Pengarah dan pelakon Hollywood, Tyler Perry, 56, sekali lagi mencuri perhatian apabila berdepan satu lagi saman sivil yang difailkan oleh seorang pelakon lelaki dikenali sebagai Mario Rodriguez.
Mario, 40, mendakwa dirinya menjadi mangsa serangan seksual oleh penerbit dan pengarah berpengaruh itu.
Menurut laporan TMZ, Rodriguez yang pernah muncul dalam filem Boo! A Madea Halloween mendakwa kejadian berkenaan berlaku dalam beberapa pertemuan berasingan antara tahun 2015 hingga 2019.
Dakwaan itu menyebut insiden terbabit berlaku di lokasi peribadi dan bukan di set penggambaran, termasuk sentuhan fizikal yang didakwa dilakukan tanpa persetujuan.
Ads
Lebih mengejutkan, dokumen saman menyatakan Rodriguez mendakwa Perry telah melakukan perbuatan tidak senonoh secara berulang, termasuk menyentuh kemaluannya, sekali gus menyebabkan tekanan emosi dan trauma berpanjangan.
Saman berkenaan turut menyentuh dakwaan penyalahgunaan kuasa, apabila Rodriguez mendakwa peluang kerjaya dalam industri hiburan dikaitkan dengan layanan seksual yang tidak diingini.
Bagaimanapun, Perry menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan tersebut. Melalui kenyataan yang disampaikan oleh peguamnya, beliau menyifatkan saman itu sebagai tidak berasas dan bermotifkan kewangan.
Ads
Kes terbaharu ini bukanlah yang pertama dihadapinya, ini merupakan saman kedua terhadap Tyler Perry dalam tempoh kurang setahun.
Sebelum ini, seorang lagi pelakon turut tampil memfailkan saman berasingan dengan dakwaan gangguan dan serangan seksual, menjadikan nama Perry terus menjadi tumpuan media dan pemerhati industri hiburan antarabangsa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Percaturan Rozita Che Wan atau Che Ta kembali aktif berlakon tahun ini dianggap tepat pada masanya, apabila watak antagonis Kak Ju (Juriah) lakonannya menerusi drama Bahagia Yang Tertangguh mula menjadi bualan.
Rozita sebelum ini memberi fokus kepada perniagaan sehingga terpaksa menyepi daripada dunia lakonan hampir tiga tahun.
Menurut Che Ta, watak Kak Ju mencetuskan pelbagai reaksi emosional dalam kalangan peminat yang mengikuti drama terbitan iFabulous Art Media & Event Sdn. Bhd (iFame) untuk siaran Astro Ria itu.
“Penangan karakter Kak Ju itu umpama mengembalikan ingatan dan kenangan saya saat melakonkan watak Kiah Pekasam suatu ketika dahulu.
“Cuma bezanya inilah kali pertama saya berlakon watak antagonis. Jujur tak sangka watak itu semakin berbekas di hati penonton.
“Sejak siaran episod awal lagi, bayangkan sudah berbakul-bakul komen dan kecaman penonton serta netizen saya terima. Siap pakej makian minta Kak Ju ditidurkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Tak kurang juga yang komen minta watak Kak Ju dimatikan segera. Ada juga yang komen dan cakap berdepan bila jumpa saya dengan nada sinis nak ‘pijak’ Kak Ju,” katanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menambah, dia bagaimanapun tidak melihat kecaman terhadap watak tersebut sebagai ancaman.
“Dari sudut lain, saya percaya apabila watak itu meninggalkan kesan di hati penonton tak kira dari sudut positif atau negatif, bererti diri ini sudah cuba memberikan sehabis baik dalam menghidupkan watak Kak Ju. Syukur lakonan saya diterima dan beri impak.
“Komen dan kecaman sebegitu kalau difikirkan buat saya rasa nak gelak sebab geram punya fasal, mereka (penonton) sampai nak itu ini dengan Kak Ju,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Rozita turut berterima kasih kepada produksi, stesen TV dan pengarah atas kepercayaan diberikan.
“Mereka berani cabar saya dengan watak sebegini dan keluar dari kepompong kebiasaan. Ikutkan saya seperti orang tahu, memang lantang bersuara.
“Saya dengan anak pun jenis tegas. Cuma mungkin sebelum ini tak ada produksi berani buka peluang serta mencabar saya bawa watak jahat.
“Sampai anak saya berseloroh cakap watak Kak Ju itu seperti diri sendiri. Tapi saya di rumah tidaklah sekejam Kak Ju.
“Malah kawan anak saya di Jerman yang menonton drama ini dalam talian pun terkejut dengan lakonan berkenaan yang sangat garang, ‘laser’ dan cakap lepas,” katanya.
Rozita yang bakal muncul menerusi filem terbaharu,Anak Mami Jarum Dalca Cinta Kerabu arahan Datuk Prof Dr A Razak Mohaideen turut berpendapat, watak antagonis sebenarnya lebih mudah dilakonkan.
“Watak jahat macam ini tak perlu nak ‘control’. Lepaskan saja apa yang mahu diluahkan. Kalau watak baik pula kita kena banyak kawal dan bermain rasa serta emosi.
“Cuma selepas drama ini, sebolehnya saya tolak dulu watak antagonis kalau ditawarkan. Bukan tak nak lagi jadi jahat, tapi mungkin saya letakkan jurang atau tempoh masa,” tambahnya.
Dia juga terharu apabila dapat berlakon buat kali pertama di bawah arahan Osman Ali.
“Selama ini saya dengar saja cerita mengenai karya arahannya. Kali ini, dapat merasai ‘air tangan’ dia sebagai pengarah.
“Cuma selepas sekian lama tak berlakon depan kamera dan saat awal tempoh masuk set penggambaran drama ini, saya dan hampir kebanyakan pelakon terbabit kena ‘tegur’ dengannya.
“Biasalah, belum ‘panas’ lagi. Jadi apabila tak sampai tahap kepuasannya sebagai pengarah, dia akan terus cabar dan minta saya keluarkan lagi sisi ‘jahat’ Kak Ju.
“Semua itu saya anggap cabaran dan proses mewarnakan lagi karakter. Lama kelamaan sudah masuk ‘roh’ Kak Ju.
“Sisi lain, saya kagum dan harus memujinya. Dia jenis pengarah yang nak kita nampak ‘cantik’ di skrin. Dia sangat komited dan bagus dalam menjaga perkembangan karakter pelakon dari bintang utama sampailah ‘tambahan’,” katanya.
Malah Rozita turut menzahirkan rasa syukur terhadap penerimaan baik drama adaptasi novel karya Rissa Ahdiya itu.
Selain Che Ta, drama 28 episod itu turut menampilkan lakonan hebat Nad Zainal, Kamal Adli, Izzue Islam, Riz Amin dan Mimi Ernida.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Foto: Azim Wahab (Ihsan Rozita che wan)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Amerika Syarikat, Andy Dick, 59, dilaporkan mengalami overdose di sebuah jalan tepi bangunan di Hollywood selepas beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibantu orang awam.
Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari Selasa, Andy dilihat tersungkur di tangga sebuah bangunan sebelum individu di lokasi menghubungi pihak perubatan dan bertindak menyembur Narcan bagi mengembalikan kesedarannya.
Saksi menyatakan keadaan pelawak tersebut ketika ditemui amat membimbangkan, namun beliau kembali sedar tidak lama kemudian dan menolak untuk dibawa ke hospital, sebaliknya beredar dari lokasi selepas mampu berdiri serta berjalan seperti biasa.
Susulan kejadian itu, Andy tampil menerusi satu temu bual menjelaskan bahawa beliau berada dalam keadaan baik. Pelawak itu turut menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk menjalani rawatan pemulihan.
Beliau juga mengakui insiden itu berlaku selepas beliau menghisap crack cocaine bersama seorang individu tidak dikenali, sekali gus menguatkan dakwaan bahawa kejadian itu berpunca daripada penyalahgunaan bahan terlarang.
Ini bukanlah kali pertama pelawak ini bergelut dengan masalah seperti ini. Beliau dilaporkan pernah memiliki masalah ketagihan alkohol dan dadah sehingga perlu memasuki pusat rehabilitasi.
Andy Dick memulakan kerjaya sebagai pelawak pada 1992 sebagai salah seorang ahli dalam siri komedi yang disiarkan menerusi The Ben Stiller Show. Selain bergelar pelawak, beliau juga aktif sebagai pelakon drama dan filem.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan kritikan terhadap poster filem Duyung: Lagenda Aurora yang dikatakan kurang memuaskan, pengarahnya, Datuk Profesor Dr. A. Razak Mohaideen mendedahkan perkara tersebut sebenarnya adalah sebahagian daripada strategi gimik pemasaran.
Menurut Razak, pihak produser mahu masyarakat lebih peka terhadap filem sekual popular itu yang kembali dihasilkan selepas 17 tahun.
“Poster itu memang salah satu gimik kita. Kita mahukan penonton lebih peka. Datuk Norman dan Prime Works juga maklumkan kepada saya yang pihaknya akan buat satu poster lain.
“Kita nak penonton ambil maklum. Kalau kita sekadar bagitahu sahaja, orang tidak akan bercakap mengenai filem ini. Ada kalanya, berita buruk juga adalah berita baik. Jadi, ini adalah sebahagian daripada gimik,” katanya kepada MH.
Razak berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Duyung: Lagenda Aurora di GSC Lalaport, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam masa sama, pengarah berusia 60 tahun itu mengakui gimik seumpama ini sudah menjadi sebahagian daripada teknik pemasaran filem dalam dunia moden.
“Banyak filem yang menghasilkan poster yang bagus tapi yang memuji hanya seorang dua sahaja tapi kalau nak mengecam, memang ramai yang menanti. Kita buat reverse psychology pula.
“Jika mereka faham tentang perniagaan dan industri filem, pengarah hanya buat filem. Mereka tak buat poster atau teaser. Yang akan terlibat adalah daripada pihak pemasaran yang telah dilantik oleh produser.
“Di Hollywood, Bollywood atau Kollywood pun sama. Kalau pengarah yang buat poster, itu tak masuk akal. Pihak pemasaran yang akan merancang segalanya.
“Jika mereka nak buat orang bercakap tentang poster, terpulanglah. Itu sudah memang kerja mereka,” kongsinya lagi.
Selain poster, antara perkara lain yang turut menjadi bualan netizen adalah rekaan kostum duyung yang dipakai oleh pelakon utama, Maya Karin dan Anna Jobling.
Mengulas perkara itu, Razak menjelaskan pengalaman lalu banyak mengajar mereka untuk lebih cakna terhadap aspek keselamatan dan keselesaan barisan pelakon.
“Pengalaman sewaktu menghasilkan filem Duyung yang pertama 17 tahun dahulu, Maya hampir lemas sebanyak dua kali ketika penggambaran. Antara sebabnya adalah kostum yang digunakan itu diperbuat daripada foam latex.
“Ia adalah bahan yang akan menjadi berat bila terkena air. Semakin lama artis berada di dalam air, dia akan cepat penat. Jadi, kita harus melihat pada perkara-perkara yang menyumbang masalah buat artis.
“Kostum lama pula memerlukan enam jam untuk bersiap. Malah, ketika itu, ada juga yang memberikan komen mengatakan kostum duyung sepatutnya menggunakan warna meriah.
“Bila kita melihat semula respon-respon itu, kita merasakan banyak perubahan yang perlu dibuat. Jadi, kita tempah khas untuk pastikan kostum itu kalis air dan ringan bagi memudahkan artis bergerak.
“Malah, kostum itu juga amat bersesuaian dengan warna-warna hidupan laut,” akhirinya.
Filem Duyung: Lagenda Aurora dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 25 Disember ini dan turut menampilkan barisan pelakon seperti Maya Karin, Anna Jobling, Ayie Floor 88, Saiful Apek dan ramai lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...