie dan Altimet menerusi program Muzikal Lawak Superstar pada Jumaat ini.
Malah, program tersebut melibatkan 14 peserta yang membariskan pelawak, pelakon dan penyanyi di atas satu pentas yang akan bersiaran secara langsung di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).
Foto : Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad mengakui dirinya sedih kerana terpaksa membatalkan beberapa projek di Indonesia gara-gara penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.
Menurut Uyaina, dia amat rindu dengan suasana kerja di sana terutamanya bila dapat bersama rakan-rakan artis dan para penonton.
“Sedih sebab sangat rindu terutama rakan-rakan hos, suasana para penonton dan program-program di sana.
“Tapi nak buat macam mana saya terpaksa rela dengan situasi ini. Kalau ikutkan, saya memang gemar juga berkerja di sana,” kongsinya.
Pada masa sama, Uyaina mengakui dirinya berasa amat bersyukur kerana diberi kepercayaan dan peluang untuk duduk sebaris dengan nama-nama besar di Indonesia.
“Saya tahu peluang seperti ini tak ramai yang yang dapat. Sebagai seorang hos yang mereka telah jemput selama beberapa bertahun kebelakangan ini, saya sangat bersyukur.
“Allhamdulillah ini bermakna hubungan saya dengan pihak di sana amat baik. Rasa terharu bila diberi kepercayaan seperti itu.
“Saya dipentaskan bersama orang-orang besar. Di dalam dunia mereka, they are the top of the list.
“Bila kita sebagai orang luar dan diterima baik oleh rakan artis dan para penonton, itu yang membuatkan saya rasa bersyukur,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, pengacara program pencarian Ratu Hijabista 2020 itu mendedahkan, dia mungkin tidak akan ke Indonesia buat sementara waktu kerana khuatir dengan jumlah kes COVID-19 yang dicatatkan di negara seberang itu.
“Sepatutnya sebelum dan semasa ramadan saya perlu ada di sana. Puteri Muslimah Asia musim ke-2 pun sepatutnya berlangsung April, tapi sebab PKP ia terpaksa ditangguhkan.
“Mengikut keadaan, saya mungkin tidak akan ke Indonesia setahun dua ini sehingga vaksin ditemui,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Uyaina kini bergandingan dengan seorang lagi rakan artis iaitu Fikry Ibrahim bagi mengacarakan program pencarian Ratu Hijabista 2020.
Ratu Hijabista mulai bersiaran bermula pada hari ini pada jam 9.00 malam eksklusif di Astro Prima (124) dan Prima HD (105).
Instafamous, Hafiz Mahamad ada berkongsi sijil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Instagram miliknya semalam.
Foto tersebut melihatkan keputusan suami kepada Syafiqah Aaina itu tidaklah terlalu membanggakan, tetapi keputusan peperiksaan di peringkat kolej pula berada pada tahap cemerlang.
“Ha, abang nak share ni. Jangan rasa diri awak bodoh, tak pandai, lembab. Abang pun rasa mcmtu juga dulu, tapi sebenarnya kita yg tak cukup latihan. Kalau kita rasa diri slow, kena push kow kow lah diri tu..
“Abang selalu pesan pada diri, “Ada orang gunakan bakat untuk success” Tapi kita yg tak ada bakat mcmana?
“Ish, Allah tu tak jadikan kita sia sia, mesti ada kelebihan! Kalau kita sedar kita tak ada bakat, PUSH YOURSELF, guna kudrat lebih sikit ..
“Dah stop jangan nangis nangis, pi lanjutkan pelajaran dengan tenang & balas dendam balik dengan bagi result yg bagus. Kesian ma abah kan? Ha buat betul betul lepasni,” tulis Hafiz.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen kagum dengan kesungguhan Hafiz yang kini telahbergelar seorang usahawan berjaya dan maju.
Dalam perkembangan lain, Hafiz dan Aaina kini sedang menanti cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.
Foto : IG Hafiz Mahamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, pengacara dan pelawak senior, Syed Muradzi Syed Shamsul, atau lebih dikenali sebagai Dee, mengakui mengambil masa hampir 19 tahun untuk melepaskan rasa kehilangan...