Tahniah diucapkan buat pelakon Aidit Noh apabila memaklumkan isterinya yang dikenali sebagai Hana kini hamil lima bulan.
Mereka baru saja menyambut ulang tahun pertama perkahwinan pada 29 Mei lalu.
Aidit atau nama sebenarnya, Ahmad Aidit Noh,28, memetik Boom Malaysia berkata, dia mengetahui perkara itu sebaik pulang dari set penggambaran drama bersiri popular Dendam Seorang Isteri.
“Sebenarnya isteri dah buat ujian kehamilan dua hari lebih awal sebelum dia beritahu saya. Bila tahu berita ni, siapa saja yang tak terkejut.
“Keesokannya baru saya bawa isteri ke klinik untuk melakukan ujian ultrasound dan doktor mengesahkan pada masa itu usia kandungan Hana sudah pun sebulan lebih.
Ads
“Cuma kami tidak mahu hebohkannya terlalu awal walaupun ada yang bertanya sebelum ini. Sekarang ini apabila kandungan dah benar-benar kuat, baru kami sedia bercerita,” katanya.
Berkongsi lanjut, Aidit menjelaskan Hana mengalami alahan teruk dan sering muntah selain mengidam buah delima.
Ads
“Kalau bercakap soal mengidam, tiada yang pelik sangat. Cuma masa tengah mengandung ni, dia suka makan buah delima.
“Tetapi yang menjadikannya sedikit sukar, dia hanya suka makan buah delima yang diimport dari Mesir. Tak nak yang biasa-biasa,” katanya lagi.
Hana dijangka bersalin pada November depan dan Aidit cuba menyusun jadual seninya agar dapat bersama isteri pada minggu-minggu terakhir sebelum menyambut kelahiran anak sulung mereka.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fizo Omar mengaku tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir apabila diberi peluang menyambut kelahiran anak sulungnya bersama isteri, Fazeera Nazri 25 Jun lalu.
Menurut Fizo, hatinya tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung isteri ketika proses bersalin, meski pernah bergelar bapa sebelum ini.
Berkongsikan pengalaman, Fizo turut menceritakan suasana sepanjang proses bersalin Fazeera menerusi Instagram.
“Gugur air mata jantan, gengster macam mana pun si suami dan ayah… 24 jun isteri saya dimasukkan ke labour room pukul 3pm, hampir 10 jam get ready untuk baby dilahirkan.
“Kami memilih untuk bersalin secara normal, nasib baik buat keputusan yang tepat untuk isteri saya mengambil bius epidural, kalau tak saya pun tak sanggup nak tengok dia menanggung kesakitan ‘contraction’ sebelum nak bersalin.
“10 jam weh bukan sekejap dan hampir 3 jam dok ‘push’ sampailah baby keluar. Gugur air mata jantan seorang suami bila tengok orang yang kita sayang menahan kesakitan dan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat kita,” katanya.
Fizo pada masa sama menambah, perasaan bersyukur terharu sekali lagi dirasai apabila Fazeera selamat melahirkan cahaya mata mereka.
“Pukul 12.39 pagi (25 jun) lagi sekali gugur air jantan, perasaan kali ni terus bertukar gembira, sedih dan sebak sebagai seorang ayah pulak bila ko tengok buat pertama kalinya seorang anak yang ditunggu-tunggu selama ni.
“Serius weh abe joe tak boleh tahan perasaan ni sampai menggigil tangan ni bila doktor minta pegang gunting untuk potong tali pusat baby.
“Perasaan abe joe masa mcm… ok, this is the moment u gonna start ur real life, after keluar dari kandungan ibu dan terputusnya ‘sambungan’ dengan ibu di dalam kandungan.
“The moment abe joe potong tali pusat tu, wujudnya satu bisikan, “ini zuriat kau, kau kene jadi ayah yang baik, suami yang baik dan contoh yang baik kepada keluarga dan smua orang”.
“Datangnya seorang baby, bukan sahaja untuk kita meraikan kegembiraan tapi bersama tanggungjawab untuk membesarkan dan mendidik dan juga motivasi kepada si ayah untuk menjadi seorang leader yang lebih baik dari sebelum ini,” luah Fizo.
Menerusi hantara sama, Fizo turut mengucapkan terima kasih atas segala doa baik-baik yang dititipkan semua buatnya seisi keluarga.
“Pesanan abe joe kepada Suami dan bakal ayah, ambillah moment ini bukan sahaja untuk just be there for her (the wife) tapi lebih kepada untuk diri kita sendiri.
“Bukan senang nak buang ego sebagai lelaki dan ketua keluarga. Sometime, by experience it membuat kita lebih faham apakah mesej yang nak disampaikan dari Allah buat kita semua yg bergelar AYAH dan SUAM.
“Alhamdulillah syukur semuanya selamat dan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri. Semoga doa yang berterusan dari anda semua akan membara barakah dalam rumah tangga kami. AMEEN YRA,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021.
Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun mereka kemudiannya bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, keduanya dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Lan Solo membawa para pengikutnya di Instagram untuk meninjau keadaan semasa rumah barunya yang kini sedang giat dibangunkan.
Menurut Lan atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof, rumah banglo tersebut sebenarnya telah mula dibina secara berperingkat sejak tahun 2017.
Katanya lagi, kerja-kerja pembinaan juga pernah tergendala buat sementara waktu berikutan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara.
“Tinjau progress sat sebelum ke Singapura untuk Halal Food LifeStyle di Singapore Expo. 17,18,19 Jun 2022.
“Projek yang bermula hujung tahun 2017. Buat sikit-sikit. Stop sambung stop sambung. Ditambah pula PKP 2 tahun. Alhamdulillah, dah nampak masa depan dah huhu,” tulisnya.
Video berdurasi kurang seminit itu turut memaparkan bahagian luar rumah banglo tersebut yang dilihat amat besar dan bakal tersergam indah apabila selesai dibina nanti.
Pada masa sama, bekas anggota kumpulan Kristal ini turut memaklumkan rumah tersebut dijangka bakal siap tidak lama lagi sekiranya tiada aral melintang.
“InsyaAllah, sikit lagi ye anak-anak daddy mummy. Doa banyak-banyak okay. Bab-bab lain daddy mummy usahakan,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selepas melihat rumah tersebut selain turut mendoakan semoga Lan akan terus sukses lagi selepas ini.
“InsyaAllah Lan. Terus padu. Cantik,” komen rakan selebriti, Black Hanafiah.
“Proud of you guys,” balas penyanyi, Liza Hanim.
“InsyaAllah semoga berjaya,” kata pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah.
“Berkat rajin, ayah serta suami yang baik. Alhamdulillah rezeki ruah,” komen pemilik akaun CT_Aje.
“Semoga dimurahkan rezeki selalu Amin amin ya rabb,” kata pemilik akaun Pijannz.
Sekadar informasi, selain aktif menyanyi, Lan dan isterinya, Nur Sheila Hassim juga kini gilat menjalankan bisnes kedai runcit, Solo Borneo Mart yang kini semakin berkembang maju.
Terdahulu, Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga bersama pada 5 Disember 2009.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Aqid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Lan Solo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemergian penyanyi Adibah Noor pada malam Sabtu mengejutkan ramai terutama sekali buat peminat serta pengiat industri seni hiburan negara.
Terkesan dengan berita sedih itu, ramai yang memuat naik foto Allahyarham bagi mengirimkan ucapan takziah serta mendoakan perjalanan terakhir Adibah.
Dalam pada itu, pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail, 27, menegur netizen agar tidak berkongsi foto Adibah ketika tidak menutup aurat semasa hidupnya.
“Saya mohon kepada semua yang mengenali arwah, minta jasa baik agar tidak kongsikan gambar arwah yang tidak menutup aurat. Cukup sekadar sedekah Al-Fatihah.
“Jangan kita sebarkan perkara yang tidak perlu. Pesanan ini khas buat diri saya yang sering terlupa. Sekian, salam,” tulisnya menerusi laman Instagram.
Dalam perkongsian itu juga, PU Riz turut menyertakan dalil sebagai rujukan mengenai perkara itu yang dipetik Hadis Riwayat Muslim no.1017.
“Dan barangsiapa yang mengerjakan dalam Islam Sunnah yang jelek maka ia mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa orang yang mengikuti mereka sedikitpun,” kongsi PU Riz.
Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohamed Omar, 52, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.40 petang Sabtu di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas.
Selebriti serba boleh itu menderita penyakit kanser ovari tahap 4 yang hanya diketahuinya sejak tiga bulan lalu.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat Permai pada jam 11.30 pagi Ahad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hubungan pelakon dan pengarah terkenal Hollywood, Mel Gibson, dengan penulis skrip dan penerbit, Rosalind Ross, dilaporkan telah berakhir selepas hampir sembilan tahun bersama.Menurut laporan...