Kadang-kadang kunci utama untuk berjaya dalam perkahwinan ini, tak semestinya pasangan tersebut mempunyai persamaan yang banyak tapi persefahaman.

Tengok sahaja seperti Jutawan Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, sering kali beliau mengakui pada orang ramai yang dia dan isterinya mempunyai banyak perbezaan.

Mungkin sebab ramai sangat yang bertanya mengenai perbezaan tersebut, Aliff berkongsi perbezaan tersebut di laman Instagram miliknya.

IKLAN

i love my life and my family..saja nak sharekan.. cuba korang shrekan perbezaan anda dan pasangan anda?? . . Meh aku cerita apa bezanya kitorang selain dia pompuan dan aku lelaki… Dia suka hindustan dan korea Aku suka akademi fantasia Dia suka dengar nasyid Aku dengar radio melayu Dia layan lagu lama lama.. Aku layan newboys,weslife Dia suka makanan thailand Aku suka maknan diet sbb dia x gemok2?? Dia pendiam Aku suka membebel mcm mak nenek.. Dia suka mengaji Aku suka shopping.. ini lah riliti kehidupan sy ..sy tak suka hipokrit.. Bagi aku… yang paling penting antara aku dan dia tahu hati budi masing2 bkn layan haters yg x habis2.. Aku faham dia Dia faham aku.. dan kami percaya kami berdua tak boleh hidup tanpa berdua❤️❤️ i love u sygg?? siapa sokong sy komen d bawah okey??sygg jugak kat korang.. . . korang suka tak atau nak kecam lagi myrialiti life show.. Station : @astroriamalaysia the best Production : @mqproduction @aididmarcello #ootdfashion #mensfashion #ootdfashion #terlajaklaris #banjar #menwithstreetstyle #ohabangkosmetik #cosmetology

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“I love my life and my family, saja nak sharekan.. cuba korang sharekan perbezaan anda dan pasangan anda?

Meh aku cerita apa bezanya kitorang selain dia pompuan dan aku lelaki… Dia suka hindustan dan korea, aku suka akademi fantasia.

“Dia suka dengar nasyid, aku dengar radio melayu. Dia layan lagu lama lama, aku layan Newboys,Weslife. Dia suka makanan Thailand, aku suka makanan diet sebab dia tak gemuk-gemuk.

“Dia pendiam, aku suka membebel mcm mak nenek. Dia suka mengaji, aku suka shopping. Ini lah realiti kehidupan saya. Saya tak suka hipokrit.

“Bagi aku, yang paling penting antara aku dan dia tahu hati budi masing-masing bukan layan haters. Aku faham dia. Dia faham aku.

“Kami percaya kami berdua tak boleh hidup tanpa berdua. I love u sayang,” tulisnya.

Alahai, sweetnya MH lihat kapsyen Aliff kali ini, tapi bagi sesiapa yang pernah jumpa dengan beliau memang dapat lihat betapa dia sayangkan isterinya itu.

IKLAN

Perkongsian beliau itu mendapat banyak komen positif daripada netizen yang rata-rata memuji sikap ‘gentleman’ Aliff terhadap isterinya.

‘Dia Suka Hindustan, Saya Suka Akademi Fantasia’ Aliff Syukri Kongsi Perbezaan Dirinya dan Isteri

IKLAN

Apa-apapun, MH doakan semoga pasangan tersebut akan berbahagia selalu.

Sumber: IG Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI