Si cantik manis Diana Danielle, mengakui pernah berasa tertekan dan hampir menyesal menyertai Toyota Gazoo Racing kerana tidak biasa memandu transmisi manual.

Bagaimanapun perasaan itu berubah apabila dia menyertai beberapa kelas dan dapat banyak input daripada tenaga pengajar.

Diana Danielle Hampir Menyesal?

“Bila biasa memandu auto, kaki kiri dah lama berehat. Jadi bila kaki dan tangan perlu sama aktif bergerak, saya rasa agak tertekan, lebih-lebih lagi memikirkan akan terlibat dengan perlumbaan.

“Namun itu perasaan kita hari pertama latihan dan selepas itu saya ok, lebih-lebih lagi guru saya, Cikgu Shah banyak membantu saya tak kira masa.

“Dia juga selalu share video tentang skil dan pemanduan bagi memudahkan saya lebih faham,” katanya.

Tambah Diana, mereka juga mengajarnya banyak perkara dan latihan juga berlangsung dalam pelbagai situasi melibatkan hujan lebat, jalan yang dicurahi minyak dan banyak lagi.

“Menariknya, selagi saya tak mahir sesuatu part, mereka akan terus ajar sehingga saya betul-betul mahir,” katanya.

Bercerita lanjut penglibatannya dalam Toyota Gazoo Racing, Diana berkata, dia mendapat tawaran ini daripada suaminya, Farid Kamil selepas usaha pihak Toyota mencarinya tidak berhasil.

IKLAN

Diana Danielle Hampir Menyesal?

Diana berkata, Farid beri galakan kepadanya untuk menyertai dan turut mendedahkan Diana dengan dunia pemotoran termasuk mengajak Diana membawa go-kart.

IKLAN

“Farid sokong saya dan sebab itu saya yakinkan diri untuk menyertai. Bila dah graduate saya rasa berbaloi penyertaan saya dalam Toyota Gazoo Racing,” jelasnya

Sementara itu, berkongsi perkembangan terkininya, Diana berkata, dia akan memulakan penggambaran program travelogue bersama Discovery Channel sebagai pengacara di mana dia akan menjelajah seluruh Malaysia.

Diana Danielle Hampir Menyesal?

IKLAN

Selain itu, Diana juga akan kembali ke set penggambaran filem November depan selepas kali terakhir menjalani penggambaran filem lima tahun lalu menerusi filem Kami Histeria.

Ini dia beberapa video latihan memandu yang sempat Diana kongsikan di dalam akaun Instagramnya.

 

TEKS : Aqmar Mustaza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI