Selepas didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang, pelakon baru Alya Iman tampil memberikan kenyataan.
Jelas anak kepada pelakon lagenda, Azmil Mustapha itu kepada MH, dia pada awalnya telah pun mengikat tali pertunangan bersama seorang lelaki yang mempunyai dua cahaya mata 27 Februari lalu.
Malah pada awalnya, pelakon remaja tersebut difahamkan isteri pertama lelaki berkenaan telah pun bersetuju untuk menerimanya sebagai madu.
Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Nur Alya Iman Azmil, 19, itu menjelaskan dia telah pun memutuskan ikatan pertunangan tersebut sejurus mendapat tahu dirinya tidak diketahui dan tidak dipersetujui isteri pertama bekas tunang.
Berikut kenyataan yang diberikan Alya;
“Pada 8.00 malam, 27 Februari 2020, Alya telah bertunang dengan seorang individu yang berusia 30 tahun yang telah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata.
“Majlis tertutup tersebut telah dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Alya. Alya difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran Alya sebagai isteri kedua.
“Walaubagaimanapun, pada Mac 2020, Alya telah memutuskan pertunangan tersebut apabila mengetahui bahawasanya kewujudan Alya tidak diketahui dan dipersetujui isteri individu tersebut.
“Segala hadiah telah Alya pulangkan kepada individu tersebut kerana Alya merasa bersalah. Alya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.
“Alya mohon doa, sokongan dan dokongan semua pihak agar perkara ini dapat Alya tempuhi dengan baik.
“Sesungguhnya Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.
“Pada waktu ini, Alya telah meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan usaha Alya untuk menjadi insan yang lebih baik,” katanya jujur.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“My Husband Said Macam Orang Hisap Dadah, Lengan Dah Macam Jerangkung,” – Diet, Shima Anuar Kongsi Ceritanya
Pelakon cantik, Shima Anuar mendedahkan suaminya ada memberikan reaksi apabila berat badannya kini kian susut hasil dari pengambilan bijirin, ikan dan sayur-sayuran.
Kongsi bintang Highland Tower ini menerusi Instagram buat tatapan umum, berat badannya sudah menurun dari 55 kilogram Ahad lalu kepada 52.8 kilogram kira-kira seminggu selepas itu.
“Ni la hasil makan oats dgn ikan n sayur. I dah kena stop diet. Look at my face. My husband said macam org hisap dadah. Lengan dah macam jerangkung. Hahah!
“Last sunday berat i 55kg. Today 52.8kg. I didn’t expect akan turun secepat tu dalam masa seminggu. (actually 5 days je sbb semalam i dah belasah makan nasi kandar),” tulisnya.
Tidak mengambil mana-mana ubat untuk kurus, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsi cara diet dan gaya hidup sihat yang diamalkan menerusi posting di media sosial sebelum ini.
“Kalau nak tau apa i buat, just scroll my ig. I dah bgtau semua da apa yg i buat.
“No ubat kurus! And 1 lagi tips yg i boleh bagi, jangan ada cheat day selagi tak dapat target yg korang nak. Ok? Good luck guys!,” jelas Shima.
View this post on InstagramA post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on
Menerusi ruangan komen, para peminat turut memberi reaksi terhadap penampilan Shima dan ada yang berterima kasih atas cara dietnya yang dikongsikan.
Terdahulu, Shima mendirikan rumah tangga dengan Solih, yang juga ahli perniagaan pada 8 April 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Marian Sophia dan Mikhael Imaan.
Foto: Instgram Shima Anuar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“La Luna Filem Kritikan Sosial, Bukan Persenda Agamawan,” – Iedil Dzuhrie
Pelakon, Iedil Dzuhrie menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan filem lakonannya yang berjudul La Luna dibikin untuk mempersenda golongan agamawan.
Menurut Iedil atau nama sebenarnya Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin, La Luna merupakan sebuah filem kritikan sosial tentang realiti yang berlaku dikalangan masyarakat hari ini.
“Saya pun tak faham tentang isu yang berbangkit. Ramai yang menganggap filem ini negatif rapi sebenarnya mereka tak tonton pun. Mereka hanya melihat klip-klip yang dimuat naik di media sosial.
“Jika melihat filem ini secara keseluruhan, sebenarnya ada mesej yang lebih menarik. Kita bukan bercerita tentang agamawan tapi lebih kepada ketidakadilan yang berlaku di dalam masyarakat.
“Ini merupakan sebuah filem dokumentari sosial dan kita bukan menyasarkan golongan agama. Ia merupa realiti kehidupan bila seseorang diberikan kuasa, mereka menyalahgunakannya.
“Watak saya sebagai Ustaz Fauzi yang benar-benar mewakili seorang agamawan yang bertanggungjawab serta adil kepada masyarakat dan agama. Kenapa watak ini tidak diperkatakan pun? Mereka tonton atau tidak filem ini?,” katanya kepada MH.
Iedil berkata sedemikian ketika ditemui di acara pertunjukkan fesyen Amber x Anna Jobling baru-baru ini.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Indonesia, Prisia Nasution ini tetap menerima segala teguran dengan hati yang terbuka.
“Tak mengapalah, itu merupakan hak masing-masing dan saya terima. Saya juga sudah berborak dengan pengarah dan hal ini memang sudah dijangka.
“Pada akhirnya, apa yang kami perjuangkan adalah filem ini punyai mesej yang tersendiri.
“Secara luaran, mungkin seseorang itu berpakaian seperti orang agama tapi apa yang kami cuba dedahkan adalah hati mereka,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Iedil juga teruja filem ini mendapat respon yang baik daripada penonton di Indonesia.
“Waktu ditayangkan di Indonesia, masalah seperti ini tidak berlaku sama ada daripada sisi pihak haluan kanan dan kiri. Pada mereka, ini sebuah filem yang telah digarab dengan cantik.
“Jarang mereka menonton filem dokumentari sosial tentang masyarakat di kampung yang memaparkan tentang masyarakat setempat.
“Mesej dalam filem ini juga memang kena batang hidung sendiri. Hal ini memang berlaku,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Iedil turut berharap agar penonton di Malaysia dapat lebih terbuka dengan genre filem seperti ini.
“Di Malaysia ini, sudah ada golongan yang terbuka kepada filem-filem.
“Jika filem seperti ini dibuat oleh orang luar misalnya Hollywood, mereka boleh sahaja terima tapi kenapa bila orang kita sendiri yang buat, kenapa terasa?
“Mungkin ini hanya permulaan. Sudah banyak pengarah kita yang buat filem tentang kritikan sosial. Mungkin lama-kelamaan penonton kita akan faham,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Perasaan Bercampur-Baur Urus Perkahwinan Anak Tanpa Suami,” – Nora Ariffin Di Majlis Sambut Menantu
Penyanyi, Nora Ariffin telah berkongsi beberapa keping foto sekitar majlis menyambut menantunya, baru-baru ini.
Majlis yang dilangsungkan dengan meriah di Bangi, Selangor itu turut dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
Tampak anggun mengenakan persalinan kontemporari ilham Azura Couture, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Di Persimpangan Dilema ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang menjayakan majlis sambut menantu.
Malah katanya lagi, tiada apa yang lebih menggembirakan individu bergelar ibu selain melihat anak-anak bahagia.
View this post on InstagramA post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
“Tiada apa yg lebih menggembirakan seorang ibu selain dari melihat anak2 bahagia & selesai tanggungjawap besar.
Syukur….Lega…seronok…sayu…
Perasaan bercampur baur bila menguruskan urusan perkahwinan anak tanpa suami.
“Namun…Allah hantar insan2 tertentu, anak2 yg sangat memahami, sahabat2 yg ikhlas membantu mempermudahkan segala urusan.
“Terima kasih to my backbones.
Now….I need time for myself.
Back to work.Back to business.
Back to mencari rezeki.
Terima kasih buat yg telah sudi hadir.
Kepada yg tidak dpt bersama, jutaan maaf dari saya.
“Adakalanya saya terlepas pandang. Mohon dimaafkan. Selamat pengantin baru buat Syakir & Sofea. Semoga kebahagiaan & keberkataan sentiasa mengiringi kalian,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
View this post on InstagramA post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
View this post on InstagramA post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI