Pelakon Zarina Zainuddin pada Selasa memilih untuk memadam hantaran di Instagram sebelum ini susulan luahannya yang dibuat selepas menerima kritikan dari individu yang tidak dikenali.
Menurut Zarina, dia mengambil keputusan berkenaan selepas berpandangan apa yang dilakukan tidak boleh memuaskan hati semua orang.
“Maaf saya terpaksa delete post yang semalam. Rasa macam sombong dengan Allah pulak bergaduh macam tu. Saya pun tak kenal dia, dia pun tak kenal saya.
“Dia main agak-agak jer dia rasa dia tak suka, dia komen. Bila saya fikir fikir kan itu pendapat dia. Dah laa biarlah.
“Saya memang tak dapat nak puaskan hati semua orang sebab kehidupan kita berbeza. Cara kita tak sama. Semuga Allah ampunkan saya kerana tak dapat kawal nafsu marah saya,” tulisnya.
Umum sedia maklum mengenai masalah kesihatan yang dihidapi pelakon dan penyanyi terkenal dari Indonesia ini. Marshanda atau dikenali dengan nama manjanya, Caca menghidap bipolar sekian lama dan beberapa bulan lalu dia disahkan menghidap kanser payudara.
Baru-baru ini Marshanda telah dilaporkan hilang oleh rakannya, Sheila Salsabila dan perkara itu menimbulkan kerisauan ramai lantaran penyakit yang dihidapinya. Walaupun begitu, khabar tersebut dengan segera dinafikan oleh keluarga Marshanda.
Adiknya, Alyssa Ramdhani dalam satu pertemuan secara atas talian bersama media yang juga disertai oleh ibunya, Riyanti Sofyan menyangkal keras perkhabaran bahawa kakaknya hilang di Los Angeles. Sebaliknya dia memberi penerangan bahawa keadaan kakaknya baik-baik sahaja dan tidak perlu dirisaukan.
“Kami sebagai keluarga Marshanda ingin menjelaskan bahawa berita yang beredar di media massa pada 27 Jun adalah tidak benar. Kami ingin memberitahu bahawa Marshanda ketika ini baik-baik sahaja dan tidak menghilang, bahkan kami keluarga masih berkomunikasi dengannya sehingga kini,” ujar Alyssa.
Menambah lagi perkembangan terkini mengenai kakaknya itu, Alyssa juga berkongsi yang Marshanda ke Los Angeles untuk mendapatkan perawatan penyakit bipolar secara lebih sihat tanpa perlu terlalu bergantung kepada ubat-ubatan.
Jelasnya,“Dia sedang menjalani proses healing trip di Amerika Syarikat. Pihak keluarga juga dibantu oleh Konsulat General Republik Indonesia di Los Angeles dan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Amerika Syarikat untuk menguruskan berita yang tidak benar saat ini.”
Selain adiknya, ibu Marshanda, Riyanti Sofyan turut menitipkan kata-kata saat bertemu pihak media. Kongsinya, “Marshanda itu orang yang penuh cita, selain itu dia sangat pintar. Dia punya hati yang sangat baik, melihat sokongan teman-teman di media sosial, saya dan keluarga bersyukur bahawa Marshanda dikelilingi banyak teman dan peminat yang sayang dan peduli dengan keadaannya.”
Marshanda yang merupakan anak sulung dalam keluarga pernah berkahwin dengan Ben Kasyafani pada 2011 sebelum bercerai pada tahun 2014. Hasil perhubungan itu dia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Usop menzahirkan rasa syukur selepas akhirnya dia dikurniakan rezeki untuk memiliki kereta idamannya jenis Mercedes AMG.
Menurut Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, dia sendiri tidak menyangka angan-angannya itu mampu menjadi kenyataan satu hari nanti.
“Alhamdulilah dapat juga pakai. Dulu dok tengok ja orang naik. Syukur Allah bagi merasa nikmat dunia.
“Walaupun tak semahal mana aku tetap bersyukur. Terima kasih baba, mama dan isteri saya sebab selalu mendoakan saya love u all so much,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Sejarah Cintaku itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Usop turut merakamkan ucapan perhargaannya buat kedua ibu bapanya dan isteri kerana sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya selama ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Usop akan terus sukses lagi selepas ini.
“Tahniah bersyukur atas nikmat Allah bero rezeki. Banyak-banyaklah berdoa dan bersyukur.
“Rezeki isteri dan anak-anak.
“Alhamdulillah syukur pada yang pemberi rezeki.
“Tahniah Usop. Rezeki Allah tu. Bersyukurlah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, nama Usop mula dikenali ramai setelah menenangi tempat kedua bagi program realiti nyanyian, Mentor Milenia 2017.
Usop telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati yang juma merupakan model, Nur Fatihah Md Hashim pada tanggal 4 February lalu.
Pada Mac lalu, Usop mengumumkan isteri itu kini sedang hamil anak pertama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Usop
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Lana Nodin berpendapat, setiap pelakon diberi tanggungjawab untuk menyampaikan sesebuah naskhah dengan baik dan harus memahami skrip supaya lakonan mampu memberi impak besar buat penonton.
Dia seterusnya turut menegur sikap segelintir pelakon baharu yang bekerja dengan sambil lewa seolah-olah hanya mahu menghabiskan skrip sahaja.
“Dulu saya selalu dikecam seksi masa zaman-zaman cerita Rempit. Itu saya hanya melakonkan watak.
“Bila kita diberikan sesuatu naskhah itu kita kena lakukan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama kita kena juga ikut berlandaskan garis panduan yang sudah diberikan.
“Bagi saya anda diberi watak, baca dulu skrip. Kalau rasa boleh bawa watak itu buat, kalau rasa tak boleh buat jangan buat. Kalau takut kena kecam jangan buat.
“Kalau saya dapat watak jahat, orang nak ludah ke orang nak marah saya dekat luar ke itu kepuasan saya sebab dapat menghidupkan watak. Maknanya saya dah nailed this job,” katanya.
Lana ditemui selepas sidang media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan dan pelancaran acara Starvendors Kedah Raya Fest 2022, baru-baru ini.
Tambah Lana lagi selain lakonan, pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan watak dimainkan juga penting dalam menghidupkan karakter.
“Pakaian juga sama, ada sesetengah produksi yang pilih baju, bukan apa, salah artis juga, kadang mereka ini asyik ulang baju yang sama.
“Spend la sedikit atau minta dengan produksi carikan baju wardrobe, cari yang sesuai. Benda seperti ini boleh berbincang bukan tak boleh.
“Macam saya, untuk yang akan datang ini saya akan membawakan watak sebagai founder kosmetik yang over, jadi sudah pasti baju kena over.
“Jadi saya cakap dengan produksi saya nak tempah baju sebab saya tak selesa pakai baju sponsor kerana badan saya kecil, susah nak pakai, nanti tidak kena dengan cita rasa saya.
“Saya nak rasa selesa bila berlakon dan produksi pun tahu hal tersebut. Jadi mereka berikan bajet dan saya buat sendiri. Puas hati.
“Jadi bila kita berlakon rasa confident. Bila penampilan okay kita jadi yakin untuk melontarkan dialog dan karakter. Barulah nampak hidup.
“Ini kalau datang sambil lewa hanya untuk habiskan skrip sahaja, macam mana. Banyak pelakon baru sekarang ini sekadar hanya mahu cepat habiskan skrip sahaja.
“Nak job sahaja sampai dah tak ada kualiti, cerita yang sepatutnya ada kualiti buat orang macam dah malas nak tonton. Baik tengok cerita Korea lagi bagus. Begitulah perumpaannya,” jelasnya lagi.
Terdahulu selain Lana, pelakon Histeria The Series iaitu Liyana Jasmay sebelum ini pernah mengakui agak sukar untuk mencari pelapis yang benar-benar mampu menjiwai watak dan skrip diberikan dengan baik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.