Penyanyi, Azharina Azhar meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mendiskriminasi golongan kurang upaya (OKU) yang melibatkan kakak penyanyi itu sendiri.

Kongsinya, ketika dia dan kakaknya yang dikenali sebagai Aishah mahu membeli barangan di sebuah pasaraya di sekitar Sepang, lalu mereka didakwa telah dihalau pengawal ketika mahu meletakkan kenderaan di kotak parkir (bahagian OKU).

“Saya datang dengan kakak saya, Aishah, seorang OKU. Kami datang nak beli barang dan cari parking OKU. Selalu kami datang cari parking OKU sebab kakak saya dalam kategori tersebut.

“Apabila kami sampai di parking OKU,  ada dua orang sekuriti (pengawal) halau kami daripada parking di tempat yang disediakan khas untuk golongan OKU. Alasannya, boss tak suka parking di OKU.

“Boleh tak bagi jawapan yang relevan sebab tak boleh parking sini? Sedangkan ada sticker OKU. Hal ini berlaku pada raya cina ketiga (Isnin). Patut ke penindasan ini berlaku pada golongan OKU sedangkan ada sticker OKU?

“Sememangnya parking itu sudah tersedia dan kosong! Pihak berkuasa kena ambil tindakan dan kaji semula perkara ini.

IKLAN

“Jadi, netizen di luar sana, lebih perlu berhati-hati kerana diskriminasi pada OKU paling banyak berlaku, sebab saya sentiasa ada dengan kakak yang juga golongan terbabit,”kata Azharina tegas. 

View this post on Instagram

Asalamualaikum . Perkara ini berlaku Isnin lalu , Saya harap di Tahun 2020 tidak ada lagi dikriminasi untuk Golongan Orang Kurang Upaya ini OKU . Pihak Berkenaan Harus ambik Tindakan atas Kejadian ini . Saya harap ramai bole share video ini Tuk Kesedaran . Bangunan ini bersebelahan dengan Bangunan Eco Shop rm2.10 yang baru di buka di Taman Mas Puchong . Di sebelah Kiri sekiranya anda berdepan dgn Eco shop. Saya harap pihak berkuasa dapat mengkaji semua dan membuat siasatan Lanjut Mengenai kelulusan parking OKU disini , sekiranya sepertimana yang di nyatakan kepada kami tadi oleh dua orang sekuriti berbangsa India tadi Pihak Management memarahi mereka jika membenarkan sesiapa sj parking di Tempat berkenaan wlwpun Orang Yang mempunyai Stiker Kereta SAH OKU dan Kad OKU .

A post shared by Azharina Azhar (@azharina_a) on

Video berdurasi lebih empat minit itu dirakam juara Gegar Vaganza 3 (GV3) di dalam kereta sejurus pihak tersebut menghalau mereka.

IKLAN

“Kenapa perlu Diskriminasi OKU ?

“Asalamualaikum . Perkara ini berlaku Isnin lalu , Saya harap di Tahun 2020 tidak ada lagi dikriminasi untuk Golongan Orang Kurang Upaya ini OKU . Pihak Berkenaan Harus ambik Tindakan atas Kejadian ini .

“Saya harap ramai bole share video ini Tuk Kesedaran . Bangunan ini bersebelahan dengan Bangunan Eco Shop rm2.10 yang baru di buka di Taman Mas Puchong . Di sebelah Kiri sekiranya anda berdepan dgn Eco shop.

IKLAN

“Saya harap pihak berkuasa dapat mengkaji semua dan membuat siasatan Lanjut Mengenai kelulusan parking OKU disini , sekiranya sepertimana yang di nyatakan kepada kami tadi oleh dua orang sekuriti berbangsa India tadi Pihak Management memarahi mereka jika membenarkan sesiapa sj parking di Tempat berkenaan wlwpun Orang Yang mempunyai Stiker Kereta SAH OKU dan Kad OKU,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Dalam masa sama, penyanyi yang sinonim dengan lagu Elegi Sepi  itu juga merakam foto lokasi di tempat kejadian.

View this post on Instagram

Asalamualaikum , perkara ini berlaku isnin lalu . Saya harap di Tahun 2020 tidak ada lagi dikriminasi untuk Golongan Orang Kurang Upaya ini OKU . Pihak Berkenaan Harus ambik Tindakan atas Kejadian ini . Saya harap ramai bole share video ini Tuk Kesedaran . Bangunan ini bersebelahan dengan Bangunan Eco Shop rm2.10 yang baru di buka di Taman Mas Puchong . Di sebelah Kiri sekiranya anda berdepan dgn Eco shop. Saya harap pihak berkuasa dapat mengkaji semua dan membuat siasatan Lanjut Mengenai kelulusan parking OKU disini , sekiranya sepertimana yang di nyatakan kepada kami tadi oleh dua orang sekuriti berbangsa India tadi Pihak Management memarahi mereka jika membenarkan sesiapa sj parking di Tempat berkenaan wlwpun Orang Yang mempunyai Stiker Kereta SAH OKU dan Kad OKU .

A post shared by Azharina Azhar (@azharina_a) on

Foto/ Video : Instagram Azharina Azhar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI