Setiap khilaf berlaku dalam hidup kita merupakan satu pengalaman yang berharga.
Usah pandangnya dalam sisi negatif semata, sebaliknya tukar ia sebagai suatu batasan untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.
Itulah yang cuba dikongsi penyanyi yang juga anggota kumpulan VE, Lah Ahmad.
Sinonim dengan alunan vokal memukau, bintang ini berkongsi kisah menerusi program Famili Firdaus yang pernah disiarkan di Astro Oasis.
“Bila dah berkahwin, kita dah ada anak dan rasa tanggungjawab kita banyak sebagai seorang suami, terhadap isteri dan anak-anak. Kena fikir banyak perkara.
Ads
“Diri saya terdorong untuk berubah dan hijrah kepada yang lebih baik kerana ingin mencari jalan balik mendekati Allah.
Nak hijrah ni sebenarnya kena hijrah kerana Allah, tak boleh nak ubah benda yang dah lepas, menyesal dengan apa yang kita dah buat sebelum ini dengan segala kesalahan.
Ads
“Tapi sebenarnya benda tu yang nak bawa kita ke arah perubahan dan ke masa hadapan,” kongsinya jujur.
Dalam pada itu, penyanyi yang pernah dijulang sebagai Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-22 (Ceritera Cinta duet Jaclyn Victor) ini turut berkongsi pengalaman dalam membesarkan anaknya, Adam yang disahkan sebagai kanak-kanak Autisme.
Ads
“Saya mula berubah sekitar tahun 2011 dan pada tahun itu jugalah isteri saya mengandungkan Adam, dapat kurniaan anak yang sangat-sangat istimewa.
“Dalam umur Adam 2 tahun macam tu, perkembangan dia tak sama macam kanak-kanak lain dan selepas buat pemeriksaan dengan doktor baru doktor sahkan yang Adam ni ada ‘mild autism’.
“Pada mulanya, tak dinafikan sebagai ibu bapa kita akan ada rasa untuk nafi perkara tersebut dan sedih. Namun, kami tetap akur dengan ketentuanNya.
“Saya bersyukur sangat sebab dikurniakan seorang anak yang nak baca Al-Quran, zikir, selawat dan sebagainya. Jadi dengan berkat Al-Quran ini, InsyaAllah Adam jadi anak yang soleh dan yang baik, doa-doakan,” harap Lah optimis.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana tidak mahu mengulas panjang mengenai hubungan cinta yang sudah terjalin sejak sekian lama dengan pelakon, Syafiq Kyle memandangkan aktor tersebut sudah pun menjelaskan mengenainya tidak lama dulu.
Malah jelasnya lagi, dia juga risau andai kisah cinta yang sering ditanya secara tidak langsung akan membuatkan cerita perihal kerjaya akan ketinggalan ke belakang.
“Saya rasa kenyataan Syafiq sudah memadai untuk semua orang faham mengenai hubungan kami. Jadi tidak perlulah untuk saya komen panjang-panjang.
“Malah saya pun tidak mahu perbesarkan hal ini, risau nanti cerita ini akan lebih dapat perhatian berbanding kerjaya masing-masing,” katanya kepada MH.
Berkongsi mengenai tindakannya yang memuat naik foto bersama hero Nur itu, Mimi menjelaskan ia sebenarnya hanyalah untuk promosi drama rantaian lakonan mereka ketika itu, Bukan Cinta Aku yang turut menampilkan Janna Nick dan Baim Wong.
“Foto yang saya muat naik tu sebenarnya ketika kami terlibat dalam drama Bukan Cinta Aku. Jadi saya muat naik untuk promosikan foto cuma mungkin kerana pada masa sama kami bersama, jadi ia lebih dapat perhatian.
“Sebelum ini pun saya ada juga kongsikan foto bersama dengan Syafiq dan kebetulan baru-baru ini dia ada keluarkan kenyataan fasal cinta. Jadi mungkin ia membuatkan peminat lebih teruja,” kongsi Mimi yang bakal promosikan filem pertamanya, Pusaka.
Ditanya mengenai sisi privasinya setelah mengakui hatinya sudah dimiliki pelakon terknal itu pula, Mimi mengakui pada peringkat awal dia biasa-biasa sahaja.
“Kami ni sama sahaja macam orang lain, biasa-biasa,” jelasnya yang turut mengakui pemenang tempat kedua Hero Remaja selepas Fattah Amin itu seorang yang positif dan rajin bekerja.
“Syafiq dia seorang yang sangat menyokong, sangat positif dan rajin bekerja,” kata Mimi yang turut terbuka untuk berlakon sama kekasihnya itu sebagai pasangan hero dan heroin menerusi mana-mana naskhah selepas ini.
Diusik sama ada hubungan yang terjalin mungkin akan ke fasa seterusnya, ini jawab Mimi;
“InsyaAllah, doakan yang baik-baik,” akhiri bekas peserta Pencarian Dewi Remaja ini.
Meluahkan rasa syukur kerana anak yang dikandung sangat mudah dijaga.
Bagaimanapun katanya menerusi Instagram, bekas isteri kepada PU Abu, Ain Afini mengakui berada dalam dilema sama ada patut atau tidak dia berehat.
Ataupun, melakukan tugasan rumah apabila Muhammad Adam Aysar tidur.
“Hamboi suka sangat sengih masa tidur eh. So far ahamdulillah senang sangat umi jaga anak soleh ni.
“Tapi umi selalu dilemma bila Adam tidur, umi patut rehat sekali ke atau lipat kain yang dah menggunung tu? Rehat sekali macam lagi best. Eh eh,” tulisnya sambil memberi kredit kepada jenama Islamic Audio.
Perkongsian ibu tunggal ini mendapat pelbagai reaksi netizen.
Abu Sufyan bernikah dengan Ain ‘Afini pada 31 Ogos 2018 dan dikurniakan seorang anak. Pasangan ini pernah bercerai buat kali pertama pada 28 Januari 2019 namun rujuk semula pada 23 Februari.
Mahkamah kemudiannya mengesahkan perceraian yang dilafaz buat kali kedua pada Mac lalu.
Foto : Instagram Ain Afini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.