Kontroversi isu rumah tangga pengasas kosmetik, Joy Revfa dan penyanyi lagu berunsur ketuhanan, Hafiz Hamidun nampaknya masih menjadi topik hangat di media sosial ketika ini.

Terbaru Joy ada berkongsi keratan sebuah akhbar tempatan yang bertajuk ‘Lulus nikah selepas bekas suami mengaku bercerai’ dan menerusi ruang kapsyennya pula dia telah meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT.

IKLAN

“Syukur alhamdulilah.. Sembah syukur kpd Allah swt.. Terima kasih Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim. Ternyata NIKAH ini adalah sah dan saya telah diabaikan & digantung tanpa tali sejak 23 Mei 2017 yg lalu..

 

“Selama ini saya bertahan.. Saya tak salahkan keluarga krn wajar keluarga saya bersuara & turut campur tangan kerana hanya mereka melihat penderitaan & mendengar tangisan saya selama ini.. ? .

 

“Tolong hentikan hinaan & cacian anda terhadap saya bahwa saya masih lagi isteri org apabila berkahwin dgn dia… ?? Kepada yg menghina saya pelacur & anak saya adalah anak haram itu, saya maafkan… dan saya doakan anda semua mendapat keluarga Sakinah, Mawaddah & Warahmah seperti apa yg selalu saya impikan..

 

“Di mahkamah nanti akan saya maklumkan siapa yg salah menasihati saya untuk buat takliq, dan akhirnya digunakan mengatakan saya diragui. Doakan saya menegakkan keadilan & maruah sebagai seorang wanita.

 

“[ Utk Pengetahuan Semua ]

 

“Jika anda mengatakan saya yg terlebih dahulu membuka aib.. ternyata anda silap, dia yg terlebih dahulu mengaibkan saya pd media.

 

“Artikal awal yg membuat netizen terbau ttg pergolakkan kisah kami :

 

“4 July 2017

 

“Apabila wartawan MSTAR Online bertanya apa respon dia ttg gambar billboard saya yg terlihat agak seksi, dia sendiri memberitahu pd media yang saya telah “block” account IG nya sedangkan itu tidak benar.. sumpah saya tak block IG dia.. ? Lalu media telah sebarkan berita itu yg keluar dari mulutnya sehingga saya dikecam teruk dikatakan isteri derhaka.. Allah.. (Sudah lah sedih diabaikan & kena kecam pulak dahh..!) Bukan kah sepatutnya dia sebagai suami harus mempertahankan saya & bukan memfitnah/mengaibkan saya terlebih dahulu.. allah.

 

“10 Ogos 2017

 

“Dia telah memadam semua gambar saya dari acc instagram nya. Ini membuat ramai yg membuat andaian negatif & blogger2 mula menulis tentang kontroversi & pergolakan ini

 

“Tapi, tak mengapa lah, saya tak salahkan dia.. Saya yg sentiasa percaya dengan Qada’ & Qadar.. kerana saya yakin, apa pun yang terjadi tidak ada yang KEBETULAN, semua yang terjadi adalah KETENTUAN dari Allah swt.. Pasti akan hadir hikmah terindah nanti… #allahmahamengetahui,” tulis luahan dan penjelasannya panjang lebar.

Joy juga telah memaafkan setiap orang yang menghinanya sebagai pelacur dan turut mengatakan bahawa anaknya sebagai anak haram.

IKLAN

Didapati Joy telah menutup ruang komen pada perkongsiannya ini, mungkin tidak mahu sebarang komen yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

IKLAN

Biarlah segala permasalahan diselesaikan dengan cara yang baik mengikut prosedur mahkamah dan janganlah kita sebagai orang luar memburukkan lagi keadaan.

Sumber: Instagram Joy Revfa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI