Dilabel hipokrit serta memandang rendah kerjaya anak seni gara-gara mengenakan hijab di majlis preview berbuka puasa, pelakon terkenal, Fasha Sandha tampil memberikan reaksinya berhubung komen-komen negatif netizen.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Fasha berkata, orang luar bebas untuk bercakap apa sahaja tetapi tidak perlulah sehingga menyentuh soal punca rezekinya.
“Dah lama tak tulis panjang-panjang. Hari ni rasa nak tulis bila terbaca ‘Hipokrit’ dan ‘Nama pun pelakon…’ lepas posting saya mengenakan hijab ke majlis preview berbuka puasa semalam.
“First of all, terima kasih followers kesayangan, keluarga teman media, peminat, sahabat yang berfikiran positive dan mendoakan yang baik-baik dan tidak pernah judge saya.
“Untuk yang menghina pun , saya ucapkan terima kasih. Nak hina berbakul-bakul pun silakan. Cuma jangan libatkan kerjaya saya sebab saya pun mencari rezeki seperti kalian,” katanya.
Katanya lagi, sebagai manusia biasa, dia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan namun, dia tetap berusaha berubah ke arah yang lebih baik.
Pada masa sama, Fasha memaklumkan penampilannya ketika di luar haruslah mengikut kesesuaian program yang akan dihadirinya.
Ads
“Ya, saya hanyalah insan yang tidak sempurna, banyak kekhilafan dan kekurangan. Ya, kerana saya tiada pangkat dan darjat, saya bukanlah level kayangan. Jadi anda boleh menghukum saya kerana saya tidak berhijab?
“Kerjaya saya adalah pelakon dan duta produk, ianya adalah kerjaya saya tapi bukan bererti saya milik masyarakat.
“Jangan senang untuk melabel saya ‘hipokrit’ hanya kerana saya berhijab ke majlis tertentu. Saya yakin ramai lagi wanita yang free hair yang melakukan perkara yang sama seperti saya. Cuma bukan bererti yang telah berhijab boleh menghina kami sebegitu,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, pelakon filem Anak Mami Kembali ini juga merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.
“Saya tidak perlu jelaskan satu persatu kenapa itu kenapa ini, sebab i don’t owe any explanation to anyone accept to my family, my inner circle and Allah.
“Lastly, terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik buat saya dan keluarga dan semoga yang baik-baik berbalik pada kalian juga. Aku seorang pendosa,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Fasha agar tidak menghiraukan komen-komen negatif tersebut.
Ads
“Berhijab tak sementinya akhlak baik. Woman support woman. Bukan menghina.
Abaikan sahaja orang-orang toksik.
“Saya mendoakan yang terbaik buat Fasha. Idola saya daripada dulu.
“Abaikan vibes negatif ni. Yang penting rezeki yang kita cari itu halal. Be strong sis.
“Manusia senang menjatuh hukum kepada manusia lain. Sedang diri mereka tak sempurna mana. Jaga diri sendiri sudah. Sibuk dosa pahala orang lain kenapa?,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu baru-baru ini pula, penampilan Fasha sewaktu berkongsi video sedang bersenam di Instagram dikritik netizen gara-gara bajunya yang dikatakan agak ketat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Wany Hasrita telah berkongsi kegembiraannya melalui posting yang dimuat naik di Instagram.
Perkara tersbut melihatkan apabila penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu itu telah menjalani rawatan lasik mata di Pusat Mata & Lasik Dr Prof Muhaya di Kajang.
“Alhamdulillah semalam wany dpt peluang berjumpa @profmuhaya utk rawatan ReLEx – SMILE. Mula2 niat nak dptkan consultation je, tapi Allah permudahkan, condition mata semua dlm keadaan okay & boleh buat terus petang tu,” tulisnya.
Dia juga berterima kasih kepada Prof banyak memberikan nasihat dan kata-kata semangat buat Wany.
“Terima kasih banyak @profmuhaya & semua staff. MasyaAllah baik sgt & environment nya pun sgt positif. Alhamdulillah, Tuhan izinkan berjumpa dgn org hebat ini & sempat berbual dgn Prof, banyak nasihat prof bg pd wany. one of moment yg wany akan ingat sampai bila-bila,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Wany sempat berkongsi sepotong video yang memaparkan dia sedang menjalani rawatan lasik mata.
“How can you not love her? Ini lah yg sy dengar sepanjang procedure ReLEx SMILE semalam, dengar org yang sy kagumi mendoakan sy, masyaAllah dia punya bahagia lain mcm. Rasa takut pun automatic hilang,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Susulan itu, netizen turut berasa teruja melihat proses rawatan yang dilakukan Prof yang positif kerana memberi kata-kata semangat dan mendokan Wany.
Untuk rekod, Wany pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2018 yang berlangsung di Pusat Konvosyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Oktober lalu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Farid Kamil tetap berharap perkahwinan yang dibina bersama aktres Diana Danielle sejak 11 tahun lalu dapat diselamatkan.
Memetik video yang dikongsikan Hlive!, Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, meletakkan pengharapan itu di tangan Allah SWT selain tidak berhenti mencari keberadaan isteri dan anak-anak.
“11 tahun kita sudah mengharungi pelbagai rintangan. Jadi, harapan untuk rumah tangga saya letakkan pada Allah SWT.”
“Harapan saya letak kepada Allah supaya suatu hari nanti kami akan kembali seperti biasa.
“Saya tak pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada. Tapi, pada bulan Ramadan ini, banyak limitasi di samping saya sibuk dengan kerjaya sekarang,” katanya.
Sementara itu, Farid juga berkata hubungan komunikasi di antaranya dan anak-anak terputus disebabkan Diana telah menyekat nombornya.
Sebutan kes hadanah iaitu hak penjagaan kedua-dua anak pasangan ini diperdengarkan buat kali pertama di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Rabu.
Pada 28 Mac lalu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak mereka diberikan kepada Diana.
Untuk rekod, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas berkongsi mengenai keadaan matanya yang lebam pada pagi Isnin, pelakon Zahnita Wilson akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.