Penyanyi Shila Amzah tidak ambil serius mengenai usikan yang dibuat hos Gegar Vaganza 9 (GV9) mengenai bekas teman rapatnya, aktor Sharnaaz Ahmad sejurus selesai membuat persembahan, malam tadi.

Shila berkata, dia sudah bersedia dengan sebarang situasi apatah lagi perjalanannya di dalam dunia seni banyak mematangkan diri.

Diusik Elly Mazlein ‘Live’ Atas Pentas, Shila Amzah; “Saya Okay Je, Lagi Pun Kita Sayang Kak Lina.” Diusik Elly Mazlein ‘Live’ Atas Pentas, Shila Amzah; “Saya Okay Je, Lagi Pun Kita Sayang Kak Lina.”

“Ini showbiz… Saya sudah sampai di satu tahap kalau  ditanya ketika usia saya 22 tahun mungkin saya macam… ‘kenapa ek?’. Tapi sekarang kalau ditanya soalan sedemikian saya okay saja.

“Alhamdulillah, saya semakin matang untuk kawal keadaan. Sebab itu saya cakap, saya membesar di hadapan lensa kamera.

“Kadang benda tak elok yang saya pernah lakukan sebelum ini pun terlihat di mata orang juga. Bagi saya yang sudah terjadi biarkan berlalu.

“Cuma kalau saya nak menyalahkan orang yang mungkin masih berkata atau ingat, untuk saya pergi pada mereka dan minta untuk melupakan, tak perlulah,” katanya kepada MH.

IKLAN

Malah Shila akui hanya mengetahui keberadaan Sharnaaz yang berada di bahagian penonton sejurus diusik Elly.

Artikel Berkaitan;

Tak Tolak Jodoh Untuk Terbuka Kembali Bercinta, Tapi Shila Amzah Letak Syarat!”

Saya Tolak Tepi, Siapa Nama & Orangnya Tak Penting,” – Liza Hanim & Shila Amzah Tak Kisah Nyanyi Lagu Ciptaan Pendatang Baru Asalkan…

“Anak Orang Kaya Tapi Tak Reti Kerja, Saya Tak Mahu,” – Shila Amzah Selesa Pilih Lelaki Yang Ada Matlamat Hidup

IKLAN

Diusik Elly Mazlein ‘Live’ Atas Pentas, Shila Amzah; “Saya Okay Je, Lagi Pun Kita Sayang Kak Lina.”

“Saya okay je. Lagi pun kita sayang Kak Lina. Bagi saya cara dia mengusik pun manja-manja. Mereka (Sharnaaz dan Elly) pun pernah menjadi hos bersama untuk sebuah program.

“Cuma mujur juga Haji Nabil tiada, kalau tidak bukan di atas pentas saja, di belakang pentang pun dia mungkin akan sambung usik,” seloroh Shila.

Ditanya sama ada dia bersikap profesional sekiranya mendapat tawaran berkerjasama dengan pelakon lelaki itu atas kapasiti kerja, Shila memilih untuk melihat karya terlebih dulu.

IKLAN

“Ia bergantung kepada apa projek tersebut. Bagaimana dengan naskhah, berbaloi atau sebaliknya. Sekiranya ada, saya tiada masalah untuk menelitinya terlebih dulu.

“Sebab bimbang dan tidak mahu andai contoh saya terima tawaran tersebut, ia sebenarnya atas dasar mereka mahu menghidupkan sesuatu yang sudah tiada.

“Atau mungkin mahu menggunakan situasi yang ada, itu tak seronoklah. Akhirnya nanti apa yang lebih terlihat ialah perkara yang sudah tidak ada itu.

“Kalau boleh, perkara sedemikian yang saya mahu elakkan,” katanya lagi.

Diusik Elly Mazlein ‘Live’ Atas Pentas, Shila Amzah; “Saya Okay Je, Lagi Pun Kita Sayang Kak Lina.” Diusik Elly Mazlein ‘Live’ Atas Pentas, Shila Amzah; “Saya Okay Je, Lagi Pun Kita Sayang Kak Lina.”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI