Selepas muncul sebagai salah seorang model yang memperagakan koleksi baju Melayu di acara pertunjukkan fesyen jenama pakaian hari raya, Bulan Bintang baru-baru ini, nama pelakon meningkat naik, Mierul Aiman menjadi perhatian ramai.

Mierul yang mengenakan sepersalinan lengkap baju Melayu rona merah dilihat amat segak. Malah, ketampanannya turut terserlah sewaktu melalui pentas runaway.

Video yang memaparkan Mierul sedang memperagakan baju Melayu itu turut tular di media sosial.

Rata-rata netizen memuji penampilan Mierul yang dikatakan mempunyai ciri-ciri lelaki Melayu sebenar. Selain itu, jawline atau rahang pipinya turut menjadi perhatian.

Ketika ramai yang memuji, tidak kurang juga segelintir pihak yang tidak bersetuju dan mengatakan wajah Mierul ini tidak kurang seperti lelaki-lelaki kebanyakkan ketika memakai baju Melayu.

Malah, ada juga yang mengatakan wajah-wajah seperti Mierul ini boleh dilihat di kedai-kedai runcit sewaktu kebanyakkan lelaki bersesak untuk membeli ais di pagi raya.

Ketika dihubungi MH, pelakon drama Projek High Council ini mendedahkan dirinya tidak berasa hati dengan komen-komen selain turut menyifatkan ia merupakan lumrah selaku anak seni.

IKLAN

Dilabel Berwajah ‘Biasa’, Mierul Aiman Tak Terasa. Alumni SM Sains Selangor Ini Luah ‘Rupa & Fizikal Ini Pemberian Tuhan.’ Dilabel Berwajah ‘Biasa’, Mierul Aiman Tak Terasa. Alumni SM Sains Selangor Ini Luah ‘Rupa & Fizikal Ini Pemberian Tuhan.’

“Bila ada yang kata wajah saya ni biasa-biasa sahaja dan seperti orang kebanyakkan, saya tak tersinggung. Mereka berhak untuk berkata apa sahaja dan itu lumrah sebagai anak seni.

“Bila sudah bergelar public figure, kehidupan kita automatik akan menjadi tontonan dan perhatian umum melalui hasil-hasil kerja atau segala tindak tanduk ketika di luar.

“Apabila mereka bercakap mengenai saya, secara tidak langsung, kehadiran saya di dalam industri ini makin disedari ramai. Apa yang bermain difikiran mereka, sudah tentu mereka akan sampaikan melalui pelbagai cara.

“Mereka hanya berikan pendapat. Bercakap soal pendapat, pada saya tiada yang betul atau salah. Saya hanya akan mengambil aura-aura yang positif. Yang penting, saya akan terus ikhlas bekerja,” katanya.

IKLAN

Dalam pada itu, juara Hero Remaja 2022 ini turut merasakan kecantikan bukan sahaja tertumpu pada luaran tetapi dalam juga sangat penting.

Dilabel Berwajah ‘Biasa’, Mierul Aiman Tak Terasa. Alumni SM Sains Selangor Ini Luah ‘Rupa & Fizikal Ini Pemberian Tuhan.’

Dilabel Berwajah ‘Biasa’, Mierul Aiman Tak Terasa. Alumni SM Sains Selangor Ini Luah ‘Rupa & Fizikal Ini Pemberian Tuhan.’

“Soal rupa dan fizikal ini merupakan pemberian tuhan sejak kita lahir. Siapalah kita nak mempersoalkannya. Soal cantik ini bukan hanya sekadar luaran semata, kita juga boleh tunjukkan kecantikkan itu dari segi personaliti dan sikap.

“Ditambah pula kita ini sebagai orang Melayu yang kaya dengan adat dan adab. Adab merupakan tiang seri dalam kehidupan. Saya menghargai setiap padangan orang luar terhadap diri saya,” ujarnya lagi.

IKLAN

Katanya lagi, pada malam pertunjukan fesyen itu, dia hanya melakukan apa yang disuruh oleh pihak penganjur.

“Pada malam tersebut, saya sebenarnya sedang bekerja. Saya bukan datang saja-saja. Saya ditugaskan untuk mencipta persembahan pada malam tersebut.

“Apapun, saya gembira dengan apa yang telah saya pamerkan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menunjukkan sokongan terhadap saya dan artis-artis lain,” akhirinya.

Imbas kembali, Mierul yang sebelum belajar dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal merupakan alumni Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Mierul Aiman

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI