Didakwa Pakai Rantai Lambang Salib? Anak Sulung Shah Rukh Khan Jadi Bualan Netizen

Selepas pertuduhan melibatkan kes dadah digugurkan, nama anak sulung Raja Bollywood, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan kembali menjadi bualan hangat netizen antarabangsa.

Terbaharu, agama anutan Aryan, 25, pula menjadi pertikaian apabila dia didakwa memakai rantai lambang salib ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran ke-50 pengarah terkenal, Karan Johar yang diadakan baru-baru ini.

BACA JUGA: Tiada Bukti Kukuh, Anak Shah Rukh Khan Digugurkan Daripada Pertuduhan Dadah

Kedatangan Aryan turut ditemani bapanya, Shah Rukh serta ramai bintang Bollywood terkenal yang turut hadir pada malam itu seperti Kajol, Aishwarya Rai Bachchan, Abhishek Bachchan, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor, Saif Ali Khan dan Katrina Kaif.

IKLAN

Gara-gara aksesori yang digayakannya pada malam itu, netizen mula mempersoalkan pegangan agama Aryan.

Menerusi laporan media sebelum ini, Aryan dikatakan menganuti agama Islam mengikut agama bapanya.

Seperti yang diketahui, Shah Rukh berkahwin dengan isterinya, Gauri yang merupakan penganut agama Hindu.

Sekadar informasi, perkahwinan campur tanpa melibatkan pertukaran agama sudah menjadi kebiasaan penduduk di India.

Susulan itu, agama anak-anak akan ditentukan mengikut perbincangan di antara kedua ibu bapa mereka.

IKLAN

Shah Rukh berkahwin dengan Gauri yang merupakan seorang produser pada 25 Oktober 1991 dan hasil perkahwinan, mereka mempunyai tiga cahaya mata iaitu Aryan, 25, Suhana, 22, dan AbRam Khan, 9 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.